preload


Assalamualaikum..

Dajjal seperti yang digambarkan di dalam hadis ialah seorang lelaki yang buta sebelah matanya dan tertulis di antara kedua matanya itu perkataan kafir. Mendengar fizikalnya seperti ini pasti ramai yang tertanya-tanya apakah bahayanya Dajjal kepada umat Islam ?

Bukankah semua orang pasti sudah tahu akan kesesatannya dan mengenal tanda-tandanya ?

Jawapannya ialah ramai orang sebenarnya jahil dan memandang rendah kepada fitnah Dajjal serta tidak mengetahui betapa bahayanya Dajjal kepada manusia dan tidak pula bersiap sedia untuk menghadapi kebangkitan dan fitnahnya.

Fitnah Dajjal disebut oleh nabi salallahualaihiwassalam sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia. Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)


Di dalam riwayat yang lain, Abdullah Ibn Umar ra berkata rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Aku sungguh-sungguh berwasiat agar kamu semua berhati-hati terhadapnya. Tidak ada seorang nabi pun yang tidak memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal namun aku akan memberitahu kalian tentang sesuatu yang tidak pernah diberitahu oleh seorang nabi pun sebelumku kepada kaumnya iaitu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Allah itu tidaklah buta sebelah mata. (Hadis riwayat Bukhari)

Berapa ramai orang yang membaca hadis-hadis seperti ini tetapi mereka melaluinya seperti tidak mendapati apa-apa bahaya dan merasa terancam olehnya. Kata mereka sudah banyak orang yang mengaku nabi sejak dari zaman awal Islam. Sudah ramai tokoh-tokoh palsu, ajaran sesat dan kepala pendusta agama yang membawa ajaran ganjil ini yang telah berjaya dihapuskan dan beranggapan Dajjal ini akan muncul seperti golongan sesat, ahli bid’ah dan golongan menyeleweng yang lain serta berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemalsu agama seperti Ayah Pin, Qadiani dan nabi palsu lainnya.

Oh mereka itu ternyata silap sama sekali !


Dajjal itu kelasnya bukanlah setaraf dengan nabi palsu atau wali-wali keramat dan tok guru yang dapat ditangkap dan dipenjarakan.

Dajjal itu bahkan mengaku dirinya sebagai tuhan dan mempunyai pelbagai keajaiban dan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan !

Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebathilan.

Lawan Dajjal itu pula bukanlah seorang polis agama atau Kadi dan mufti sebaliknya seorang rasul khas yang ditugaskan secara khusus untuk memerangi Dajjal di akhir zaman.


Nabi Isa alaihisalam yang kini berada di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT : “dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 157-158)

Jadi masihkah anda mampu memandang rendah ?

Di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Umamah ra bahawa nabi salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda : “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya sejak Allah memperbanyakkan keturunan Adam itu tidak adalah fitnah di atas muka bumi ini yang lebih besar selain fitnah Dajjal. Dan Allah azza wa jalla tidaklah mengutuskan seorang nabi pun kecuali mereka memperingatkan kaumnya tentang bahaya Dajjal. Aku ialah nabi yang terakhir dan kamua semua pula adalah umat yang terakhir. Sesungguhnya Dajjal itu pastilah akan muncul di tengah-tengah kamu semua.”(hadis riwayat Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Al-Hakim di dalam Mustadrak)


Jika para rasul di setiap zaman pun merasa takut dan memperingatkan bahayanya Dajjal serta nabi Muhammad salallahualaihiwassalam sendiri berasa bimbang dan sentiasa berpesan kepada para sahabatnya tentang fitnah lelaki buta ini maka apakah alasan dan puncanya yang menyebabkan anda tidak berasa bimbang ?

Hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi halau Dajjal

Diriwayatkan Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal.” (hadis riwayat Muslim)

Rupa-rupanya budaya Melayu baca Al-quran untuk menghalau hantu masih menebal di dalam minda. Amalan membaca Yassin malam Jumaat yang dianggap dapat menyelesaikan masalah, seperti membuat air penawar untuk anak menduduki peperiksaan dan mencari siapakah pencuri dalam kampong atau asrama masih bersarang di minda orang Melayu.


Firman Allah SWT : “Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami akan adakan di antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat itu suatu dinding yang tertutup.” (Al-Isra : 45)

Patutlah umat Islam kebanyakkannya tidak berasa bimbang dengan fitnah Dajjal kerana mereka menyangka kononnya mereka sudah mempunyai tangkal azimat berupa ayat-ayat Al-Kahfi buat menakut-nakutkan Dajjal.

Nyah kau dari sini ! Aku bacakan surah Al-Kahfi nanti !

Agaknya mungkin itulah dialog yang mereka rancang untuk gunakan apabila berhadapan dengan Dajjal nanti.

Jika begitu mudah menghalau Dajjal maka tidak perlulah para rasul dari zaman berzaman berpesan dan memperingatkan umatnya tentang bahaya Dajjal.


