preload

Assalamualaikum..

Semalam aku post pasal rukun Islam.. sekarang aku akan huraikan rukun Islam satu per satu.. berpandukan pelbagai sumber.. Ya Allah... permudahkanlah bagi kami untuk memperolehi ilmu Mu yg xternilai ini..

Syahadah.. ia adalah rukun Islam yg pertama.. ini menandakan syahadah amat penting dalam Islam.. syarat untuk menjadi seorang Islam adalah dgn melafazkan syahadah.. ia bukan hanya lafaz semata-mata.. ia merupakan satu pengakuan dan ikrar dgn lafaz dan diakui dgn hati..

Ia merupakan suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada Tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan pesuruh Allah.


Kalimah syahadah merupakan roh bagi Islam.. ibarat seorang manusia.. seluruh anggota pada badan manusia itu tak mungkin boleh berfungsi tanpa nyawa..


Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.
       
Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah, ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan dan keyakinan. Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa yang mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan apa yang diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai pengakuan yang dusta kepada Allah.


Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap den­gan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
  4. Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
  7. Menunaikan Hak Syahadah.
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.




Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.


Terbatalnya syahadah


Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya:

Iktikad
1. Syak terhadap kewujudan Allah
2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul
3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain.



Terdapat 10 perkara yang jika dilakukan oleh seseorang maka dia dianggap kafir dan murtad:

1- Syirik Akbar
Iaitulah mensyirikkan Allah dalam perkara ibadat atau dalam ertikata yang lain menjadikan sembahan selain Allah S.W.T seperti berdoa kepada orang mati, menyembah berhala, bertawakkal kepada jin dengan berkorban padanya atau memberi makan hantu. Dalilnya firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [an-Nisaa;:116]

2- Menjadikan perantaraan antara dia dengan Allah seperti berdoa kepada wali-wali dan memohon hajat kepada mereka. Dalilnya firman Allah S.W.T (maksudnya): “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (pada perintah-Nya)”. [az-Zumar:3]

3- Tidak mengkafirkan orang yang telah dikafirkan Allah S.W.T dan Rasul-Nya seperti Yahudi, Krsitian, Hindu dan semua agama selain Islam atau syak pada kekufuran mereka atau mensahihkan aqidah mereka yang batil seperti berkata: “Semua agama sama”. Dalilnya firman Allah Taala (maksudnya): “Sesungguhnya agama (yang diredhai) d isisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungan-Nya (terhadap amalan hamba-Nya)”. [Ali-Imran:19]

4- Mendakwa bahawa ada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Islam atau petunjuk yang lebih baik dari petunjuk Rasulullah S.A.W. Firman Allah (maksudnya): “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. [al-Maidah:50]

5- Membenci apa yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W walaupun dia beramal dengannya. Jika dia menzahirkan hukum-hukum Islam tetapi membencinya maka dia adalah munafiq, tidak disolatkan jenazahnya dan tidak ditanam di kuburan muslimin. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”. [Muhammad:9]

6- Mengejek ajaran Islam seperti berkata: “Menyimpan janggut itu kolot” atau menggelar wanita yang betudung itu wanita kampungan dan sebagainya. Firman Allah Taala (maksudnya): “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”. [at-Taubah:65&66]

7- Sihir. Sesiapa yang mengamalkan sihir maka dia kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. [al-Baqarah:102].

8- Membantu orang-orang kafir menguasai kaum muslimin dan memerangi mereka. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 51 (maksudnya): “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.

9- Beriktiqad adanya sebahagian manusia yang boleh keluar dari sempadan syariat seperti percaya jika sampai kepada maqam zikir tertentu kewajipan solat gugur daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 85 (maksudnya): “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

10- Mengabaikan ajaran Islam sehingga tidak mengamalkan satu pun ajarannya dan tidak langsung belajar berkenaannya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah as-Sajdah ayat 22 (ertinya): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”.

*Seorang Muslim yang melakukan 10 perkara ini akan menjadi kufur apabila:
- Dia melakukannya dalam keadaan tahu bukan jahil
- Sengaja bukan terpaksa atau tersalah
- Telah ditegakkan atasnya hujjah jika perkara yang dia ingkari itu bukan perkara asas dalam agama yang telah diketahui masyarakat umum Islam.



Sebenarnya kalau nak dihuraikan.. ada banyak lagi perkara yg boleh membatalkan syahadah.. sama ada dengan disedari atau tanpa disedari.. berhati-hatilah wahai saudara ku.. oleh itu kita disarankan agar sentiasa memperbaharui syahadah.. dalam azan sendiri ada syahadah.. dalam sembahyang pun ada syahadah.. lebih² lagi sebelum tidur.. lafazlah syahadah sebelum tidur.. kerana berkemungkinan nyawa kita akan diambil semasa tidur..

