preload


Seorang suami beli tembikai utk isteri kesayangannya..
Malangnya setelah dibelah.. tembikai itu rosak.. dan teruk suaminya dimarahi..

Dgn tenang si suami bertanya.. siapa yg kamu marah?
Adakah kamu marahkan aku? Aku sbg pembeli pasti aku harapkan buah yg aku beli ini dalam keadaan terbaik.. dan kita boleh makan bersama dengan gembira.. jadi kamu tidak boleh marah aku..

Adakah kamu marahkan si penjual? Sebagai penjual, dia pasti harapkan buah yg terbaik utk dijualnya supaya pelanggannya tidak merungut dan akan sentiasa datang ke kedainya jadi kamu tidak boleh marahkan si penjual..

Adakah kamu marahkan si petani? Sebagai seorang petani, dia pasti harapkan kebunnya menghasilkan buah yg terbaik supaya pemborong tidak merungut dan sentiasa memborong hasil taniannya.. jadi kamu tidak boleh marah si petani..

Kamu sebenarnya marahkan Allah.. Kerana Dia yg jadikan tembikai itu.. Terlalu banyak nikmat, rahmat dan rezeki yg Dia telah bagi pada kamu.. hanya kerana tembikai ini rosak dan tidak boleh di makan kamu sudah marahkan Dia..

Layakkah kamu marahkan Allah?

Wallahu'alam..
Semoga kita semua dirahmati Allah.. :)


Read More...


 Selepas peristiwa bersih 2.0 , saya turun kembali ke Kuala Lumpur untuk melihat sisa-sisa kerosakan yang berlaku dan membuat sedikit pemerhatian kepada peniaga-peniaga di sekitar KL ..hasilnya tiada sisa cermin pecah..kesan terbakar bom api..dan tiada bangunan yang rosak...malah peniaga-peniaga berkata hasil jualan mereka terpaksa ditambah stok seminggu sebelum bersih...dan ketika bersih mereka diarahkan menutup kedai oleh pihak berkuasa..namun bagi peniaga barangan runcit .ada juga yang terus berniaga...lupakan seketika ...kita rujuk kepada laporan bursa saham yang menyatakan urusniaga dan nilai saham melonjak pada 9 julai ..seperti laporan the econimist yang di sunting penerbitannya di Malaysia oleh KDN akibat laporan itu...

Saya sudah berjalan pulang..menaiki tren KTM dari Bank Negara menuju ke Petaling Jaya.. KTM agak lambat sedikit..saya duduk di balik tiang berhadapan tangga masuk

Kelihatan Sepasang suami isteri membawa anak kecil mereka dan duduk betul2 dihadapan saya...saya amat dekat dengan mereka dan mereka banyak mengkritik bersih2.0 dengan hujah yang banyak menyimpang dan tersasar..banyak hujah emosi seperti yang ada dalam media kerajaan berkenaan bersih...saya diamkan diri sahaja...

Kebetulan sekumpulan anak muda berjubah , beserban , bertudung labuh melintas di hadapan kami..saya melihat si lelaki yang rancak berbual dengan isterinya mencebik muka dan memandang dengan pandangan yang benci..

Tengok...budak2 ni pakai serban dan tudung labuh ni ..mereka sebenarnya jahil!

Saya tersentak sedikit dengan kenyataan itu..namun saya masih menunggu ayat seterusnya...

"Saya tanya awak...dengar ceramah dari orang perempuan haram tak?"

Isterinya hanya mengangguk dan mendiamkan diri..

"Haram kan???.. itulah pakai serban tudung labuh tapi x reti agama!"

Kata sang suami dengan penuh bangga!

Saya terasa ingin berhujah dengan beliau...namun saya batalkan niat tersebut apabila tren sudah menghampiri platform..dalam hati kecik saya berkata..."Aduh...dia yang jahil...tapi dia tak tahu dia jahil..ni jahil murakkab namanya...Ini namanya jahil murakkab diri awak sendiri tak tahu apa yg dia tak tahu. Tapi menyamar macam orang alim. Kalau dah tak tahu lebih baik diam!"

Walaubagaimanapun..saya sempat menulis nota peringatan..agar mendakatkan jawapan yang dihujahkan oleh lelaki tadi untuk kefahaman yang lebih jelas..jika ada yang bertanya..


Soalan dibawah telah dijawab oleh Seorang Ustaz yang sedia menjawab dengan hujah dan Nas.




SOALAN: Saya dan kawan-kawan sering mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah-penceramah wanita. Pada akhir sesi, penceramah berkenaan biasanya berdoa dan kami turut mengaminkan doa yang dibacanya. Persoalan yang berbangkit ialah:

1. Bolehkah lelaki mengaminkan doa yang dibaca wanita, sedangkan wanita tidak dibenarkan memimpin lelaki dan suaranya adalah aurat?
2. Bolehkah lelaki melihat muka penceramah wanita sedangkan penceramah itu mempunyai rupa paras yang cantik dan mudah menawan hati?
Harap saya mendapat penjelasan ustaz yang dihormati. Terima kasih. - KHALID, Keramat, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Pada dasarnya antara lelaki dan perempuan ada batas-batas tertentu. Al-Quran dan hadis telah menggariskan batas-batas itu dengan jelas, masing-masing tidak dibenar melewatinya. Antara yang digariskan ialah wanita tidak dibenarkan menjadi imam solat kepada lelaki. Wanita juga tidak harus menjadi pemimpin tertinggi, saf wanita dikehendaki berada di belakang saf lelaki dan kanak-kanak.

Pensyaratan lelaki pada imam yang memimpin solat jemaah dinyatakan dalam sabdanya yang bermaksud: Jangan sekali-kali wanita mengimami lelaki. Wanita tidak dibenar menjadi imam kepada lelaki kerana dibimbangi berlakunya fitnah, kecuali jika jemaah itu terdiri daripada hanya wanita, mereka boleh menjadi imam sesama mereka, kerana fitnah tidak dibimbangi lagi.

Berhubung saf solat wanita, hadis menyatakan lagi: Tempatkan jemaah wanita dalam saf di bahagian belakang. Hadis ini secara tidak langsung melarang wanita menjadi imam kepada lelaki kerana imam pasti tempatnya di bahagian hadapan. Kedudukan saf wanita yang jauh daripada imam dan saf lelaki, kerana dipisah oleh saf kanak-kanak membantu kepada kesejahteraan solat dan jauh daripada fitnah dan kacau-bilau, terutama semasa solat jemaah berjalan.

Kembali kepada persoalan-persoalan bolehkah lelaki mengaminkan doa yang dibaca wanita, mendengar suara dan melihat wajah penceramah wanita yang dianggap rupawan itu. Saya berpendapat ada beberapa aspek yang perlu diteliti dan sekali gus menentukan hukumnya. Antara aspek yang dimaksudkan ialah:
Pertama: Bolehkah wanita keluar rumah dan bebas melakukan kerja-kerja di luar rumah? Jika ceramah itu sendiri haram, maka penyertaan dalam majlis itu juga merupakan suatu kesalahan. Sebahagian ulama berpendapat wanita tidak harus keluar rumah, mereka hendaklah tinggal menetap di rumah dan tidak harus keluar kecuali kerana darurat.

