preload


Bangun pagi² lagi kapala gua rase pening.. macam ade yg tak kena jer.. Pape pun, keje tetap keje. Sampai jer ofis, baru gua teringat.. Hari ni bertarikh 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432. Ini bermakna, malam td adalah malam yg bersejarah bagi umat Islam di mana berlakunya Israk Mikraj.

Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.

Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Wallahu'alam..


Read More...

Ni gua xnk ckp byk la kan.. balik je keje td.. tetiba gua rase nk trkentut.. eh.. bkn.. bile gua buka je blog, tngok kat chat box.. yea.. ade follower.. yg ditunggu-tunggu.. follower yg ke 100. Ieyza Afieyna (click utk usha awek ni) nama dia.. Bertemakan template pink siap ade kucing bg flying kiss tu.. minat benor kat kucing agaknye.. ye la.. da gmbar kucing.. xkn minat kat Harun Salim Bachik plakkan... walaupun ade sdikit mslh teknikal.. hehee.. tp beliau xptus asa tuk follow gua.. tu yg gua rase trharu ni.. cam nk nangis pon ade.. sib baik gua masih belum lupa yg gua masih teruna lg.. bwh ni gua pecahkan rahsia beliau:-

Ni dia si gadis yg ditunggu-tunggu.



Nama : Ieyza Afieyna.
Umur : 19 thn.
Study : UITM Perlis - Diploma in banking.

Kalau ditengokkan pada page Cik Ieyza Afieyna kita ni, gua agak² Cik Ieyza Afieyna kite ni agak manja, sensitif, mudah ketawa, agak kreatif n ade sepasang gigi arnab? wow.. i like..

Mempunyai koleksi header yg agak byk. Di sini aku attachkan sebilangan saje ye.. byk sgt.. ni pon pakai lori 5 tan angkut sebanyak 14 ratus round. Bengkok belikat gua tau.


Header 1


Header 2


Header 3


Ha ape lagi... kalau rase nk bekenalan ngan Cik Ieyza Afieyna kite ni, pegi le terjah blog dia ramai².. jgn malu².. jgn segan².. kalau kene marah padan muka.. gua ckp jer.. hahahaha... papehal pon.. thanks a lot for all my friend.. u all the best.. the friendship never can end... entah betul ke x ayat gua tu.. speaking konon.. tuuuii.. Just klik kat nama or header comey dia k... 

Selamat bekenalan ngan dia.. Abis da citer gua.. :)

Read More...

Puuuufffffhhhh.. bersembur air kopi kat muka Deraman. Sian die. Da la gua lupe nk gosok gg td. Tp xpe.. dia memang slalu malang. Mmg semula jadi tu. Tekejut beruk gua baca paper pg td. Ape taknya.. member² gua selaku housemate jugak masuk paper.. giler².. xtau plak gua diorg begitu glamer... ces.. di bawah gua da print gmbar diorg.. iskk.. still xpuas ati nih..


Abam Pit

Nama abg pit. Sempena beliau menceburkan diri dalam arena mengapit para² pengantin. Glamour u.. Dengar kata beliau akan ke Uganda bln depan kerana ade jemputan untuk mengapit seorg Ketua Kongsi Pakaian butik terkenal di sana..  Eeee.. jeles²..


Zasuam


Sekali tengok mcm zaquan kan. Tp jgn terpedaya di situ. Secara kebetulan beliau ade krisis perebutan anak juga. Anak itu sebenarnya ank patung barbie yg dibelinya semasa jln² di sebuah kedai kasut. Dalam masa yg sama, isterinya juga berminat utk mmbelinya. Di sinilah berlakunya konflik dlm keluarga trsebut. Ini kerana mengikut tokey kedai tu, ank patung tu bkn hanya boleh mmbaiki mesin kelapa, malah dpt menghafal sifir 4 dlm tempoh yg singkat.


Abam Bo


Tergoda tak? tergodakan tngok wajah manja beliau. Mengikut seorg wartawan kami yg melaporkan berita dr Myammar, seramai 15 ratus gadis di sana telah mnjadi sewel (sumber lain berkata berbuih mulut) dek kerana terkena panahan arjuna dengan senyuman manja beliau. Setelah disiasat dgn rapi (bantuan Xfile's Crew) terkantoi yg beliau ulang alik antara M'sia dgn Sri Lanka untuk mmbeli jamu terpakai.


Mckoy


Tanpa diduga, selama ini aku tnggal serumah dgn pemuda Lombok. Sungguh x ku sangka. Sies xsangka. Patut la mesra semacam jer.. Sib baik aku xtergoda.. hahaha... beliau merupakan pemuda lombok yg paling aktif di muka bumi ini.. namun yg mnjadi persoalan, beliau tidak mmbawa mana² wanita M'sia ke sana. Tp beliau lebih berminat utk mngumpul setem. huh..?


Joe Takir



Mendengar namanya sahaja sudah bisa menghentikan sistem peranakan, inikan pulak nk nk jentik idung beliau. Mau kene cantas ngan papan carom. Pape hal pon, muka beliau mmg ganas. Lebih ganas dari muka cipan Afrika yg nk beranak sulung. Hangat.. mmg hangat...


Gua betul² jeles ngan diorg.. cis.. cis.. cis.. dan cis.. hahahahahahhhahaa....

Read More...

p/s: Loghat Negeri 9...


Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai port dickson.

Dara : Abang sayang tak kek den..??


Teruna : Dah tontulah sayang..apo hal eh pulak tanyo nih..?
 

Dara : Sajo, yo...abangggg. .eden ado satu toka toki nih..??


Teruna : Apo bondo eh ??