Bahkan di dalam sebuah hadis dari jalan Imran bin Hussain ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Siapa yang mendengar Dajjal hendaklah dia menjauhinya. Demi Allah, ada seorang lelaki yang datang kepadanya dengan penuh yakin dirinya sebagai seorang mukmin namun ternyata akhirnya lelaki itu kemudian menjadi pengikut Dajjal kerana tipu daya yang dilakukannya.” (hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Bahayanya Dajjal itu terletak pada tipu-dayanya !

Musibah dan fitnah yang menimpa umat Islam akibat dari kedatangan Dajjal ialah pada aqidah dan kehidupan beragama mereka yang tergugat dengan sistem dan nilai yang dibawa oleh Dajjal.

Bermula dari Rasul yang awal, Nabi Nuh Alaihissalam sehinggalah kepada nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam semuanya membawa tauhid dan menyeru manusia kepada Allah SWT serta mengajak supaya menjauhi thaghut iaitu syirik dan kebathilan.


Bahayanya fitnah Dajjal itu adalah lebih besar dari kebahayaan syirik dan kefasikan yang pernah terjadi pada umat-umat terdahulu.

Ini kerana melalui tauhid dan Islam yang dibawa oleh setiap Rasul, manusia yang berakal dan waras akan mampu berfikir dengan kebijaksanaan mereka untuk memilih deen Allah dan menerima Islam sebagai salah satu cara hidup.

Hanya sahaja ianya tidak begitu mudah berlaku dalam sejarah para rasul terdahulu disebabkan oleh pertentangan golongan tua dan adat jahiliyyah mereka yang ketat dan kerana keterikatan mereka dengan peninggalan agama nenek moyang dan sikap taklid buta.

Namun secara umumnya apabila golongan tua dan ketua-ketua kufur ini telah ditewaskan dalam peperangan atau meninggal dunia maka kaum muda dan generasi baru mereka begitu mudah menerima Islam.

Hal ini disebabkan kesyirikkan dan kebathilan itu ternyata suatu kekotoran dan cara hidup mereka adalah amat buruk.


Kufur itu buruk apabila mereka menyembah tuhan yang banyak dan berselisih.

Zina itu juga buruk apabila mereka didatangi dengan pelbagai penyakit dan menjadi resah oleh keturunan yang tercemar.

Penipuan dalam timbangan serta riba juga adalah buruk kerana mereka dianaiyai dan selalu ditindas oleh orang yang lebih bijak dan lebih mempunyai kelebihan ekonomi dan yang lemah terus diperhambakan.

Apabila datangnya Islam maka sudah tentu masyarakat Jahiliyyah ini berbodong-bondong mahu masuk ke dalam agama ini demi mengharap kehidupan dan kebaikan yang jelas ketara berbanding amalan syirik dan kehidupan tanpa syariat.

Firman Allah SWT : “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong.” (An-Nasr : 1-2)



Tetapi ajaran dan fitnah Dajjal ini lebih dahsyat !

Fitnah Dajjal ialah apabila Dia membawa ajaran dan sistem nilai serta cara hidup yang dapat ditonjolkan sebagai atau kelihatan seolah-olah lebih baik dari sistem Islam.

Firman Allah SWT : “Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan acuan Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (Al-baqarah : 138)

Ajaran Dajjal seolah-olah satu bid’ah (penambahan) dan pelengkap sehingga manusia merasa sayang untuk tidak menggunakannya dan merasa rugi jika tidak menerima apa yang dibawa oleh Dajjal kerana ianya kelihatan lebih baik dari Deen Allah dan lebih bagus serta lebih sesuai untuk diamalkan dan dilaksanakan di atas muka bumi ini dari syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT : “Katakanlah: "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keuntungan." (Al-Maidah : 100)


Itulah bahaya paling besar Dajjal ke atas manusia !

Apabila umat Islam selama ini beraqidah dengan Al-Quran dan As-sunnah maka Dajjal membawa sistem pemikiran dan keyakinan berasaskan realiti semasa dan fakta serta mengajak umat Islam untuk berpindah dari kitab Allah dan Sunnah rasul-Nya kepada faham baru yang kelihatan seolah-olah lebih baik dan lebih menyesuai dengan zaman dan tuntutan semasa.

Demikian juga di dalam perihal ibadah, solat, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan agama yang lain semuanya akan menerima pengaruh Dajjal sehingga seolah-olah kedatangan Dajjal itu merupakan suatu rahmat dan kebaikan yang melengkapkan Deen Islam yang masih kurang dan tidak lengkap.

Apabila Islam mengajar manusia tentang hukum-hakam dan peraturan jenayah serta undang-undang maka Dajjal pun membawa sistem peraturan dan undang-undangnya yang kemudian diterima serta dipakai di seluruh dunia dengan anggapan ianya lebih adil dan bertimbang rasa dari undang-undang Islam.


Begitu juga dengan pemerintahan, politik dan sebagainya. Manusia pasti akan terpedaya dengan sistem dan cara hidup Dajjal yang mengubah sistem nilai dan fokus umat Islam daripada mempertuhankan Allah SWT perlahan-lahan bertukar kepada mempertuhankan kekuasaan Dajjal.