Ada orang mengatakan dua waktu sahaja wanita boleh keluar, iaitu untuk dibawa ke rumah suami dan ke kubur. Hujah mereka ialah ayat 33 surah al-Ahzab yang membawa maksud: Dan hendaklah kamu (wanita) tetap diam di rumah kamu. Ayat ini difahami oleh golongan ini bahawa wanita hendaklah menetap di rumah dan tidak harus keluar termasuk untuk berceramah agama.

Sebahagian yang lain pula berpendapat, wanita tidak wajib berkurung di rumah. Mereka bebas keluar menjalankan tugas termasuk berceramah dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Ayat 33 surah al-Ahzab itu hanya dituju kepada isteri-isteri Nabi sahaja tidak termasuk wanita awam. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sebab-sebab berikut:

Pertama, ayat-ayat sebelum ayat 33 al-Ahzab itu membicarakan hal-hal yang berkaitan isteri-isteri Nabi. Mereka dikehendaki menetap di rumah dan tidak dibenar keluar. Hukum ini adalah satu kewajipan khusus ke atas mereka sebagai isteri Nabi. Wanita-wanita bukan isteri Nabi dengan sendirinya terkecuali.
Kedua, Umm al-Mu'minin Aisyah r.a. berasa bersalah apabila beliau keluar dalam pertempuran al-Jamal kerana menuntut bela atas pembunuhan Uthman yang dianggapnya sebagai satu kewajipan agama ke atasnya. Tetapi kemudiannya beliau sedar dan menyesali atas keterlanjurannya kerana dia keluar dari rumah. Sepatutnya sebagai isteri Nabi dia tetap sahaja di rumah.

Ketiga, wanita hari ini ramai keluar dari rumah sama ada ke sekolah, ke pejabat dan lain-lain. Kita tidak mendengar sebarang bantahan daripada ulama yang menyatakan sikap wanita hari ini bertentangan dengan sunah dan hukum Islam. Bahkan rata-rata ulama berpendapat wanita yang keluar dari rumah dengan urusan-urusan tersebut harus dan tidak menyalahi hukum Islam, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Keempat, wanita hari ini dianggap sebagai separuh warganegara. Mereka berhak menentukan corak politik negara. Mereka diberi kebebasan menjadi calon bertanding dalam pilihan raya, bergerak aktif dalam persatuan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Jika wanita dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik, maka keluar dari rumah kerana mengajar lebih patut dibenarkan.

Kelima, penahanan wanita dalam rumah hanya diketahui pada permulaan Islam ketika hukum-hukum Islam belum mantap, iaitu dalam kes wanita melakukan zina. Mereka hendaklah dikurung hingga mati. Hukuman ini tidak boleh dijadikan umum meliputi semua wanita.

Atas alasan-alasan yang disebutkan di atas, saya berpendapat tiada sebab mengapa wanita tidak harus diberi kelonggaran untuk keluar rumah bagi melaksanakan tugas-tugas mengajar, membeli-belah, menghantar anak ke sekolah, menyampaikan ceramah agama dan sebagainya.

Tentang suara wanita, sebilangan ulama berpendapat suara wanita adalah aurat. Lelaki ajnabi dilarang mendengarnya kecuali kerana darurat. Mereka dapatkan hukum itu menerusi firman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja semasa bercakap dengan lelaki asing, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (al-Ahzab: 32). Larangan berkata-kata menunjukkan suara mereka adalah aurat dan haram didengar.

Sebahagian ulama fiqh berpendapat, suara wanita tidak termasuk aurat kerana Nabi pernah mendengar suara wanita. Sahabat-sahabat baginda juga pernah bercakap dengan mereka secara berhadapan. Banyak hadis yang boleh dirujuk dan menyentuh secara langsung perkara ini. Ulama hadis juga ramai yang menerima hadis daripada guru-guru wanita, sanad-sanadnya masih terpelihara hingga kini.

Ulama juga memutuskan, jika suara wanita itu mendatangkan fitnah, misalnya kerana suaranya merdu dan pertuturannya manja, maka haram didengar. Mungkin ayat 32 surah al-Ahzab yang disebutkan di atas berkaitan dengan wanita yang suaranya manja dan pertuturannya manis. Penceramah-penceramah wanita yang termasuk dalam kumpulan ini tidak salah jika lelaki mengambil keputusan untuk tidak menghadiri ceramahnya.
Sehubungan ini Dr. Nasr Farid Wasil, Mufti Mesir, berpendapat dan mengeluarkan fatwanya tentang hukum wanita membaca al-Quran di hadapan lelaki. Katanya:

``Islam tidak melarang wanita melakukan seberapa banyak amal kebajikan, bahkan merangsang supaya mengambil segala peluang yang ada, dengan syarat hendaklah menghormati batas-batas agama dan akhlak. Mereka dibenarkan membaca al-Quran di hadapan kaum lelaki dan memperdengarkan bacaannya kepada mereka, dengan syarat hendaklah mematuhi batas-batas agama dan dijamin tidak mendatangkan fitnah dan rasa ghairah lelaki kepadanya.''

Sehubungan itu, Allah melarang wanita secara umum dan isteri-isteri Nabi secara khusus, supaya tidak memanjakan suara kepada lelaki, nanti orang yang berhati busuk akan mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Saya lebih cenderung kepada fatwa ini kerana rasanya tidak adil jika wanita dibenarkan tanpa syarat menyertai majlis-majlis bukan agama, tetapi dilarang menyertai majlis-majlis agama dengan berbagai-bagai alasan.

Tentang hak kepimpinan lelaki dan haq al-qiwamah (kuasa menerajui wanita) bukan sesuatu yang mutlak, malah hak ini berkisar sekitar kegiatan yang mendatangkan kebajikan kepada wanita. Lelaki adalah ketua dan pemimpinnya seperti dalam urusan penentuan maskahwin, nafkah, pergaulan yang baik, menyuruh isteri melakukan amalan yang disuruh Allah dan menjauhi larangannya serta melakukan amal dengan sopan dan tertib. Imam al-Qurtubi mentafsirkan hak al-qiwamah (menerajui wanita) dengan maksud bertanggungjawab memberi nafkah dan mempertahankan wanita.

Menurut Dr. Muhammad Baltaji Hasan, Dekan Fakulti Darul Ulum, Kaherah, al-qiwamah yang dimaksudkan ialah kasih sayang, hubungan baik dan mencintai isteri. Ia tidak membawa makna berkuasa, bersikap kuku besi, diktator dan sebagainya.

Tentang maksud al-imamah pula, Dr. Baltaji berpendapat, wanita tidak harus memegang jawatan tertinggi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak berbahagia kaum yang dipimpin wanita.
Wanita hanya harus memegang jawatan-jawatan umum dengan beberapa syarat dan peraturan yang tertentu, antaranya ialah wanita tidak harus bersembunyi dengan lelaki ajnabi, tidak harus musafir tanpa ditemani suami atau mahram, kerja-kerjanya sesuai dengan tabiat semula jadinya sebagai wanita. Mereka tidak wajar ditugaskan dengan kerja-kerja berat, seperti kerja-kerja lombong, buruh dan sebagainya, bahkan yang paling penting lagi ialah mendapat keizinan suami, kecuali jika ada syarat yang disepakati dalam akad sejak awal-awal lagi.