Semoga penerangan ini dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah SAW.

Wallahu'alam..

Read More...

Rukun Islam

Published in: Labels: ,

Rukun Islam bermaksud menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.


Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu



Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Mengucap dua kalimah syahadah iaitu setelah mengucap 2 kalimah Syahadah fardhu untuk menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum menerima Kalimah(belum Islam) dan sesama Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak mentaati perintah Allah iaitu 5 Rukun Amal Islam. Amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, iaitu mengajak manusia kepada

Kebaikan utama iaitu mengucapkan Kalimah Syahadah ini dan mencegah kemunkaran iaitu manusia tidak mengaku Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah. Hukum Fardhu Ain kepada semua manusia yang telah mengucapkan Kalimah Syahadah untuk mendakwahkannya dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid.

 “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhnya ” Dengan Syahadatain, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.



Solat 5 Waktu

Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.

Sembahyang adalah satu cara bagi menunjukkan kepatuhan antara manusia dengan Tuhan. Di dalam Islam, solat adalah penting bagi mencegah kemungkaran. Islam mensyariatkan 5 solat fardhu iaitu;

  • Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
  • Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
  • Solat Asar (Waktu petang)
  • Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
  • Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).

Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.




Puasa (Di Bulan Ramadhan)

Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.


Umat Islam mempunyai kalendar "Taqwim"nya yang tersendiri. Ia mempunyai 10 bulan Islam. Pada bulan Ramadhan umat Islam yang sihat diwajibkan berpuasa pada siang hari.

Waktu berpuasa adalah bermula dari sebelum terbit matahari sehinggalah selepas terbenamnya matahri. Ini bererti ia bermula dari masuk waktu Subuh hingga ketibaan waktu Maghrib.


" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183).

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184).

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185).



Zakat


Bagi golongan yang sudah mampu menyara diri diwajibkan membayar Zakat. Ada pelbagai jenis zakat iaitu zakat Fitrah, zakat Harta, Perniagaan dan beberapa lagi. Zakat ialah lebihan harta yang ada pada setiap individu yang terlibat.

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103).


Haji (Bagi Yang Mampu)


Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.

"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97).


Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya
Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.



Wallahu'alam..


Read More...

Aku malu.. Aku Rindu..

Published in: Labels:

Assalamualaikum..

Ya Allah.. kasihanilah kami manusia yg selalu alpa.. sayangilah kami manusia yg sentiasa mengharapkan kasih sayang mu.. dan rahmatilah kami sebagaimana Engkau merahmati mereka yg Engkau redhai..

Malam ni.. aku terpaksa ponteng.. huhu.. ponteng hanya kerana terpaksa menyiapkan kerja ini.. aduh.. sedih.. aku cuba mengurangkan kerja² di bulan ini.. untuk melebihkan masa ku dengan Tuhan ku.. aku malu.. malu dengan apa yg telah Tuhan ku kurniakan kepada ku.. Dia selalu ada masa untuk ku... namun aku sering kali melupakanNya..

Ya Allah.. yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. selesaikanlah tugas ku dengan cepat agar aku dapat mengisi masa ku untuk Mu..

Ya Allah.. aku amat merindui Mu.. janganlah Kau pesongkan hati ku setelah Kau pimpin aku ke jalan yang lurus...


Read More...

Kepala Hampir Pecah..

Published in: Labels:

wwwiiieeewww... wwiieeewww.. wwiieeewww..
Adus.. kepala aku pusing la.. kekadang berdenyut.. loya tekak plak.. nk muntah.. tp xkuar².. kene siapkan bnde nih ari nih jgk (keje aku).. sesekali aku menyepak cpu kt bwh nih.. klu ade org wat lawak bodo mesti melekat penumbuk nih kat muke..

Kalau kat umah aku da hantuk kepala kat dinding neh.. iskk..

Kene sabar neh... erk.. dah.. malas ah aku nak taip..


Read More...

Assalamualaikum..

Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Khaliq.. Ya Bari.. Kurniakanlah kami kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai khalifah Mu di muka bumi ini..


Alhamdulillah.. selesai sudah berbuka.. hari ke 22.. bermakna.. malam ni malam yg ke 23.. Ramadhan sudah hampir ke penghujung.. ayuh sahabat.. jangan dikejar sgt habuan dunia.. jgn terlalu gembira dgn kehadiran Syawal sehingga lupa akan suruhan Nabi SAW supaya perbanyakkan amal di 10 akhir Ramadhan ini..