Dari syura kepada demokrasi, dari ekonomi berteraskan kebajikan dan usaha kepada penindasan riba dan kapitalis. Dari sistem undang-undang syariah kepada peraturan sivil dan perlembagaan Negara. Perlahan-lahan idea Dajjal berjalan dan bergerak masuk ke dalam kehidupan umat Islam.

Siapakah yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal ?


Firman Allah yang bermaksud : “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka." (Al-Hijr : 39-40)

Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada Dajjal jika sekarang ini pun anda masih seorang Muslim dan mukmin yang kuat bertawakal dan hanya yakin kepada Allah SWT. Maksudnya anda bukanlah ahli MLM, atau peminat setia kelab rahsia tarikh lahir dan pelangan dukun dan bomoh.

Ini kerana Dajjal berkuasa meramal dan mendapat pertolongan Syaitan serta mampu melakukan hal-hal yang luar biasa seperti menyembuhkan orang yang sakit, memanggil dan menahan hujan serta pelbagai lagi keajaiban.

Jika bomoh patah yang menggunakan jin pun orang sanggup percaya demi terbelit oleh tipuan syaitan yang menggunakan ayat keramat berbunyi : “Apa salahnya kita mencuba berikhtiar saja, mana tahu kalau-kalau sembuh.” Bayangkan jika Dajjal yang muncul dan sememangnya mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, buah pinggang, kencing manis dan jantung ??

Siapakah yang dapat menolak ajakan dan godaan Dajjal ?


Orang kita sanggup berbuat apa sahaja demi sembuh dari sakit walaupun berjumpa bomoh yang jelas diharamkan oleh Islam inikan pula Dajjal yang datang dengan tipudaya dan kemampuan yang lebih dahsyat.

Di dalam hadis juga menyebutkan bahawa Dajjal berupaya mendatangkan rezeki dan kekayaan serta hasil bumi kepada kaum yang beriman dengannya dan menarik serta menahan rezeki kepada golongan yang mengingkari ajakannya.

Si Dajjal ini selain dari tipudaya yang berupa magik dan keajaiban dia juga mampu menghidupkan orang yang sudah mati serta boleh mendatangkan syurga dan neraka sehingga mengabui mata manusia bahawa tidak syak lagi dia inilah tuhan yang sebenar.

Nah, bahaya yang diungkapkan oleh nabi Salallahualaihiwassalam bukanlah bahaya fizikal dan badan tetapi jiwa dan agama yang bakal dimusnahkan oleh Dajjal apabila tiba fitnahnya kepada kemuncak di akhir zaman.


Sesungguhnya Dajjal itu tidaklah berkuasa tetapi yang berkuasa itu adalah Allah SWT. Bahkan segala keajaiban Dajjal adalah dari Allah jua sebagai ujian kepada manusia untuk melihat siapakah yang benar-benar beriman.

Hanya yang ikhlas dan jujur dalam beragama kerana mengharap redha Allah SWT sahaja yang dapat selamat dari kedahsyatan fitnah Dajjal.

Sungguh layak kebimbangan baginda rasul apabila fitnah Dajjal itu bagaikan singa lapar yang mengeroyak Iman yang nipis seperti kulit bawang.

Kerana itulah dari Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwassalam telah mengajar kita agar selalu berdoa dengan sabdaNya :

إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya : “ Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahud maka hendaklah dia membaca doa memohon perlindungan Allah daripada empat perkara iaitu ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah hidup dan selepas mati dan daripada kejahatan fitnah al-masih Dajjal.” (hadis riwayat Muslim)

Akhir kata, masihkah anda berasa Dajjal itu tidaklah bahaya dan tidak perlu dibimbangkan ?

Segala puji hanyalah bagi Allah SWT.



Read More...

Knp Perlu Bersih?

Published in:

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.. lindungilah kami di bawah lindungan Mu.. dan payungilah kami di bawah naungan Mu.. sesungguhnya tiada daya kami melakukan kejahatan dan kebaikan melainkan dgn keizinan Mu..

BERSIH 3.0..



Perhimpunan pertama utk bersih adalah pada 2007.. byk provokasi dari pihak kerajaan yg mngatakan bersih itu menyusahkan dan diharamkan.. mase tu aku di pihak kerajaan.. "Bodohnye yg pergi bersih tu.."

Namun dari masa ke semasa.. walaupun pihak kerajaan hentam cukup² di media, bilangan ahli yg menyokong semakin bertambah.. aku mula terfikir.. kalau bende tu salah, gile ke ape semakin ramai yg mnyokong benda salah?

Bersih 1.0 - 2007
Apa yg diorg mahu sebenarnya? Bukankah Malaysia ini sudah aman? Untuk mengetahui perkara sebenar, aku mula mendekati mereka.. Dan bandingkan dgn provokasi media.. Mana benar mana salah masih 50-50.. Namun aku pelik.. knp mereka bgitu bersemangat walaupun dihentam dgn begitu teruk oleh pihak kerajaan.. tidak reti serik ke?

Walaupun aku sedar akan kepincangan kerajaan dgn tersebar beberapa maklumat.. namun masih belum cukup meyakinkan utk menyalahkan pihak kerajaan.. mungkin fitnah.. atau mungkin sengaja bg meminta simpati rakyat..?