Sebagai kesimpulan, lelaki harus mengaminkan doa yang dibaca wanita kerana mereka tidak dilarang berceramah dan berdoa dari segi hukum, tetapi mereka tidak harus memimpin solat jemaah kepada lelaki. Mereka juga tidak harus menjadi pemimpin tertinggi negara. Membaca doa dalam majlis-majlis kenduri, membaca tahlil dan memimpin majlis Yasin, membaca al-Quran tanpa memainkan suara dan lagu adalah harus dan tiada sebarang sekatan terhadap kebebasannya.

Kenyataan hari ini menunjukkan wanita telah mencapai tahap yang lebih maju. Kalangan mereka ada yang berjaya mengatasi pencapaian kaum lelaki. Kita percaya dalam bidang agama juga mereka boleh berjaya, tetapi hendaklah dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam.


Read More...

Tadi ustaz berkata.. barang siapa yg menolak 1 huruf di dlm al Quran.. maka dia KAFIR.. apatah lg kalau menolak hukum Allah.. cukup buat aku tersedak..

Sekali teringat.. seseorang pernah berkata.. hukum di dalam al Quran sudah tidak releven dengan dunia sekarang.. dunia sekarang maju..(maju ke?) banyak hukum² yg tak boleh dipakai.. Nauzubillahiminzalik..

Anda mungkin tidak sedar yg anda telah MURTAD bila berkata begitu.. malah andai terlintas difikiran sekali pun.. atau mungkin anda sedar tetapi anda telah dibutakan dengan DUIT, kedudukan, penghormatan atau sebagainya.. ia adalah hukum Allah.. bukan direka oleh Nabi SAW dan bukan juga ditulis mengikut akal dan fikiran..

Allah telah memberi banyak nikmat.. tak terhitung banyaknya sehingga ramai yg lupa diri.. tidak kenal Allah.. malah ada yg melawan Allah setelah nikmat itu ditarik balik..

Andai kamu seorang yg berfikir.. pergilah ke hospital gila.. berapa ramai yg tiada nikmat utk berfikir dengan waras.. pergi pula ke rumah anak² yatim.. berapa ramai yg tiada nikmat kasih sayang ibu bapa.. pergi pula ke hospital.. berapa ramai yg tiada nikmat kesihatan.. patah sana.. patah sini.. duit juta² dlm bank.. tp xboleh makan sedap².. pergi pula ke kaki lima.. perhatikan peminta sedekah.. baju koyak rabak.. berbau.. xbermaya.. kehidupan tidak terurus..

Betullah kata ustaz.. manusia xpernah terasa nikmat itu setelah ia kehilangannya..

Berapa ramai yg patuh pada peraturan dunia.. punchcard.. 1 minit pon xleh lewat.. takut punch merah.. tp xtakut pulak solat di hujung waktu..

Tak sanggup aku nak huraikan lagi.. sebab aku pun bukannye baik sangat.. cuma menjadi kewajipan setiap Muslim itu menyampaikan ayat Allah walaupun dia tidak begitu baik..

Teringat ayat ni.. "Saya takut.. saya tidak dapat menjadi hamba Allah yg baik".. menusuk ke ruang hati ku.. betapa aku selama ini terlalu banyak buat kerosakan pada diri sendiri.. yg akan menambah nyalaan api NERAKA..

Ya Allah.. lindungi kami semua dari mati dalam kelalaian.. Amin..




Read More...


KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Dengan kemenangan itu, mereka yang juga johan kategori masing-masing pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Amirrahman memperoleh markah 89.26 peratus manakala Suraya mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.3 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi qari Mesir, Abdel Basit Mohamed (87.88 peratus) dan qariah Singapura, Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus). Mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan. Peserta lain menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu, disertai 81 peserta dari 50 negara termasuk 50 qari, antaranya dari Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal, Bosnia-Herzegovina, Croatia, Iraq, Iran, Bangladesh, Mauritius serta Gambia.
Turut berangkat menghadiri majlis ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. – BERNAMA

AMIRRAHMAN dan Suraya bersama piala serta hadiah kemenangan masing-masing selepas diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Read More...

Sumpah Sampah.. Eskay

Published in: Labels: ,

Dah agak lame citer nih.. ari tu xsempat gua nk g masjid ni.. sbb ade hal.. klu x gua da tumbuk 3 org makhluk yg xtahu hukum hakam tpi buat² pandai nih.. gua pon xnk amik port psl benda² bodoh gini dulu.. tp bile da tngok.. menyampah pulak pada 3 org makhluk nih..

Ade mmber gua citer psl sumpah bodoh nih.. dekat je kot ngan umah sewa gua.. ape nk jd la ngan manusia akhir zaman.. yg paling best part 3 org makhluk ni kena skolah ngan ustaz.. ade akai.. pk la sdiri..



Sumpah sampah eskay
A'uzubillahi minassyaitanirrajim.
Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali).

Pada hari ini, 29 April 2011, saya Shazryl Eskay bin Abdullah,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
berikrar dan bersumpah seperti berikut:

A'uzubillahi minassyaitanirrajim,
Bismillahirahma nirrahim. wallahi, wabillahi, watallahi,
aku bersumpah bahawa aku dan DS Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.DS Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut.
Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini,
maka Allah akan melaknat akan diriku."

Versi Penuh



p/s: Yg mengaku xkena dakwa.. yg xmengaku pulak yg parah.. 
Gambar n video : Semut

Read More...

Apa yg kamu faham dengan perkataan destinasi terakhir?

Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22)

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: Ya Tuhan Penciptaku, kembalikan aku kembali (ke dunia)(99) agar aku berbuat amal shaleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja (tidak akan didengar Tuhan Pencipta). Dan di hadapan mereka ada barzakh (pembatas) sampai hari mereka dibangkitkan (100). (Q.S. Al-Mu’min (23) : 99-100)


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil A.S dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “Pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam A.S menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S (semuanya memberikan sebab seperti Nabi AdamA.S) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa Baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Wallahu'alam.. Semoga Allah merahmati kita semua..

Ilustrasi

Read More...

Gua di ari tu.. isk²..

Published in: Labels:


Hahhahahahaha.. gua xtau kenapa gua gelak.. sedangkan xde ape² kelakar pon.. ari tu tertengok cicak melintas gua gelak.. ari ni.. cicak tu gelak tngok gua melintas.. ces..

Ari tu.. ade sorang awek usha gua dari jauh.. 1st.. gua wat bodo je la.. ye la.. nnt kang ingat gua perasan plak walaupun gua sedar gua macho.. ahahhahaa..(agak bangang kenyataan tuh..).. tapi lama kelamaan memang sah.. die usha gua.. alamak.. mcm mane nih.. gelabah suda.. gua da la xleh diusha mcm tu.. takut cair.. hehe.. citer ni kat cafe.. time gua nk bayar tu.. gua tertengok die plak.. die senyum.. gua wat bodo jer.. tengok belakang.. kot² la die senyum kat org lain.. xde org.. ah sudah.. gua tngok die skali lagi.. die senyum lagi.. gua pun senyum balik.. pas bayar.. terus blah.. awek tu klu ikut pengalaman gua.. ade la dlm 53 ke 56 thn.. dlm hati gua.. harap² die ade cucu lawa.. isk..