Di mana sifat yg berkobar-kobar di awal Ramadhan untuk mengimarahkan rumah Allah.. segala macam nikmat yg telah kamu dapat.. segala macam kegembiraan yg kamu kecapi.. Lupakah kamu pada Yg Maha Pemberi..

Demi Allah.. yg jiwa kami di tanganNya.. kami hanya hambaNya yg biasa.. kami tidak mampu mnjadi luar biasa sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat dan para waliNya.. namun kami akan cuba jadikan mereka sebagai idola dalam kami mengharungi dunia yg penuh cabaran ini..

Ya Allah.. rahmat Mu yg ku pinta.. kasih sayang Mu yg ku harap.. lindungilah kami wahai Tuhan Yg Maha Pengasih..


Read More...

Email Jiwang Aku..

Published in: Labels:

Assalamuaalaikum..

Aih.. tetiba mlm ni aku rase nak belek email.. tengah dok belek².. tertekan la plak sent archive folder.. tetiba lak ternampak email nih.. hoho..

Cinta terakhir uh.. sampai sekarang belum ade pengganti lagi.. nothing special about her.. but the love is crazy.. sanggup drive dari KL ke Kuantan semata-mata nak jumpa.. ayyak.. hahahaha.. (1st time aku jiwang kot)

Pertemuan dan perpisahan semuanya dari Allah.. aku redha dengan ketentuanNya.. dan aku bersyukur.. dengan kehilangan cinta itu.. aku telah dapat cinta yg lebih sempurna.. cinta kepada Yang Maha Pencipta..

Ni dengan tak malunya aku attach email tu kat sini..



Assalamualaikum..


Awk...
Terlebih dahulu sy ingin minta maaf jika kehadiran email ni buat awk rasa xselesa. Saat ni sy amat rindukan awk.. Saat ni juga, fikiran sy jd xmenentu bila memikirkn antara sy dgn awk.. Mungkin ia amat biasa bg awk, tp tidak bg sy..


Awk...
Sy xpernah bosan utk melafazkan rindu atau cinta atau syg atau ape2 lg yg berkaitan pd awk walaupun ia xpernah keluar dr awk.. Lg pn sy yg cintakan awk dan bknnya awk yg cintakan sy.. sy rase cukup gembira bila awk sudi brsama dgn sy walaupn x spt pasangan yg saling mncintai.. Itu dah cukup buat sy.. time kasih, awk..


Awk...
Tidak pernah sedikit pn sy rasa berputus asa utk memiliki awk... Sy meletakkn tempoh smpai hujung thn ni bkn brmakna sy xbleh tunggu awk smpai bila2..tp sy ade sbb yg xdpt nk sy jelaskan pd awk..lg pn, sy ada prinsip sy sdiri.. yg pstinya andai sy mengenali awk dgn lebih awal, pasti awk xkn pcaya yg sy snggup tunggu awk wlau brapa lama pn..


Awk...
Cinta buat sy jd begitu sensitif, cinta buat sy jd begitu sentimental, cinta juga buat sy jd keliru, cinta juga buat sy tidak spt sy.. kdg2 sy sdiri xphm, knp sy jd begitu...


Awk...
Sy sering tertanya-tanya, tiadakh walau sedikit pn perasaan awk pd sy..?? Jwpn awk pd mlm tu sedikit pn sy XPERCAYA.. awk tau knp sy kata gitu..?? entahlh..hati sy kata, jgn percaya ape yg awk ckp..


Awk...
Kekadang secara tiba2 sy rasa sedih..sy xtau apa puncanya..dan sy brtambah sedih bila mngenangkan cinta sy pd awk..walaupn sy sntiasa ceria bila bsama awk, tp hakikatnya.. sy sgt sedih.. sy xtau knp.. 


Awk...
Tidakkh awk yakin dgn apa yg awk rasa..?? Atau awk mmg mengharapkan sy pergi dr awk..?? Awk..sy xprnah memaksa awk utk mencintai sy, sy juga xprnah meminta awk utk menghagai apa yg sy lakukan utk awk..cuma sy harapkan, yakinlh dgn perasaan awk.. andai awk suka, ckplah awk suka.. dan andai awk xsuka, ckplah xsuka.. jgn sampai awk tiada lg kesempatan utk buat keputusan nnt..


Awk...
Andai sy kehilangan awk, sy pasti xkn jumpa lg seseorg spt awk..bgitu juga awk, awk pasti xkn brjumpa lg seseorg spt sy..tp andai sy kehilangan awk, kenangan brsama awk akan tetap abadi brsama sy.. sy akan terima kenyataan itu walaupn dgn hati yg sgt berat...