Abang FRU tidak mengenal siapa
Tanggal 2010.. terlalu byk penyelewengan yg disebarkan pembangkang.. dan terlalu byk kepincangan yg dinyatakan pihak media dlm negeri di bawah pimpinan pembangkang... mane 1 betul nih..? adui.. pening aku..

Aku sygkan negara tumpah darah ku.. itu yg memberi semangat utk terus mencari siapa yg benar.. siapa yg memfitnah.. siapa yg seleweng.. siapa yg menyusahkan rakyat..


Dunia semakin maju.. dunia di hujung jari.. siapa yg mencari.. dialah yg menjumpai.. Semakin byk maklumat yg didapati.. semakin ingin mengetahui.. bagaimana pengurusan negara tercinta ini dijalankan.. adakah benar seperti paparan dari media? Atau pn hanya mengaburi mata² yg sedia kabur? Atau adakah benar tuduhan dari pembangkang? atau mereka ada agenda trsembunyi yg lebih dahsyat?

Bersih 2.0 - Di jalanan kerana tiada keizinan (Haram)
Sehingga bersih 2.0.. Semakin ramai golongan professional yg menyokongnya.. Ambiga? Adakah mereka mnyokong Ambiga? Bekas peguam Lina Joy? Menuntut kebebasan beragama? Menyokong gay? Habis, mereka yg mnyokong bersih itu sama menyokong gay/murtad hanya kerana Ambiga is penganjur? Adakah mereka sudah tidak waras? Atau GILA? (aku pn ade join.. utk melihat perkara sebenar..)

Perlu di fahami.. siapa itu Ambiga.. dia bkn Islam.. Kafir.. So bkn perkara pelik andai dia sokong apa yg dinyatakan di atas.. Berlainan dgn isu bersih.. ia mengenai teguran atas kepincangan pengurusan kerajaan yg sedia ada.. Jika diselidik.. tiada 1 pun hadis Nabi SAW yg melarang menyokong/berurusan dgn org kafir jika ia bertujuan utk kebaikan bersama.. jika ada, sila maklumkan.. mungkin aku belum cukup ilmu tentang itu.. semoga Allah mengampuni..


Betul ke apa yg dinyatakan tu? Dgn kata lain SPR menipu? Betul ke? siapa pengerusi SPR? Bagaimana dgn senarai undi yg dinyatakan? Jika diperhatikan tuntutan mereka, tiada 1 pn yg salah jika ianya betul.. salah ke? Cuba kita kaji senarai undi dan siapa pengerusi SPR sehinggakan mereka menuduh SPR melakukan penyelewengan.. 

Ni dia pengerusi SPR.. oo.. Tan Sri Abd Aziz rupanya..
Skrg da tau da siapa dia pengerusi SPR.. dia mngatakan daftar pemilihan di Malaysia tercinta ini adalah yg paling bersih di dunia.. oleh itu kita check pulak kat daftar pemilih..

Oh.. satu family mereka ni.. 1 Malaysia

1 Malaysia lg..

Mula² Gini

Pastu Gini

Pastu lg gini.. eh..

So.. kite check pulak apa jawatan lain pengerusi SPR tu..

Huhu.. org UMNO.. 
Jelas org kuat SPR juga merangkap org kuat kerajaan sedia ada.. sbb itu lah mati² mereka mempertahankan akan "kebersihan" pendaftar dlm SPR itu sendiri..

Kita tengok harga minyak pulak.. sbb ari² aku pakai minyak..


Harga asal ron 95 = RM3.28.. Selepas subsidi = RM1.90.. dan harga asal ron 97 = RM2.90 tiada subsidi.. Gila.. secara logik ron 95 lebih tinggi harganya drp ron 97.. sedangkan ron 97 minyak yg lebih baik.. so? Faham apa itu subsidi.. secara ringkas.. jika kerajaan import sesuatu barang.. kerajaan bayar sebahagian drp harga itu... dan rakyat bayar sebahagiannya lagi.. itu baru subsidi.. tp jika negara itu sendiri mempunyai barang itu.. knp timbul isu subsidi???????

Sedikit sebanyak aku merasa TERTIPU.. itu secara peribadi..

Jadi aku rasa wajar mereka (rakyat) melakukan tuntutan itu.. kerajaan yg baik adalah kerajaan yg adil dan saksama.. bkn kerajaan yg berkuasa hasil dari penyelewengan dan penipuan.. Apatah lagi jika pemimpin itu seorang Islam.. 

Yea.. aku ade baju baru..
Sebagai rakyat yg prihatin.. aku menyokong sebarang tentangan atas penyelewengan yg dilakukan.. (itu baru utk SPR..) ia bkn utk kepentingan peribadi aku.. tp utk rakyat keseluruhannya.. dan juga bakal ank cucu aku.. aku tak mahu mereka dididik dgn segala hiburan yg melalaikan, keruntuhan moral, penyelewengan, dan yg sama waktu dgnnya..