Ari tu ari cuti.. gua rase nk jln².. mandi lebih kurang.. calit pewangi kat ketiak skit.. cukur misai.. cek bulu idung ade keluar ke x.. sembur minyak wangi 8 kali.. dah settle.. sib baik xde gincu.. tringin jugak nk pakai.. ahaks.. sambar kunci.. start keta.. jln.. lalu kat sebuah taman.. (lokasi.. rahsia..) dlm duk syok dengar lagu.. ternampak la kelibat sorang gadis.. nek motor.. baju kaler merah.. suar putih.. cutting.. eerr.. 32-28-34.. peh.. xberkelip gua tngok.. lame jgk gua usha.. tanpa disangka.. da lari tajuk jln² ari tu.. tajuk tertukar jd memfollow.. ye la.. ne la tau.. untung² dpt kenal umah.. follow punya follow.. tetiba si gadis tu berenti kat bustop.. gua pun parking baik punyelah kan.. bukak tingkap.. "hai.." dengan suara macho giler.. sekali awek tu berpaling.. mak aih.. ade halkum.. caiihhh... terus gua tekan minyak.. termasuk lak gear 5 trus.. hahaha.. enjin mati.. gua start cepat².. blah.. 20 km gua xtengok side mirror.. basah baju gua berpeluh.. ngeri siot..

Ari tu.. gua nak g isi minyak.. gile kot da kelip² dari semalam lagi.. gua masuk petronas.. tapi isi angin jer.. coz gua lebih suka pegi shell.. dlm duk tertenggek² isi angin tayar.. gua usha la kat kaunter tu.. uuuuuuuuiiiiiiii.. hampir sedepa muncung gua.. punye la lawa.. putih melepak.. bak susu cap junjung.. ah.. alang² da sampai.. isi minyak trus je la.. masuk pit.. hehe.. no 5.. (gua mmg suka no ganjil) pegi kaunter.. "ye encik, nk isi berapa..?" alahai.. merdunya suara.. mcm nak pitam rase nye.. dgn suara macho gua ckp RM50.. bukak wallet cpt².. bagi.. terus blah.. baru je gua nk sampai kat keta gua.. "encik.. no 5.. ke kaunter sekejap.." aik.. mcm gua je tu.. nk mintak no tepun ke..? gua pun pusing balik jln mcm bangsawan.. "ye dik.. knp?" (dgn suara macho lg..) "err.. ni.. bkn 50 encik.. tp.." ops.. dengan serta merta muka gua jd kaler hijau muda.. isskk.. tu la.. confident sgt.. gua terbagi surat saman DBKL.. trkantoi lg kene saman.. cam mane leh terambil surat saman tuh.. aduyai.. pas isi minyak.. gua xpandang kiri kanan.. terus blah.. pas insiden tu.. sumpah 7 keturunan gua xisi petronas lg.. lalu pon tidak.. aduussss..

Abis sudah citer gua.. (cerita lame...)


Read More...

Sambil menggaru ketiak yg tidak gatal.. kruk.. kruk.. wah.. best jgk.. patut la aku tengok sekarang ramai je yg dok garu ketiak.. ingatkan ade kurap.. syok rupenye..

Syok..? ibarat kurap.. makin digaru.. makin sedap.. namun dalam kesedapan itu.. kulit mula kemerahan.. mula menggelupas.. dan mula mengeluarkan darah.. jika tidak diubati segera.. pasti akan melarat..

Seperti juga nafsu.. makin dilayan makin seronok.. namun tanpa disedari.. akal mula mengecil.. pemikiran mula sempit.. iman mula terhakis.. yg hak pasti ditentang jika tidak mengikut selera badan..

Dunia.. ibarat menghidupkan api.. semasa kecil.. sangat berguna.. boleh masak. boleh panaskan badan.. boleh juga dibuat pelita bagi menerangi kegelapan.. namun apabila besar api itu.. ia mula memakan apa saja yg berada di sekelilingnya.. dengan rakus tanpa belas kasihan..

Manusia.. dlm dunia sains, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens.. ntah.. mcm tarian zapin je bunyi tuh.. ia bermaksud spesis primat dari golongan mamalia yg ade otak berkemampuan tinggi.. mengikut istilah Islam, manusia adalah makhluk yg paling sempurna pernah diciptakan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.. huuu.. terfikir sejenak.. aku khalifah? apa yg aku buat selama ni xmenandakan sedikit pun aku seorang khalifah..

Anugerah Allah yg sgt besar kpd manusia ialah akal.. tugas pertama pada manusia ialah mencari Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yg telah diberikan.. setiap manusia diberika "klu" atau petunjuk tentang kewujudan Allah yg terdapat pada setiap ciptaanNya.. bagi mereka yg mahu berfikir..

Dengan akal.. manusia diberi pilihan untuk memilih jalan mana yg ingin diikuti.. memilih dunia atau akhirat.. teringat pulak kisah seekor tikus.. huh.. ape kena mengena tikus ngan citer kat atas nih..? jawapan : suke ati aku la.. ni citer aku.. klu aku nk letak Harun Salim Bachik kat situ pun ape ko kesah? ahakss.. teremo sudah.. hihi.. sori.. td baru kuar..  basah agi neh.. hahaha..

Seekor tikus yg selalu mencuri makanan di sebuah rumah.. menyangka tuan rumah sayang padanya dengan hidangan mewah di setiap malam.. menyangka ia adalah hadiah dan memakan kek sehingga habis.. sehingga ia leka dan lupa bahawa itu sebenarnya perangkap si tuan rumah yg mana di suatu malam, sedang seronok menghabiskan kek.. gedeganngggg..!!! xsempat nk buat apa².. terperangkap dan terus mati..

Begitulah dunia menipu manusia.. dengan kemewahan.. kecantikan.. kedudukan.. dan segala macam keasyikan yg melalaikan.. sehingga akhirnya manusia itu lupa tujuan dia diciptakan.. yg akhirnya.. mati dengan kekenyangan dunia.. mungkin dia hidup 30 thn.. 50 thn.. 90 thn.. dan xmungkin manusia sekarang boleh hidup sehingga 200 thn.. namun di dalam kubur xmustahil boleh mencecah sehingga 2000 thn.. di mana keuntungan dunia yg manusia itu cari..?? akhirnya menjadi santapan sang cacing..

24 jam masih lagi belum cukup.. memikirkan masalah kehidupan.. yg tiada penghabisan.. betapa ramai yg tergadai.. ramai pula yg ternoda.. dek kerana masalah yg bertimpa-timpa.. jln pintas yg bahaya.. lantas menderita kerananya..

Tidakkah kamu sedar yg kamu sgt istimewa? yg dikurniakan akal yg sempurna? lebih sempurna dari semua makhlukNya..?