Awk...
Tidak mampu lg rasanya sy utk menanggung perasaan ni...betullah kata org, cinta itu manis spt madu dan pahit spt hempedu..sy pasti awk dpt agak sy berada pd bhgn mana... setiap kali sy teringatkn awk..hati sy sentiasa brdebar2..apetah lg andai ade seseorg bsama awk..segala apa yg pernah berlaku didepan sy akan trbayang semula..dan ini benar2 buat sy trsiksa...walaupn pada hakikatnya tak begitu..tp itulah yg sy rasa..sy cuba tolak jauh2..tp sy xmmpu awk..krn sy tahu, cinta awk bkn utk sy..itu yg buat sy betul2 sakit...


Awk...
Kekadang, sy sebak..hati sy meronta2 utk tahu ape keputusan awk..begitu siksa rasanya menunggu apa yg benar2 sy xpasti...tp apalah daya sy awk..sy xkan paksa awk andai awk xnk bgtau walaupn smpai sy mati...


Awk...
Sy xsangka sampai begini rasa sakitnya cinta xtrbalas..saban hari sy xjemu utk berdoa agar suatu hari nnti pintu hati awk akn trbuka juga..namun andai setelah tiba tanggal 1 jan nanti sy masih xdpt kputusan dr awk...sy akan buat keputusan yg awk mmg xprnah ada perasaan pd sy.. dan sy trpaksa mengundur diri utk selamanya dr awk..xsanggup rasanya utk sy terus mengganggu awk..xsanggup sy utk terus menambah beban awk...krn selama ni sy dah trlalu byk membebankan awk...sy akan lakukan apa yg sy kata walaupun ia akan menyiksa sy seumur hidup..


Awk...
Jgnlah harapkn sy spt apa yg awk harapkan..jgnlah awk harapkan sy xprnah buat silap..jgnlah awk harapkn yg sy akan selamanya berbuat baik..jgnlah awk harapkan yg sy spt apa yg awk bayangkan..krn sy ini manusia biasa..di mana manusia itu sifatnya sentiasa berubah..dan manusia itu sentiasa buat silap...dan manusia itu selalu lupa..dan manusia itu tiada yg sempurna...


Awk...
Sy xprnah letih utk mrindui awk..sy xprnah penat utk menyayangi awk.. dan sy xpernah menyesal mnyintai awk..walaupn sy xpernah dgr semua tu dr awk..


Awk...
Sy xprnah mnyalahkan awk..dan mustahil bg sy utk membenci awk..apa yg sy alami selama ini sy anggap sbg hukuman atas ape yg sy lakukan...dan sy amat bersyukur krn ia xseteruk yg sy bayangkan..


Awk...
Andai sy xdpt brsama awk...awk lupakanlh sy...kerana sy yakin awk pasti bersedih andai awk teringat pada sy..Terima kasih awk krn bg sy peluang bsama awk selama ni..kenangan bersama awk adalah kenangan yg termanis dlm hidup sy...terima kasih utk segalanya...


Awk...
Sy amat mencintai awk... bkn krn nafsu..bkn krn rupa..bkn krn harta..bkn krn budi..bkn krn kebaikan...bkn krn sifat... tp krn Allah..


Awk...
Andai tiada langsung rasa cinta di hati awk..sy akan menganggap.. tiada jodoh antara kita..


Awk..
Jaga diri baik2...jgn lupakan Allah krn Allah xpernah lupakan kita..dan jgn sesekali mempersendakan agama walaupun dlm gurauan..


Wassalam..


Bila aku baca balik.. pehh.. jiwang jgk aku nih.. ayya.. tanpa disedari.. tapi awek ni terima gua beb.. mase tu rase nk berjoget je.. hehehe.. dialah awek pertama yg aku xpernah sentuh.. ye la.. sib baik aku jumpa dia setelah aku kenal erti keinsafan.. dia ni baik kot..

Namun jodoh xpanjang.. tiada krisis antara kami.. xpe.. redha dengan ketentuan Illahi.. aku percaya.. Allah ade agenda yg lebih baik untuk aku dan dia... ape² hal pun.. hidup kena terus.. aku xkan mati hanya kerana cinta manusia..

Maha Suci Allah.. Pemilik Semua Makhluk..


Read More...

Al Muzammil

Published in: Labels:




(1) Wahai orang yang berselimut!

(2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).

(3) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.

(4) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(5) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

(6) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

(7) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

(8) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

(9) Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

(10) Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

(11) Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

(12) Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.

(13) Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(14) (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.

(15) Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.

(16) Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.

(17) (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

(18) Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.

(19) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).

(20) Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Read More...

Assalamualaikum...