Demi Allah, jika tidak sekarang.. esok.. lusa.. sampai akhir hayat.. ingin sekali aku melihat Malaysia diperintah dgn melaksanakan hukum Islam mutlak seperti mana yg diperintah Allah dlm Al Quran.. dan dijalankan oleh Nabi SAW dan para sahabat.. Jika aku tak berkesempatan melihatnya, aku pasti akan berpesan kpd ank cucu (InsyaAllah) supaya memperjuangkan apa yg diperjuangkan oleh Nabi SAW dan para sahabat..

Cukup lama kita tidur.. cukup lama kita selesa.. cukup lama kita disogok.. cukup lama kita alpa..

Wassalam..

video

Read More...

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang.. tiada satu pun yg berlaku di dunia ini, malah di akhirat.. tanpa pengetahuan dan keizinanNya.. kepada Mu jualah kami berlindung.. dan kepada Mu jualah tmpt kami memohon pertolongan..

Demi Allah..
Sekiranya engkau tahu.. untuk apa engkau diberi peluang hidup di muka bumi ini.. sudah pasti engkau tidak akan bersikap demikian.. tidak pula engkau akan berbuat sesuatu yg langsung tidak memberi faedah utk akhirat mu.. sesungguhnya Allah Maha Melihat atas segala sesuatu.. dan itu tersangatlah mudah bagiNya..

Demi Allah..
Sekiranya engkau tahu.. dan dapat merasai akan apa yg dirasai oleh mereka yg terdahulu sebelum kamu.. yg terlebih dahulu dipanggil mnghadap Tuhan Semesta Alam.. sudah pasti tiada lagi perkataan yg tidak baik yg terkeluar dari kelembutan lidah mu.. yg sesungguhnya lidah itu lebih berbahaya dari sebilah pisau yg tajam..

Demi Allah..
Sekiranya engkau tahu.. Neraka itu benar.. siksa kubur itu benar.. huru-hara mahsyar itu benar.. titian sirat itu benar.. dan janji Allah itu benar.. tiada lagi akan keburukan dari keterlanjuran sifat semulajadi manusia itu..

Demi Allah...
Sekiranya engkau tahu....

Read More...

Ya Tuhan Ku...

Published in: Labels:

Assalamualaikum..


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Astagfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Ya Tuhan ku..
Dingin malam ini..
Kedinginannya menusuk di kalbu..
Menghadirkan rasa rindu..
Rindu pada Tuhan Yg Satu..

Ya Tuhan ku..
Sukar untuk ku melelapkan mata..
Sukar pula untuk aku mententeramkan jiwa..
Entah apa sebabnya..
Aku kini semakin leka..

Ya Tuhan ku..
Betapa aku berdusta..
Aku sangka aku dapat menipu mereka..
Tapi hakikatnya..
Aku menipu diri sendiri..

Ya Tuhan ku..
Engkaulah sebaik-baik penolong..
Sebaik-baik tempat memohon pertolongan..
Tiada lagi tempat bergantung setelah aku bergantung kepada Mu..

Ya Tuhan ku..
Tetapkanlah jiwa ku dengan tasbih Mu..
Tetapkanlah lidah ku dengan memuji Mu..
Tetapkanlah cinta ku dengan rahmat Mu..
Tetapkanlah iman ku dengan hidayah Mu..

Ya Tuhan ku..
Aku malu..
Malu kepada Mu..
Selalu alpa dengan kesibukan duniawi..
Sehingga aku lupa akan kehampiran ukhrawi..
Yang mana aku pasti akan tempuhi..

Ya Tuhan ku..
Demi kemuliaan Mu..
Demi ketinggian Mu..
Demi kasih sayang Mu..
Kasihanilah aku..
Kasihanilah mereka di sekeliling ku..
Kasihanilah seluruh umat Islam..

Ya Tuhan ku..
Aku sedih..
Sedih dengan perkembangan Islam kini..
Mereka menghina Mu..
Mereka menghina Kekasih Mu dan juga Nabi ku..
Mereka ketawa terbahak-bahak..
Mereka sangka mereka sudah mencapai kejayaan..

Ya Tuhan ku..
Sedikit sebanyak aku merasa marah..
Umat Islam sendiri yg rakus..
Mempergunakan agama Mu..
Untuk kepentingan sendiri..

Ya Tuhan ku..
Di mana Mahdi Mu..?
Yg akan menghapuskan semua kerosakan..
Yg akan menghapuskan para pejuang Dajjal..
Yg pastinya.. 
Engkau tidak pernah memungkiri janji..

Ya Tuhan ku..
Aku berharap..
Sangat² berharap..
Dengan sepenuh pengharapan..
Aku ingin melihat mereka hancur dalam kemegahan itu..
Dan agama Mu tidak lagi dipandang hina..

Ya Tuhan ku..
Betapa sakit hati ini..
Mengenangkan apa yg terjadi..
Semoga ianya akan berakhir..
Dan aku bersedia menjadi pejuang Mu..
Sama ada layak atau tidak.. 
Aku pasti akan berjuang mengikut kehendak Mu..