Iblis pernah berjanji kepada Yang Esa.. bahawa akan menyesatkan setiap manusia.. sebagai temannya di dalam neraka.. yang memberi kebahagiaan² palsu.. yg mengajar tentang tipu daya.. yg memanjangkan angan².. sehingga sukar bg manusia membezakan mana yg hak.. mana yg bathil..

Jangan pernah mengalah dengan kelucuan dunia.. jangan pernah mengalah dengan kepincangan hidup.. jangan pernah mengalah dengan kedaifan akal.. kerana Allah sentiasa dekat dengan hambaNya.. sentiasa melakukan yg terbaik untuk hambaNya tanpa hambaNya menyedari hikmah di sebalik kejadian.. kecuali mereka yg berakal dan dekat dengan TuhanNya..

Wallahu'alam..





Read More...

Menggeliat sikit.. uuuuhhh.. sedap pulak.. best kalau pergi mengurut nih.. hehehe..

Tetiba teringat Pakcik Sogo.. wah.. apa yang istimewa pakcik nih..? sehingga dia agak glamour sekarang nih..? setiap org itu unik.. begitu juga pakcik nih.. kata²nya penuh semangat.. 

Tapi.. (ehem.. ade tapi plak.. xbestnye..) jika diperhati dengan teliti.. apa yg disampaikannya benar.. dan ada yg xbenar.. bukan nak tunjuk bagus.. tapi aku amat teliti dan cerewet apabila menerima suatu berita.. aku pernah tertipu.. dan itu mengajar aku untuk lebih berwaspada.. 

Dalam dunia ini, 2 golongan yang aku amat hormati ialah org tua dan wanita.. jadi pendapat pakcik ni aku xpandang sebelah mata.. aku kagum dengan pendiriannya.. namun kita adalah manusia biasa.. yg tak terlepas dari kesilapan.. dan WAJIB bagi seorang Islam untuk menegurnya.. kerana ramai yg mempercayainya.. sila lihat video pertama..


Part 1


Cara bersahaja dan berkeyakinan pakcik ni bercakap mmg aku salut.. namun keyakinan sahaja xbermadai.. Istilah 'melalak' seperti yg dinyatakan mmg kurang tepat.. adakah 'Allahuakbar' itu adalah suatu salakan? 

Menyalak mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud menjerit atau bercakap dengan kuat.. Dan perkataan Allahuakbar di sini bukan termasuk dalam istilah menyalak walaupun dinyatakan dalam nada yg kuat.. Allahuakbar adalah TAKBIR.. ia adalah kalimah yg diucapkan untuk mengagungkan kebesaran Allah..

6 hb? operasi polis..? ni kalau xtngok berita kat tv.. sah bace surat khabar.. xpun dengar orang ckp².. aku xnak komen pape.. cume aku nak cakap kat polis² tu.. xpernah ade dalam sejarah orang buat bom petrol pakai botol mineral.. nak tipu pun agak² la kan.. part 2.. humm..


Part 2



Ye.. mmg Allah Maha Melihat.. Dia melihat bukan hanya dari luaran.. tp sampai ke lubuk hati.. dan aku xpernah peduli siapa itu Anwar dan anak²nya.. dia manusia biasa.. mcm aku jgk.. "Nak kata manusia, bkn manusia lagi dah..".. hhuuuu.. agak pedas ayat nih.. knp..? mereka ada berjalan sambil berbogel? seperti yg berlaku dalam "tiger show"? huhu.. terkinja-kinja menjerit di bawah pentas di rancangan AF mungkin itu lebih baik agaknya..

Bawak senjata.. ini bkn fakta.. tapi tuduhan.. tidak seorang pun yg aku lihat membawa senjata.. yg ada cuma towel kecik, bendera, air mineral, sepanduk.. tidak hanya bercakap dengan melihat televisyen dan akhbar.. kerana aku berada di tempat kejadian..

Yang bawa pisau, parang hanya berlaku pada 13 Mei 1969.. di mana ia berlaku bukan disebabkan isu perkauman.. tapi pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman. Rusuhan itu dimulakan oleh sebilangan kecil klas kapitalis di UMNO untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.. (rujuk sejarah balik!)

"Apa bakti kau kepada negara dan jangan tanya apa bakti negara pada kau".. aku hanya mampu tersenyum..

Yang hanya ternampak secara kasar berbakti kepada negara ialah menteri², polis, askar, atlet sukan, artis, guru.. itu hanya secara langsung.. bagaimana dengan orang awam? adakah mereka tidak pernah berbakti kepada negara..?

Mereka berada di Malaysia pun adalah salah satu tanda mereka berbakti kepada negara.. mereka meningkatkan ekonomi Malaysia dengan tidak mengalirkan kewangan Malaysia ke luar.. membayar cukai² yg ditetapkan oleh kerajaan.. (cukai tanah pun kena bayar walau pun ia hak persendirian), tol, berjual beli di Malaysia.. ke mana duit itu pergi? bukankah ekonomi sesuatu negara akan lebih kuat andai kurang aliran wang ke luar..? namun apa yg dilakukan pemimpin itu sendiri? cincin sahaja sudah bernilai lebih RM24 juta? USA? aduss.. tu yg terbaru.. huhu.. bajet cukai dari luar dikurangkan.. inikah agendanya? bagaimana Malaysia akan wujud jika rakyatnya semua berpindah ke luar? siapa yg akan pertahan negara? larat ke polis² ngan tentera² tu semua melawan? adakah Datok Bahaman, Tok Ku Paloh, Mat Kilau dan yg lain² itu adalah kalangan polis atau tentera?

Aku respek pakcik ni sbb xberminat dengan harta dunia.. tv3 Bersamamu nak bg RM20 ribu pun xnak.. kagum.. apa yg bersamamu nampak pada pakcik ni sehingga sanggup mengeluarkan dana sebanyak tu? dalam tv3 ade ke jumlah yg setara dengan tu pernah mereka hulurkan? bukan mereka tiada kemampuan untuk jumlah wang sebanyak tu, tapi tidak logik untuk menganugerahkan pakcik tu sebanyak RM20 ribu.. paling tidak ke rumah kebajikan.. sebab berkali-kali dia menolak penawaran pemuda tu untuk bersamanya.. xboleh agak lagi ke..?

Sesungguhnya.. semakin tinggi ilmu seseorg itu.. semakin tunduk kepada Penciptanya.. tidak bermegah-megah.. kecuali org yg takbur.. sehingga ia dapati ilmu itu sedikit pun tidak dapat membantunya dengan sifat takbur itu sendiri.. sifat orang yg benar² berilmu ialah merendah diri.. dan mulia atau tidak martabat seseorang itu ditentukan oleh Allah.. bukan dia sendiri yg tentukan..

Bukan untuk merendahkan pakcik ni, cuma carilah sumber yg betul untuk rujukan.. Islam bukan agama yg dikutip².. sana sikit.. sini sikit.. cari guru yg betul dan belajar sampai habis.. itu adalah lebih baik..

Aku bukan ahli untuk bercakap mengenai agama.. carilah orang lain andai ingin berdebat.. aku cuma kongsi apa yg aku ketahui..