Ya Allah.. Ya Rabbi.. Ya Alim.. Ya Zaljala liwal ikram.. Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang.. Ampunilah kami hamba Mu yg sentiasa melakukan kesalahan dlm menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi Mu.. Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yg Maha Pengampun ke atas dosa manusia..


Alhamdulillah.. syukur kpd Allah.. kerana telah menguatkan tulang empat kerat untuk mengimarahkan rumahNya.. dan juga menyambut kehadiran bulan yg penuh keberkahan ini dengan hati yg tenang..

Ya Allah.. terasa kerdil diri ini bila mngenangkan sejarah para Nabi dan para sahabat.. mereka terlalu hebat untuk dibuat perbandingan dengan manusia di zaman ini.. sungguh aku tidak terkejut mereka mampu untuk beribadat dengan tekun kpd Mu.. kerana mereka benar² menjiwai sifat hamba kpd Tuhannya..


Sesungguhnya solat itu sangat berat.. kecuali kpd mereka yg benar² khusyuk.. mereka mampu lakukan sebanyak 200 rakaat dalam 1 mlm.. malah ada yg mencecah 500 rakaat.. malah ada yg melebihi 1000 rakaat.. mana mungkin aku dapat menyamai mereka sedangkan mereka sentiasa istiqamah dlm menyempurnakan tanggungjawab mereka..

Ya Allah.. Engkau mendidik ku melalui kesilapan ku.. Syukur hanya kpd Mu ya Allah.. kerana Engkau tidak memesongkan tanggapan ku terhadap Mu.. sungguh aku tidak menduga aku dapat menghapuskan persepsi yg telah lama aku pertahankan.. sungguh aku manusia yg tidak tahu beruntung..

Demi sebuah harapan yg palsu.. aku lupa akan janji ku pada Mu.. sebelum aku diperkenalkan kepada dunia.. sehinggakan aku terpesona kpdnya.. walhal ia hanyalah tipu daya semata.. perhiasan yg akan mengheretkan aku ke lembah yg hina.. sungguh aku tidak ingin menjadi bahan bakar kepada kemarahan Mu.. siksa yg amat pedih.. yg tak akan tertanggung sesiapa pun..


Wahai Tuhan Yg Maha Pengasih dari segala pengasih.. hamba Mu yg hina datang mengetuk pintu Mu.. andai Engkau tidak mengendahkan, ke pintu mana lagi hamba ingin mengetuknya.. sedangkan hanya Engkau yg memiliki segala pengharapan...

Ya Mutakabbir.. dekatkanlah aku kepada Mu.. kerana tidak ingin aku berjauhan dari Mu.. walaupun seketika cuma.. lindungilah aku dari lembah hina.. yg akan mencampakkan aku ke lembah yg menyiksakan..

Allah berfirman yang bermaksud “Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan jangan dia menyekutukan Allah dengan sesuatupun” [surah al-Kahfi ayat 110]

Wahai Tuhan sekelian alam.. demi kemuliaan Mu.. aku memohon.. matikanlah aku di jalan yg diredhai Mu.. dan sesungguhnya.. aku amat mencintai syahid di bawah naungan Mu..


Ya Allah.. aku terlalu lemah dalam menghadapi ujian Mu.. janganlah Kau menguji aku dengan sesuatu yg tidak mampu aku hadapinya.. kerana dengan berbekalkan iman yg tipis ini.. aku takkan mampu untuk menghadapi dugaan yg berat.. andai kata aku diuji sedemikian.. hanya kepada Mu lah tempat aku memohon pertolongan.. tiada lagi tempat bergantung pada ku setelah aku meletakkan pergantungan sepenuhnya kpd Mu..

Ya Allah.. alam barzakh itu rahsia Mu.. alam akhirat itu rahsia Mu.. bimbinglah aku agar tidak terus terlena dengan alam dunia yg fana ini.. mungkin esok.. mungkin lusa.. aku pasti akan menghadap Engkau.. aku malu.. kerana aku telah merosakkan pinjaman Mu kepada ku.. Rahmat Mu jua yg ku harapkan..



Ya Allah.. janganlah kiranya engkau tanamkan sifat malas dalam diri ku.. sehinggakan aku malas untuk bertaubat atas kesilapan ku.. dan tiada daya untuk aku mengelakkan berlakunya kesilapan demi kesilapan..

Ya Jabbar.. manusia yg kerdil ini datang memohon simpati Mu.. janganlah kiranya hamba ini diketepikan.. sepenuh pengharapan hanya kepada Tuhan yg Maha Kaya lagi Maha Bijaksana..

Ampunilah aku.. kasihilah aku.. sesungguhnya aku adalah hamba mu yg hina...

Read More...

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian:
Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

p/s: Berdoa untuk mati, mengingati mati n doa mati dlm husnulkhatimah adalah sistuasi yg sgt berlainan.