Ya Tuhan ku..
Janganlah Kau benarkan aku takut kpd mereka..
Janganlah Kau kurangkan keberanian dlm diri ku..
Dan saat itu pasti akan tiba..

Ya Tuhan ku..
Aku masih mampu bersabar..
Sabar menanti akan janji Mu..
Dan yg pastinya..
Engkau tidak pernah memungkiri janji..
Tidak akan pernah memungkiri janji..
Yang haq pasti tertegak..
Yang bathil pasti lenyap..
Aku yakin akan janji Mu..
Allah, Tuhan ku yg satu..


Read More...

Tuhan, kembalikanlah aku ke dunia..


Part 1

video


Part 2

video


Part 3

video


Part 4 (Last)

video



Read More...

Takdir dan Jodoh...

Published in: Labels:

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Ya Allah,
Demi nama Mu yg Maha Mulia.. aku xpernah jemu untuk memohon kepada Mu.. dan xpernah jemu juga bagi aku memohon keampunan Mu.. dan xpula jemu untuk aku bergantung sepennuhnya kepada Mu.. kerana aku tahu.. hanya Engkau sahaja yg berkuasa atas segala sesuatu..

Ya Allah,
Dalam menempuh ranjau kehidupan yg penuh pancaroba ini.. aku pernah tewas.. kerana terlalu mengikut hawa nafsu.. dan juga terpengaruh dengan khayalan ciptaan duniawi.. sehingga aku lupa akan kewujudan Tuhan yg xpernah tidur..

Ya Allah,
Engkau telah temukan aku dengan pelbagai ragam manusia.. ada kalanya aku menyalah gunakan akan anugerah yg telah Kau berikan kpd ku.. sehingga menyakiti hati insan yg xsepatutnya aku sakiti.. sungguh aku menyesal dengan apa yg telah aku lakukan akibat kebodohan diri aku sendiri.. dan syukur kpd Mu Ya Zal Jalali Wal Ikram.. kerana telah menyedarkan aku dari lena yg panjang..

Ya Allah,
Aku tahu.. itu semua adalah kehendak Mu.. dan juga kerana pilihan ku.. aku yg pilih untuk ke jalan itu.. dan Engkau takdirkan sesuai dengan apa yg aku pilih.. dan kini aku memilih untuk ke jalan yg lebih baik.. dan Engkau telah temukan aku dengan satu permata yg sudah lama aku mencarinya.. sesuia dengan apa yg aku harapkan.. Seketul Permata Yg Dicari..

Ya Allah,
Andai dia jodoh yg Engkau kirimkan untuk ku.. bukalah hati ku.. tanamkanlah rasa cinta dalam jiwa ku.. supaya aku dapat menyayanginya sesuai dengan apa yg dikehendaki oleh Mu dan Rasul ku.. agar aku dapat memanjangkan silaturrahim ini.. dan pandulah aku ke jalan yg diredhai oleh mu.. Namun, andai dia bukan jodoh ku.. hapuskanlah rasa cinta di hatinya.. agar tiada kekecewaan yg dirasainya.. kerana aku amat tahu akan keperitan cinta yg tidak kesampaian.. namun aku yakin.. dia lebih kuat dari apa yg aku sangkakan..

Ya Allah,
Permudahkanlah urusan ku.. di dunia dan akhirat.. sesungguhnya tiada apa yg aku harapkan selain keredhaan dari Mu.. Tuhan yg Maha Kaya lagi Maha Bijaksana.. Tiada Tuhan selain Engkau.. dan tiada pergantungan lain lagi setelah aku bergantung sepenuhnya kepada Mu.. hidup ku.. dan mati ku.. hanyalah mengikut ketentuan Mu.. sesungguhnya, aku terlalu banyak menzalimi diri aku sendiri.. kepada Mu jualah tempat aku mengadu.. dan hanya kepada Mu lah tempat aku memohon keampunan..

Ya Allah,
Biarlah mereka melihat aku sama seperti yg lain.. tapi biarlah aku berbeza dari yg lain dari sudut pandangan Mu.. tiada cinta yg lebih agung selain cinta dari Mu.. dan jangan sekali-kali membenarkan aku mencintai yg selainnya melebihi cinta ku kpd Mu.. sesungguhnya aku tidak ingin lagi tersesat setelah aku menemui jalan yg lurus..

Demi Tuhan yg jiwa ku di tanganNya.. seluruh hidup ku.. hanyalah untuk Mu.. Tuhan yg Maha Tinggi lagi Maha Mulia...

video

Read More...

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..

Lumrah hidup di dunia.. terkadang kita berasa kuat.. terkadang kita berasa lemah.. itulah uniknya manusia.. di dalam kelemahan itu timbul kekuatan.. di dalam kekuatan itu.. terserlah kelemahan..

Kelemahan itu boleh menjadi punca manusia kufur.. di mana manusia itu melihat dari sudut keadilan Allah memberi suatu kelebihan pada orang lain yg tiada padanya.. boleh juga menjadi punca manusia itu bersyukur.. di mana manusia itu melihat dari sudut Allah sengaja tidak memberinya kelebihan agar dia tidak lalai mengingati Allah atau riak atau bangga dengan apa yg diberi..