Semoga kita semua dirahmati Allah..

WALLAHU'ALAM..

Truth That Can't Be Covered




Read More...


Kalau pemimpin sekarang jd IMAM untuk sembayang aku akan jadi MAKMUM.. kalau bini pemimpin sekarang pakai tudung.. aku org pertama yg akan menyokongnya.. mengaku negara ISLAM kan? aku xpernah benci pemimpin.. tp aku kecewa dengan penyelewengan dari mereka..

Alhamdulillah.. makan pakai mmg cukup.. itu xnafi.. tp adakah rezeki itu datang dari mereka sehingga rakyat xboleh tegur jika mereka buat silap? mereka menggunakan lebih byk dari apa yg mereka bagi..

Aku pernah menyokong mereka dahulu.. dan mereka sgt takut untuk hilang kuasa.. sbb itu pelbagai cara mereka gunakan.. paling senang, media massa..

Aku bukan taksub pembangkang.. aku xminat politik.. dan aku xpernah hadir mana² ceramah politik.. tp aku xkan berdiam jika pemimpin sendiri menggunakan politik kotor.. buatlah research sendiri.. dan bandingkan..

Jangan bertekak sesama sendiri.. jangan juga mencarut-carut.. esok lusa, kita akan mati juga.. xde faedah.. jika kamu rasa betul.. biar kamu dengan cara kamu.. biar aku dengan cara aku..

Semoga kita semua dirahmati Allah..

WALLAHU'ALAM..

Sikit pun aku tidak gentar dengan kamu.. walau pisau di leher.. walau pistol di kepala..
Aku hanya ada 1 nyawa.. dan aku xkan sia²knnya.. masanya akan tiba nanti...


Read More...


Ye.. Aku pernah fanatik dengan mu.. selalu mengikuti dakyah² mu di media massa.. meracuni benak² fikiran ku.. sehingga aku yakin.. kamu yang benar..

Namun setelah aku dewasa.. aku tidak lagi mendengar di sebelah pihak.. aku mengkaji keduanya.. dan aku tidak bercakap dengan hanya mengikut cakap² org.. dan aku temui ada sesuatu yg kamu sembunyikan..

Aku tidak pernah membenci mu.. tp aku bencikan penyelewengan yg dilakukan oleh mu.. dan aku tidak menyokong dia.. tp aku kagum semangatnya..

Mungkin mereka akan melawan jika anak mereka ditampar di depan mata mereka.. tp kamu hebat.. cara kamu sgt profesional.. dengan nasihat ISRAEL sbg penasihat kamu.. kamu meracun fikiran mereka sehingga mereka membenarkan yg bathil..

Aku kecewa.. dengan apa yg kamu lakukan.. Aku hanya mengakui kepimpinan mu jika kamu mampu menjadi IMAM sembahyang untuk rakyat mu.. aku sendiri yg akan jadi makmum di belakang mu.. seperti yg dilakukan di zaman Rasulullah dan para sahabat.. kamu mengaku negara ISLAM kan..?? dan kamu pemimpinnya..

Aku xde selera nk dengar ceramah politik.. seperti yg berlaku di KHUTBAH JUMAAT semalam.. bkn 1 masjid.. tp di beberapa masjid kota.. aku xpernah dengar ceramah politik mereka... dan aku xpernah juga dengar ceramah politik kamu.. andai terdengar.. aku pasti larikan diri..

Aku cuma mohon.. bertolak ansurlah dengan rakyat mu sendri.. mereka ada hak.. untuk bersuara.. seperti berlaku di negara demokrasi lain.. walaupun aku bencikan AMERIKA.. tp aku kagum dengan cara demokrasi kepimpinan mereka..

Walau kamu bunuh mereka semua sekalipun.. akan lahir anak² baru yg lebih kental jiwa mereka.. percayalah.. jika kamu mengaku pemimpin ISLAM.. berbuatlah seperti apa yg kamu katakan.. Aku pasti akan menyokong mu..

Demi jiwa ku di tanganNya.. aku bersumpah.. hanya cara hidup ISLAM yg ku ikuti.. Semoga ALLAH merahmati kita semua.. AMIN..


Read More...


KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru hati beliau cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis semasa menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di sekitar ibu negara petang tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap penangkapan beberapa pemimpin PAS termasuk presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pakatan Rakyat semasa menyertai perhimpunan itu.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno.

“Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno,” kata beliau yang kini berada di Mekah kerana menunaikan umrah dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)

7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

SUMBER : Harakah Daily


Ye.. sikit pon gua xgentar...!!

Read More...

BERSIH lagi...

Published in: Labels: ,

Kul 12 tgh ari : Aaarrgghh.. sakit belikat.. tengah settle mslh MySQL.
Kul 12.20 : Sak kok lu..
Kul 12.50 : Mula pusing² kpala.. ngantuk syot..
Kul 1.15 : Alamak.. lmbat dah.. mane underware gua..?? eh.. lupe kat ofis..

Dengan semangat jaya.. pegi masjid.. jln mcm askar bkawat..

Amik air smayang.. smayang tahyatul masjid.. duduk..

Eh.. len mcm jer khutbah ari nih.. apahal..? "Bersifat keras dan mengancam golongan yang cenderung kepada ke"BERSIH"an sebagai pengkhianat agama,bangsa dan negara.." dan pjg lg la.. gua x igt la pulak byk²..

1st tme gua jd xminat nk dengar khutbah.. xckup lagi ke guna media massa tuk sebar dakyah lu tuh.. isk².. sedih siot ngan negara yg mengaku negara Islam.. tp.. ops.. dlm masjid.. sib baik gua xtersembur..

Biasanya khutbah berisi dakwah kerohanian n citer² tauladan ke arah +ve.. apa suda jadi..? Lu ckp org lain mempolitikkan masjid.. tp ni terang² lu yg buat.. caaiiihhh. tuihh... ttuuiihh..

Gua xminat politik ma.. tp gua bleh pk mane betul mane x... mase kecik².. mmg gua pcaya sumer ckp lu.. tp skrg gua da boleh pk sdiri.. gua da kaji dlm².. lu mmg salah.. byk main kotor.. bangsat punye org.. tipu sana tipu sini... ayyaa.. jd maggi pn bagus.. boley gua masak ma..

BERSIH? Diorg mintak elok² lu xkasi.. perhimpunan itu bukan HARAM la.. mane lu bljr nih.. kasi tunjuk tok guru lu la.. gua pon ade tok guru ma.. klu ikut hukum Islam... perhimpunan aman adalah HARUS..  jgn putar belit hukum la.. lu xtakut Tuhan mey...

Cukup la.. gua da menyampah ngan politik² ni.. lu sumer lg tua dari gua ma.. gila klu xleh pk dengan waras.. klu lu bg diorg buat ape masalah.. settle mslh.. negara lain pon ade jgk hape.. xyah nk susah² wat iklan tah pape.. duit tu lg bagus bg anak² yatim mkn la.. huhu..