Read More...

Assalamualaikum..

Ya Allah.. tetapkanlah hati kami, berkatilah hidup kami dan rahmatilah kami serta kedua ibu bapa kami.. Sesungguhnya Engkau Tuhan yg maha pengampun lagi maha penyayang..


Haarrgghhhh.. best giler menggeliat..

Eh... sedar tak sedar da 20 hari kita puasa.. isk.. sekejap je masa berlalu.. smayang tarawih pun xberapa nak betul lagi sedar² tinggal 10 ari lg.. tu pun klu sampai 30 klu x.. cuma 9 hari je lg.. bukan raya yg dikejar.. tp keberkatan yg dicari.. jangan kerana mengejar Syawal, Ramadhan berciciran...

Sabda Nabi SAW : “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)


Nabi SAW sendiri bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah sedangkan Baginda maksum.. tidak malukah kita yg dosa entah berapa banyak, sikit pun tidak merasa bersalah meninggalkannya..? Memang kita tak akan mampu jadi seperti Nabi SAW.. tapi sekurang-kurangnya buatlah sekadar yg termampu..

Kalau ada game bola sanggup pergi stadium seawal 6 ptg.. sanggup redah jem.. sanggup tunggu sampai game start.. kene bayar plak tu nk masuk.. kalu menang bangga, kalu kalah kecewa.. itu je yg kita dapat.. jadi janganlah kedekut untuk spend sedikit masa untuk Allah.. sedangkan ianya untuk diri kita sendiri.. "Allah tidak berkehendak kepada manusia tetapi manusialah yg berkehendak kpd Allah"..

Buktikanlah jika kita berkata yg kita benar² cintakan Allah..

Apatah lagi di 10 malam terakhir ini Nabi SAW mengatakan terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr).


Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).

Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)



Tak perlu rasanya untuk diterangkan akan kelebihan Lailatulqadar ini kerana masing² sangat tahu apa kelebihannya.. adakah ia sama dengan tawaran sale di Sogo or Tesko or mane² jualan murah sehinggakan ramai yang memenuhi tempat² berikut.. Dan ada yg sampai tersengguk-sengguk buat kuih raya.. Percayalah.. sungguh tidak berbaloi perngorbanan kita itu.. boleh buat kuih raya tp jgn sampai mengabaikan Allah..

Mungkin di 10 mlm terakhir ni juga merupakan Ramadhan terakhir bagi kita.. sungguh kita sangat² rugi.. penyesalan yg tak akan tercapai dengan akal di akhirat nanti..


Ya Allah, hindarilah kami dari sikap bermalas-malasan dalam mengabdikan diri kepada Mu.. Letakkanlah dunia di tangan kami.. dan letakkanlah akhirat di hati kami.. Sesungguhnya hanya kepada Mu kami bergantung dan hanya kepada Mu kami berlindung..

http://www.4shared.com/document/IhttFn_m/Menghidupkan-10-Malam-Terakhir.html

Read More...

Assalamualaikum..

Isu yg sedang hangat diperkatakan sekarang.. Sepatutnya dari dulu lagi patut dihentikan.. Kerana ia tak pernah diadakan pada zaman Nabi SAW dan zaman para sahabat.. dan Nabi SAW sendiri melarangnya.. Kenapa kita jadi lebih pandai daripada Nabi SAW sendiri?


"Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang masjid yang didalamnya dibacakan AlQuran dan talqin pada waktu pagi dan petang. Kemudian, di pintu masjid ada ramai orang yang berbicara dan menganggu bacaan Al Quran. Apakah  hal ini dibolehkan ?


Ibnu Taimiyyah menjawab. "Tidak seorangpun dibolehkan mengganggu orang di dalam masjid atau orang yang sedang solat, membaca Al Quran, zikir, berdoa dan sebagainya kerana masjid memang dibina untuk itu. Tidak boleh seseorang melakukan sesuatu yang boleh mengganggu mereka, baik di dalam, di pintu mahupun berdekatan masjid.


Pernah suatu hari Nabi SAW melalui rumah Umar Al-Khattab lalu baginda mendengar Umar membaca al-quran dengan kuat. Nabi SAW menemui Umar dan menyuruhnya memperlahankan bacaannya..

Pernah Nabi SAW melarang sahabat mengaji dgn kuat di dlm masjid kerana akan mengganggu org lain..