Selama bertahun-tahun aku memikirkan.. dari mana sumber kekuatan seseorang manusia itu untuk menjalani kehidupan yg amat mencabar ini.. Aku pernah merasai kejatuhan.. di mana aku hampir² hilang arah.. aku rasakan dunia seolah-olah mentertawakan aku.. mempermainkan aku.. dan aku sering bertanya untuk apa aku dilahirkan ke dunia jika aku dilahirkan hanya untuk dibebankan dengan beban yg banyak ini..

Allah itu Maha Bijaksana.. Dia menegur aku dengan penuh hikmah.. dan dari itu aku mula sedar.. aku tidak dijadikan sia².. dan aku adalah pelengkap wujudnya dunia ini.. semuanya berlaku mengikut perancangan Yang Maha Pencipta.. dan aku terus mencari.. dari mana sumber kekuatan itu..



Dari kecil lagi aku diasuh dengan didikan Islam..oleh itu aku mencari sumber dari pandangan Islam.. Aku mula membaca dan mengkaji sejarah Nabi².. terutama 25 Nabi yg diwajibkan umat Islam ketahui.. Banyak pengajaran dari kisah² mereka.. Untuk apa mereka berjuang..? apa faedah mereka sanggup mati mempertahankan agama Allah..?

Di antara mereka, ada pula yg bergelar Ulul Azmi.. apa itu Ulul Azmi? dan kenapa mereka digelar Ulul Azmi? Di antara beribu² Nabi dan Rasul yg di turunkan.. hanya 5 di antara mereka yg bergelar Ulul Azmi.. Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.. dari cerita mereka sedikit sebanyak aku dapat mengenal pasti sumber kekuatan itu.. dan mereka tidak berkorban untuk perkara yg sia²..



Ada juga aku cuba² untuk selidik agama lain seperti Buddha, Kristian, Yahudi, Konfucius.. Namun, terdapat banyak keraguan hujah² dlm kitab² mereka..  Komunis itu asalnya anti agama? tidak sama sekali.. sama seperti yg lain.. apa nak difikirkan sangat.. sedangkan org Islam sendiri pun menentang hukum² dlm Islam.. apa beza dgn komunis..? keaslian itu terhakis mengikut peredaran zaman..

Tiada satu agama pun yg bersifat menyeluruh melainkan Islam.. Semua agama selain Islam terdapat byk celanya di mana ia adalah hasil pencerobohan tangan² manusia yg mempunyai agenda yg sangat buruk.. Kesesatan manusia akan bertambah sesat lagi menyesatkan.. namun terlalu ramai yg tidak sedar akan kesesatan itu.. akibat menurut hawa nafsu yg selalu menyangkal akan kebenaran..



Kenapa umat Islam dahulu kuat? kenapa tamadun Islam dahulu digeruni semua manusia? kenapa umat Islam sekarang terlalu mudah untuk ditunduk?

Semua jawapan itu ada pada diri sendiri.. kenali diri sendiri, maka akan kenallah akan Pencipta Yg Maha Agung.. Di sana akan wujud satu kekuatan yg xmungkin akan dapat dimusnahkan oleh apa saja.. namun xramai yg mengetahuinya.. dan xramai juga ingin mengetahuinya.. masing² sibuk mengumpul harta dunia yg bakal ditinggalkan.. bukannya mengumpul apa yg bakal dibawa bersama untuk bertemu Tuhan..



Aku keliru.. dan terus keliru.. dengan sifat manusia yg rakus.. sedikit sebanyak telah mempengaruhi hidup ku.. alangkah indahnya andai Allah memberi aku karamah di mana aku dapat berada di dunia yg tiada manusia yg mengharapkan dunia dan isinya.. sesungguhnya aku xingin bazirkan masa dengan apa yg tidak mendatangkan faedah untuk akhirat ku..



Ya Allah, bantulah hamba Mu yg lemah ini dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.. Tiada Tuhan selain Engkau.. Muhammad itu pesuruh Allah..

Read More...

Assalamualaikum..

Manusia menghabiskan sbhg besar drp kehidupan dgn memikirkan tentang masalah.. drp sekecil²nya hinggalah sebesar²nya.. besar atau kecilnya masalah itu bergantung kpd pemikiran masing².. ada yg mnghadapi mslh kecil namun sgt besar bgnya.. begitulh sebaliknya.. namun sbnrnya mslh itu bknlah suatu beban seperti yg disangka segelintir manusia.. semuanya bergantung kepada pemikiran.. jika kamu fikir positif, maka hasilnya positif.. jika kamu fikir negatif, maka negatiflah hasilnya..



Tidaklah sempurna manusia itu jika tidak menghadapi masalah.. bagi aku, hanya org gila dan terencat sahaja yg tiada masalah.. so setiap manusia yg normal itu pasti ada masalah.. cuma cara berhadapan dgn masalah itu berbeza mengikut pendekatan masing².. kenapa perlu jadi org yg bermasalah..? Kebanyakannya menghadapi masalah dengan pendekatan yg serius dan penuh emosi.. akibatnya emosi terganggu dan terserlahlah tingkah laku yg tidak sepatutnya..