Sedih ngan bangsa sendiri yg haprak.. Pintu taubat masih terbuka.. jgn sampai nyawa di tenggorok br nak sedar.. huhu.. simpati gua dgn lu.. harap lu cepat² dapat hidayah..

Lu igt gua nak pergi ke? lu ape peduli..? lu ade isi petrol kat keta gua ke..?



Read More...

Huuuuuuuu... muncung mulut gua tengok tajuk yg gua sndiri taip.. mcm xcaye gua boleh buat tajuk camtu.. sies gua mcm xcaya.. gua da lari laju² dan hantuk kpala kt mesin kelapa.. tu jugak tajuk yg gua rasa sesuai.. (bgtau lu org smbil garu² telinga jiran..)

Cinta.. hhmm.. knp trlalu ramai yg obses dgn cinta..? err.. obses xtau ke mksud ape..? ok.. obses ni bermaksud.. apabila seseorg melakukan sesuatu bnda yg dia sgt minat dengan tekun dan khusyuk.. sehingga menyebabkan dia xleh berak.. hahhaha.. gua tipu jer.. hihi.. jgn mara ha.. OBSES adalah apabila kita terlalu suka / minat yang keterlaluan.. bleh merana taw.. huk²..

Kenapa jadi gitu..? lu apahal tanye gua..? mane la gua tau.. p la google..!! hehehe.. terEmosi plak.. ahakss.. malu I..

Sebenarnya manusia memang dilahirkan dengan sifat penyayang.. dengan bertujuan untuk berkasih sayang.. Ia adalah anugerah Allah yg sgt berharga.. namun berapa kerat yg menggunakan dgn betul? ramai juga yg mempergunakan untuk menjerat org lain.. tak kurang juga ramai yg menggunakannya sehingga merana hingga hujung nyawa.. berbaloikah..? kita kena igt.. kita tidak boleh menyayangi sesuatu apa pn di dunia ini melebihi syg kpd Allah, Rasul dan Islam..

Bila cinta itu menyakitkan..?

1. Bila buah ati xbrape nk layan (biase je nih)
2. Bila buah ati bgambar ngan org lain (bleh panas jgk kot, tp biase je nih)
3. Bila buah ati borak ngan lawan jantina.. mesra lak tuh.. (ni panas nih)
4. Buah ati leh msg² org telpun time dating.. (lg panas nih)
5. Buah ati da xnk layan.. (terbakar trus)
6. Buah ati mintak putus.. (pengsan.. haha..)

Pada gua, andai da jatuh cinta.. cinta la dgn ikhlas (gua malas nk taip da sbnrnye.. hihihi.. ngantuk ma..) n yang penting jgn terlalu obses dgn cinta itu.. kerana tiada apa yg kekal kat dunia nih.. sekali bah, sekali laut berubah.. begitu juga dgn ati manusia.. sekelip mata manusia bleh berubah.. jgn cinta ngan mmbuta tuli.. ikut hawa nafsu..

Sangat senang membina sebuah hubungan.. tp sgt susah utk mempertahankannya.. biarlah smpai ke jinjang pelamin.. (uuwwwwaaaaa... gua pon blom smpai lg tuh.. sape nk kawen ngan gua.. angkat tlinga.. hahahaa..) yg penting.. andai kamu dikecewakan, usah terlalu bersedih.. kerana Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari hamba²Nya melainkan digantikan dgn yg lebih baik dr sebelumnya.. boleh bersedih.. tp jgn melampaui batas.. itu adalah sifat org yg kufur..

Terimalah kadaq dan kadar Allah dgn hati yg tenang.. sesungguhnya ujian itu adalah untuk menaikkan darjat kamu di sisiNya.. andai kamu tergolong dlm golongan org² yg sabar.. :)


Mungkin Anda rasa begini...?

Arrrgggghhhh...serabutnye kepala aku...keje byk..xsiap²..nk cepat plak tuh..request mcm²..pelik²..bengong...tu tak campur lg dgn masalah jiwa ni..isk..aarrrggghhh...nak jerit rasanya.. nak sepak org pon ade jgk nih...!!!

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

Ahhh.. kepada siapa aku nak mengadu..?? ade ke sesape yg nk dgr..?? tensen²...

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

Takutnye nak tempuh hari esok.. apa yang aku nak.. semuanya xdapat.. hati luka jiwa merana...

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Tak sanggup dah aku.. xlarat dah aku.. xtahan dah dengan semua ni...!!

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)..

DaripadaNya kita datang... kepadaNya kita kembali.. Wallahua'lam..

Read More...


Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Tersentuh aku melihatnya.. satu persatu gmbarnya ku tilik..
Tiada satu pun yg menggambarkan kesedihan..
Semuanya tersenyum.. Seperti dirinya cukup sempurna...

Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Dapat aku merasai apa yg tersirat di hatinya..
"Bkn mudah utk kita nk menghadapi ujian ALLAH..
Berat mata yg memandang berat lg bahu yg memikul ini."
Cukup untuk menggambarkan apa yg ingin disampaikannya..

Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Mungkin byk pujian yg diterima..
Mungkin juga byk harapan yg diberi..
Adakah dia terlepas dari cacian yg menyakitkan hati..?
Semoga dia tetap dlm jagaan Mu..

Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Di mana mereka yg selalu mmpertikai kejadian Mu..?
Di mana mereka yg banggakan kecantikannya..?
Di mana mereka yg suka mmbuat perbandingan..?

Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Andai aku yg menanggungnya..
Belum pasti aku setabahnya..
Mungkin aku akan terus kecewa..
Pantas menyalahkan Sang Pencipta..

Ya Allah.. Dia gadis yg sgt hebat..
Ye.. sgt hebat..
Agar xkan pernah terhakis senyuman di wajahnya..
Dunia hanya sementara..
Semoga dia tabah mengharunginya..



Read More...

Tuhan, betapa aku lupa mensyukuri nikmatMu.
Air bersih yang berlimpah, banyak kubuang percuma, seolah hakku.
Makanan yang disediakan di rumah, kubiarkan tersisa, tak ada yang melarangku.
Perintah dan menyuruh, terbiasa keluar dari mulutku, karena itulah mauku.
Prasangka ada di depan benakku. Yang utama adalah kebenaranku.
Jangan harap terbit ibaku, sekalipun aku mampu membantu.

Tetapi, Tuhan tak membiarkan aku celaka karena kebodohanku.
Tuhan datang menyapaku, dalam penderitaan saudara-saudaraku. Mereka yang tak kuasa melawan kelaparan. Mereka yang tercekik kehausan. Mereka yang putus asa. Mereka semua adalah manusia seperti aku. Mereka adalah wajah Tuhan yang teraniaya oleh karena kesombongan manusia , seperti aku.

Terlupakan olehku, Tuhan berkuasa memberi dan mengambil dariku. Termasuk segala sesuatu yang selama ini kuanggap hakku: kehormatanku, kekayaanku, juga orang-orang yang mencintaiku. Sungguh, aku mulai takut. Tuhan marah dan menghukum aku. Sejujurnya, jika aku tak dapat menjadi arif dalam berkelimpahan duniawi, bagaimana aku mampu tabah menjadi orang miskin dan menderita?