Bila mereka berkata "Kami hanyalah membangunkan orang-orang agar solat" maka tidak sepatutnya membangunkan mereka dengan sesuatu yang tidak disyariatkan.
Bila mereka berkata "Apakah membaca Al Quran tidak disyari'atkan?" Jawapannya, Al Quran memang disyariatkan dan disunatkan membacanya. Namun caranya tidak disyari'atkan. Sebab Nabi tidak pernah menyuruh Bilal naik ke atas masjid sebelum waktu subuh lalu membaca Al Quran dengan kuat. Jelas ini adalah perkara bida'ah.

Bila mereka berkata "Lantas bagaimana cara membangunkan orang-orang?" Jawabnya, bangunkanlah mereka dengan sesuatu yang telah disyariatkan, iaitu azan pertama lalu kedua.

Begitulah. Islam telah menjadikan masjid-masjid itu sebagai tempat yang tenang untuk beribadah. Mengganggu jemaah lain dengan suara-suara yang keras, bau-bau mulut yang tidak menyenangkan adalah dilarang sama sekali. Kenapakah umat Malaysia suka mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama?

Jangan terngadah dengan membuta-tuli.. ia bukan permintaan org kafir, tapi larangan dari Nabi SAW.. Nabi SAW pernah berpesan, Baginda telah meninggalkan 2 perkara (Al quran dan as sunnah). Berpeganglah padanya pasti kamu tidak akan sesat.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah .Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya. (QS ; Al Hasyr 7).


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS ; Al Ahzab 21).


Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah .Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (QS ; An Nisa 80).


Ada juga yg bangkitkan isu ceramah dan khutbah Jumaat.. kenapa tidak di mansuhkan sekali?

Samalah tu.. Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan ceramah agama. Sewajarnya, ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja.

Khutbah Jumaat.. Sudah nyata Nabi SAW mengatakan wajib dihadiri sekurang-kurangnya 40 org jemaah yg bermastautin di situ.. kalau tidak cukup, hendaklah dilakukan sembahyang Zohor.. Adakah perlu suara yg kuat sampai sekampung untuk didengari seramai 40 org?

Macam mana nak berdakwah dengan org² tinggal persekitaran?
Nabi SAW dah tunjukkan cara yg sangat sempurna dalam mengajak org bukan Islam untuk mengenal Islam.. Nabi SAW tak pernah menunjukkan kekerasan dalam tabligh Baginda (kecuali bg yg memusuhi Islam).. Sehingga org bukan Islam dengan rela hati mengenal Islam dan seterusnya memeluk agama islam.. Orang bukan Islam tidak mahu mengenali Islam adalah kerana org Islam itu sendiri..

Betullah kata Nabi SAW;


Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat."



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia.


Ramai ulama sekarang yg menyembunyikan ilmu. Hanya kerana mendapat sedikit habuan. Masyarakat jadi pening kerana org yg mengetahuinya tidak melakukan yg sepatutnya..


Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).


“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid… dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini… boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.


Kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti Malaysia ni.. yg penduduknya berbilang kaum..

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya Zal Jalali Wal Ikram..
Selamatkanlah Islam.. selamatkanlah hambaMu..


Wallahu'alam..


Read More...

Astaghfirullah..

Published in: Labels: ,

Ya Allah..
Syukur atas rahmat Mu..
Kesilapan demi kesilapan..
Bagaimana aku ingin hindarinya..

Ya Allah..
Andai diberi pilihan..
Antara berbuat kerosakan dgn kematian..
Aku akan memilih kematian..

Ya Allah..
Walaupun aku sentiasa buat kesalahan..
Kau masih mmberi aku rezeki..
Malah Kau tidak kurangkan sedikit pun..

Ya Allah..
Keburukan yg tak dapat dielakkan..
Sudah terbukti..
Betapa lemahnya iman..

Ya Allah..
Tuhan semesta alam..
Andai beribu kesalahan pn yg aku lakukan..
Jgnlah Kau benarkan aku letih..
Letih utk memohon ampun kepada Mu..

Ya Allah..
Hamba yg hina ini sentiasa mengharapkan belas ihsan Mu..
Andai Engkau tidak menghiraukannya..
Kepada siapa lagi hendak hamba harapkan..
Sedangkan..
Hanya Engkau sahaja yg memiliki semua pengharapan..

Allah yang satu.. Tuhan semesta alam.. Tuhan yg xpernah menghampakan hamba²Nya..



Read More...

Di pagi yg indah..
Hembusan angin dingin..
Membelai pipi..
Kicauan burung sayup²..

Entah mengapa..
Tiba² hati terasa sayu..
Entah mengapa..
Tiba² hati terasa rindu..

Alangkah bahagianya..
Andai aku..
Dapat hidup bersama mereka..
Memperjuangkan agama Mu..

Hati ini sayu..
Bila mengenangkan nasib saudara ku..
Yang sentiasa tertindas..
Oleh kekejaman dunia..