Sebenarnya kemajuan banyak dicapai dgn masalah..  manusia menjadi kreatif mencari jalan keluar.. otak manusia mampu berfikir diluar jangkaannya..



Tak perlu lari dari masalah, krn masalah itu akan berulang cuma dlm bentuk yg berbeza.. jgn mengundur sebelum melangkah.. jgn pula menyerah sebelum menyanggah.. sungguh memalukan andai kita tidak mampu menghadapi suatu masalah yg dihadapi.. apatah lagi jika hanya masalah kecil.. kerana sesungguhnya Allah tidak menguji seorang manusia kecuali mengikut kemampuan manusia itu sendiri.. sebenarnya, kamulah punca suatu perkara itu jadi masalah..

Sebenarnya keadaan sekeliling mampu menjadi pembakar semangat sbg sumber kekuatan.. belajarlah dari sumber yg ada di sekeliling kamu.. seorang bayi yg masih kecil.. menggengam tangan dgn kuat sehingga mampu mengangkat seluruh bdnnya walhal dia masih belum mampu berjalan.. dgn susah payah dia meniarap untuk merangkak sambil belajar untuk berjalan.. bgaimana seronoknya dia setelah pandai berlari ke sana ke mari.. keletihan sang ayah dan ibu mengejarnya..



Positive n possible.. ”Pikiran saya adalah milik saya, saya akan mengendalikannya!” Setiap orang memiliki harta karun yang menakjubkan iaitu otak dan saraf. Kita memiliki kekuasaan untuk mengarahkan semangat, emosi, naluri, kecendrungan, perasaan, suasana hati, sikap dan perilaku. Semakin sering kita berlatih menggunakan sikap mental positif, semakin cepat kita menyedari munculnya fikiran negatif.

Siapa kamu, kamu yg tentukan.. bagaimana kamu, kamu yg tentukan.. untuk apa kamu dilahirkan, kamu yg tentukan.. org yg luar biasa itu memandang suatu perkara diluar pemikiran org yg biasa..



Masalah bkn untuk diratapi.. bkn juga sbg bebanan.. bkn pula menjadi halangan.. tp sbg didikan bagi mencapai kematangan sbg khalifah pilihan Tuhan..

Demi Masa! 
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. 
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran. 



Read More...

Nabi Adam

Published in: Labels:


Nabi Adam A.S. merupakan Nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan.
Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.

Ringkasan Riwayat Hidup
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumilangitmalaikat-malaikatnya; Allah mahu mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:
"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]
Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Kesombongan Iblis
Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanahdan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah.
Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya menempuh jalan yang sesat.
Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.

Pengetahuan Adam Mengenai Nama Benda

Allah hendak menghilangkan pandangan serong para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmah-Nya yang menyatakan Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkan kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian ditunjukkan benda-benda itu di hadapan para malaikat lalu mencabar malaikat menyebut nama itu untuk kalahkan Adam. Para malaikat tidak berdaya menyahut cabaran Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka dan mengaku ketidaktahuaan mereka dengan mengatakan yang mereka tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajarkan mereka.
Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahu nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahu oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka bahawa Dia sahaja yang mengetahui rahsia langit dan bumi serta mengetahui apa yang zahir dan tersembunyi.

Adam Menghuni Syurga

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya. Lalu baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi janganlah engkau makan buah kuldi dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini."



Iblis Mula Bertindak

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat keengganannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan hasad dengki terhadap Adam yang menjadi penyebab sehinggakan dia dikutuk dan dilaknat selama-lamanya serta tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mula menunjukkan rancangan untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Dia menyatakan kepada mereka bahawa dia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka. Pelbagai cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa dia betul-betul jujur dalam nasihat dan memberi petunjuk kepada mereka. Dia membisikkan kepada mereka bahawa larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjukkan itu adalah kerana dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangi lpujukkan itu dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang itu dan indah nian bentuk buahnya serta lazat rasanya. Akhirnya termakanlah pujuk rayu yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan melanggari larangan Tuhan.
Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud:
"Tidakkah Aku mencegah kamu daripada mendekati pohon itu dan memakan buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah mereka bahawa mereka telah melanggari perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka menyesal dan berkatalah mereka:
"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."kata adam.

Adam dan Hawa Turun ke Bumi

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampunkan perbuatan yang mereka telah lakukan. Hal ini demikian telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian mereka terhadap peringatan Tuhan mengenai Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa pujukan dan rayunya yang manis namun beracun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar tidak mengulangi pelanggaran yang telah dilakukan serta menimbulkan murka seta teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang dilaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar kerana perbuatan mereka melanggar perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk diterokaiya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."
Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat serta tabiat mereka yang berbeza-beza serta warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia akan hidup berkelompok dan menjadi suku-suku serta bangsa-bangsa yang mana selah satu akan menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh, aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga Allah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya untuk memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan penuh damai , kasih sayang di antara sesama manusia untuk menuju jalan yang diredhai-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.


Tinggi Nabi Adam

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075





Read More...

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...