Mengapa aku tidak memiliki kasih seperti orang Samaria yang mau menolong, walaupun bukan kaumnya, sahabatnya atau yang kita anggap sama derajatnya. Mengapa aku sulit rendah hati kepada Tuhan, apalagi kepada sesama. Mengapa aku berkeras hati merasa tak perlu berterima-kasih kepada Tuhan maupun sesama.

Tuhan, ampunilah aku! Ambillah semua kelemahanku. Lepaskan jiwaku dari segala keburukanku. Jamah dan lembutkan hatiku dengan cinta IlahiMu. Berilah aku kesempatan, untuk membalas kasih setiaMu. Tuhan hantarkan aku kepada mereka yang menantikan pertolonganMu. Agar tak sia-sia hidupku bila ajalku tiba. Ampunilah aku ya Tuhan.



Read More...


Bagaikan angin… Lembutnya melenakan… Ributnya menggusarkan…
Datangnya tanpa diundang...
Namun hadirnya sgt mengasyikkan...

Kemana dituju...
Masih mencari seketul permata...
Di tengah lautan dalam..
Terkadang tenang terkadang diombak badai...

Ibarat mangga muda… perisanya masam…
Tetapi...
Kalau kena cicahnya… enaknya yang terasa…
Aduh…
Peritnya mengukur cinta… dalam ukuran mayam, menimbang setia…
Pedih...
Sembilu maya menusuk jiwa... menikam dada...

Teringat kata pujangga...
Bukan senang hendak senang...
Kalau hendak berenang ke seberang...
Ukur dulu tenaga di badan...

Jangan hanya berharap tanpa ingin bergerak...
Jangan gerun walau pisau menikam dada...
Jangan cakap umpama tin kosong...
Membingitkan telinga tiada isinya...

Aku tetap aku...
Apa yang dikata harus dikota...
Pantang berundur setelah melangkah...
Ayam masih berlaga..
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

Realiti tidak seperti fantasi...
Tapi ingat...
Halangan tidak mungkin melemahkan impian...
Masih tergenggam satu keazaman...

Keheningan malam menambah kesunyian..
Namun aku sentiasa berteman...
Yang setia bersama sepanjang perjalanan..
Dialah Tuhan semesta alam..

Dia tempat berlindung Dia juga tempat bergantung..
Tak pernah ku merungut walaupun tersangkut..
Semoga tiba hari yang dinanti..
Seorang teman pengubat hati..

Andai masa sudah tiba..
Masa aku melupakan dunia..
Syukur padaNya tidak terhingga..
Selamat dari lembah yang hina..

Seketul permata masih dicari..
Sebagai penawar hati yang berdaki..
Menyampaikan doa setelah mati..
Zuriat yang baik berhati suci...


Read More...


Obsessed, we're been blinded by creation
That rule our life
Oblivious to us but it's there
Looks can be deceiving
Whisper can be deafening calls

Pleasure and pain
Power and passion, greed and lust
They all stand tall
Dominant in the heart
Fatality to the soul

Life is full of promises
Few are kept many are thrown away

Imprisoned in a cage of lust
Betray your own will
Captured by the frozen whirlpool of fantasy
Caught in the dry swamp of dreams

Trapped in a misty sea, starving to death
Flame of obsession like a burning torch
It burns your misery

See if you recognise the voice that speaks to you
Soft silence whisper screaming to your ear
Demanding a better change, a better fate
A better future for your life

See if you recognise the light that shine on you
Colourful rainbow shine for us to see
Success could be happiness
Could be fatal
Depend on what it may be

Obsessed final challenge of your life
The game that you play, do it your own way
Obsessed final challenge of your life
The path you have chosen
Point of no return..



Read More...

Bangga..? bangga ngan bangla lain ke..? hehehe.. lebih kurang je bunyinye..


Apa yg lu bangga kan sebenarnya..? ade keta besar..? umah besar? ade awek lawa..? sbb lu ensem gila n lg ensem dr Harun Salim Bachik..? or sbb u terrer men congkak..? itu je ke sbb lu bangga..?

Atau lu bangga sbb lu selalu beribadat? sehingga mmandang rendah org lain..? lu lupa akan hadis nih..? -->> Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: "Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka".

Rasulullah SAW adalah pemegang kunci syurga, manusia paling tinggi darjat di sisi Allah dan manusia paling hebat di seluruh alam semesta. Tapi baginda masih lagi bersederhana dan merendah diri. Lu apa ada? Setakat ada BMW 5 series (keta idaman gua tuh.. uuwwaaaa..), banglo 3 tngkat, ade tower sndiri.. dah nk bangga.. jalan xpandang kiri kanan... idung lg tinggi pada tiang letrik.. pehh.. hebat lu.. caya la.. lu pernah baca hadis ni..? -->> 

Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 4. Hadis Nombor 2904.
maksudnya :"Hannad menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami dari Habib bin Syahid dari Abu Mijlaz dari Muawiyah dari Nabi SAW seperti hadis diatas, iaitu "Siapa yang merasa bangga, apabila ada orang-orang berdiri (kerana menghormatinya), maka sediakanlah tempatnya di neraka".

Pas bangga, mula la rasa riak.. menunjuk-nunjuk apa yg ada.. lu ada bini lawa.. (ppwwiieettttt.. nnt ajar gua cam mane nk tekel awek lawa nih..) suh die pkai seksi².. smpai trjojol mata mamat sebelah tu.. yg bawak keta terlajak, terus u-turn.. (tngok skali xpuas ma... gua la tu.. hahaha..).. riak adalah syirik yg paling halus..

Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” :(Riwayat Ibnu Majah)

Pas riak timbul pulak perasaan sombong.. Isk².. ape kejadah semua ni.. klu nk sombong sgt duk la kat lombong.. huhu...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”.

Tau ape maksud "Hubbul jah"? hubbul jah bermaksud kasihkan kemegahan. Adik beradik je dgn sifat yg atas² ni.. seseorg yg mmg sukakan kemahsyuran.. huhu..


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. [ Riwayat Muslim ]

Seterusnya terus kepada Hubbud dunya iaitu kasihkan dunia. huhuhu.. semua org tahu yg semua org akan mati.. semua org tahu juga yg dunia ini hanya ujian.. namun semua org tidak terlepas dari sifat kasihkan dunia.. (charger henset gua ilang ari tu pon smpai seremban gua cari.. isk²)..


Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 4857.
Dari Qatadah bahawasanya dia mendengar Anas berkata:
"Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah sempurna iman seseorang dari kamu dia cintainya kepadaku lebih besar daripada cintanya kepada anaknya, orang tuanya, dan kepada semua manusia."

Ape yg gua cari sebenarnya.. bagi gua, xsalah nk berbangga.. contohnya.. gua bangga jd ank Terengganu.. gua bangga jadi seorg Islam.. or gua bangga ada mmber mcm lu org.. namun jgn sampai istilah bangga itu merosakkan atau mengotorkan jiwa bersih yg dianugerah Illahi..

Pada gua, ade gua kisah lu bangga ke x.. yg pasti lu xde usik boxer gua dah kira bagus.. papehal pon... gua bangga gua gila... hahahahaha...



Read More...

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...