Hati ini rindu..
Untuk mengecap kematian..
Seperti mereka..
Mati dalam keredhaan Mu..

Ya Allah..
Tuhan Yg Maha Kaya..
Tuhan Yg Maha Perkasa..
Berilah aku kekuatan..
Berilah aku kekentalan..
Berilah aku kesempatan..

Agar dapat aku membantu mereka..
Agar dapat aku bersama dgn mereka..
Agar dapat aku menegakkan agama Mu..

Ya Allah..
Betapa agama Mu dihina..
Betapa agama Mu dipermainkan..
Demi jiwa ku di tangan Mu..
Aku tidak redha semua itu berlaku..
Betapa aku sedih..
Apabila mengenangkan semua ini..

Ya Allah..
Selamatkanlah saudara ku..
Selamatkanlah agama ku..
Selamatkanlah.. Selamatkanlah..Selamatkanlah..

Ya Allah..
Sesungguhnya..
Air mata ini..
Tidak mengalir dengan sia²..

Ya Allah..
Nyawa ku hanya satu..
Aku takut..
Aku akan salah gunakannya..
Dan aku memohon kepada Mu..
Tuhan Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Agar aku menggunakannya di jalan yg diredhai..

Ya Allah..
Buanglah sifat takut akan kematian..
Dari dalam diriku..
Dan aku bersumpah..
Atas nama Mu Yg Maha Suci..
Sikit pun aku tidak takut dengan mereka..
Sikit pun aku tidak gentar dengan ancaman mereka..
Sikit pun aku tidak takut utk mati dengan melawan mereka..

Ya Allah..
Andai diberi pilihan..
Aku ingin bersama mereka..
Menghancurkan musuh² Mu..

Ya Allah..
Hanya kepada Mu aku bergantung..
Hanya kepada Mu aku berharap..
Hanya kepada Mu..
Tuhan Yg Satu..


Read More...

Tempat yg paling takut untuk aku hendak pergi pada bulan Ramadhan ialah BAZAR RAMADHAN..

Ngeri bila mengingatkan seharian aku menahan lapar dan dahaga.. dan apabila aku ke bazar Ramadhan..aku xdapat apa² manfaat pun atas lapar dan dahaga itu.. sungguh aku seorang yg sangat² rugi..

Huhuhu.. de sesape nk tolong masak ke..? Kalau pakai spek itam.. ok tak..? spek yg wat tngok gerhana matahari tu..

Ni yang buatkan aku rase nk kawen cepat jer nih.. hehe.. ye la.. klu de org masakkan, xde la nk pergi merayap sana-sini.. lagi pun bila "mem" da ade kat sebelah or kat umah skali pon.. pandangan akan lebih trjaga..

Xpe.. bab jodoh ni aku sikit pon xrisau.. bila da sampai masa nnt insyaAllah.. ade la tu.. klu xsempat kat dunia.. insyaAllah.. ade kat akhirat sana.. xperlu risau dengan janji Allah.. Allah xpernah memungkiri janji..


Cume sikit la nak pesan pada bakal.. (sbnrnye xde lg).. ahaks..

Wahai bakal teman ku, janganlah engkau terlampau mencintaiku. Aku hanyalah sekadar makhluk yang tiada daya dan upaya. Aku tidak pernah mampu untuk membelamu, kecuali kalau Allah mengurniakan kekuatan kepadaku.

Aku tidak akan pernah mampu memberi nafkah kepadamu walapun hanya satu ringgit kecuali kalau Allah menitipkan rezeki kepadaku.

Cintailah Allah Pemilik alam semesta ini.
Sekiranya Allah mencintaimu, maka nescaya Dia akan memelihara dirimu walaupun aku jauh darimu.
Sekiranya Allah menyayangimu, maka Dia pasti membela dan mencukupimu walaupun aku tidak berdaya untuk membela dan mencukupimu.

Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadamu.


P/s: Eh.. Nampak mcm lari tajuk je nih.. nyorok bawah rak kasut.. malu makk.. Awww..



Read More...

Hadis ini masih lagi berleluasa. Sedangkan ia sudah lama difatwakan sebagai hadis palsu.Tiada ganjaran khusus bagi tarawih di bulan Ramadhan selain malam LAILATULQADAR.. Selainnya, ganjaran pahala di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan sesuai dengan hadis ini..

“Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah berkata, “Kecuali puasa, Aku yang akan membalas orang yang mengerjakannya, karena dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsu dan makannya karena Aku.” (HR. Muslim)


Hadis Palsu Berkenaan Ganjaran Tarawih.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Wallahu'alam.. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua..

Read More...

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...