Dara : Kalau abang sayang kek eden..kono jawab dongan botul tau²....
  

Teruna : Abang cubolah.. camano tuh..
 

Dara : Kalau abang botul² pandai..cubo sobutkan bezo eh antaro burung dan kapa torobang ?
 

Teruna : umangg aiiii...Sonang eh....burung bondo idup, kapa torobang tidak..botul tak ?
 

Dara : Salah... cubo laei..


Teruna : Burung kocik dan kapa torobang bosa gilo.......


Dara : Salahhhhhhhhhh. . cubo laei..ni poluang terakhir tau


Teruna : Burung ringan...kapa torobang boghek gilo....
 

Dara : somuo eh salah...!! apo la punyo lombab.. hahahahah.


Teruna : Apo nih..somuo eh salah..apo jawapan ehh..??


Dara : Dongar botul² yo..Kapa Torobang bilo naik..makin lamo makin kocikk... 'BURUNG' lak makin naik makin memBOSARRRRRRRRRRRR .....!! hwah..hwah.. hwah..tak gitu...



Penulis: Mcm hampeh je teka-teki nih kan.. cis..







Read More...


Hariku telah tiba….
Selamat tinggal semua…….

Saat ini semua sunyi…… begitu sunyi……

Tidak ada lagi…. erti lagi harta…………
Tidak ada lagi.…erti lagi jabatan………
Tidak ada lagi….erti lagi keangkuhan…….
Tidak ada lagi….erti lagi wanita cantik…….
Tidak ada lagi…. erti lagi kesenangan duniawi…….

ya ALLAH…..
Andai….aku diperbolehkan kembali lagi ke
dunia……aku akan…

Mengikuti….. perintah-MU
dan menjauhi larangan-MU ya ALLAH ……

aku akan rajin beribadah....
aku tidak akan menyakiti hati kedua orang tua….
aku tidak akan menyakiti hati guru….
aku tidak akan menyakiti hati teman….
aku tidak akan menyakiti hati orang lain….
aku tidak akan melakukan tipu daya….
aku akan penuhi semua hutangku, janjiku, ….
aku akan bertaubat dan tidak akan melakukan maksiat lagi….

Tapi …..aku sudah di alam barzakh ini... dan tidak
dapat melakukan itu semua......

Kini… hanya tinggal menunggu…. pengadilan….di hari akhir nanti…..


Read More...

Ok.. disebabkan ramai pulak yg tanye psl flash.. ni Zureen (klik utk usha awek comey tu) punye pasal le nih.. Jage la.. Aku sbnrnye bkn terer pon.. eksen je lebih.. nk berak mlm² pon berteman.. opss..

Aku actually byk blajar sndiri jgk.. Aku ade masuk kursus flash anjuran Kerajaan Negeri Terengganu (1996). On job training. Awal² blajar, gile xkelam kabut. Aku da la graduate mekanikal. tup² masuk bidang IT. x ke jahanam otak aku. But, just think +ve, n u can do anything. Awalnya aku tnye je sape² yg tahu. Org ckp bodoh pon xpe.. time tu je bodoh pon.. And last².. org yg aku pernah tnye tu tnye aku balik.. magic kan.. mcm roti canai magicnye.. Aku diberi tugasan utk wat game bdk² skolah. Tu la tugasan paling susah antara tugasan lain. Tapi disebabkan dah ade minat kat situ, aku on jer.. tp, aku da tinggal hmpir 3 thn lbih.. rindu plak nk men flash ni.. aku boleh, korang mesti boleh punye..

Aku actually ade mase yg terhad.. So aku just bleh bg panduan jer.. yg selebihnya, pandai² la ye.. tp klu de mslh, dgn senang hati aku akan bantu.. (p/s: kurang² kenny rodgers k.. hihi..)..

Ape yg penting ni kat sini.. korang install la flash kat pc tu ye.. ape version pon xkisah.. latest Adobe Flash CS5.. old version.. cs4,cs3,flash8..klu flash mx lame sgt.. xyah la..pkai yg trial or ori.. klu xde.. korang donload kat sini :


  1. http://www.4shared.com/file/NzuFX_l4/Adobe_Flash_Pro_CS5part01.htm
  2. http://www.4shared.com/file/7K2hBbMs/Adobe_Flash_Pro_CS5part02.htm
  3. http://www.4shared.com/file/-CBvPyjg/Adobe_Flash_Pro_CS5part03.htm
  4. http://www.4shared.com/file/56OFV5Rx/Adobe_Flash_Pro_CS5part04.htm
  5. http://www.4shared.com/file/0f0ySo6M/Adobe_Flash_Pro_CS5part05.htm
  6. http://www.4shared.com/file/W4o2vDbr/Adobe_Flash_Pro_CS5part06.htm
  7. http://www.4shared.com/file/jOTG7dS6/Adobe_Flash_Pro_CS5part07.htm
  8. http://www.4shared.com/file/lqPhtTLq/Adobe_Flash_Pro_CS5part08.htm
  9. http://www.4shared.com/file/Xc2E2IBP/Adobe_Flash_Pro_CS5part09.htm
  10. http://www.4shared.com/file/zix1KfXu/Adobe_Flash_Pro_CS5part10.htm


Mmg besar menatang ni.. lebih kurang mcm besar kambing gurun jgk la.. Kalau agak² laptop or pc korg da xbyk space.. korang istall je la dlm peti ais.. byk ruang tu..

Untuk tutorial, aku cadang korang download la mane² video kat website. Belambak ade.. Mmg lagi senang nak paham klu blajar guna video. Dan untuk support korg download la ebook Flash Bible kat sini ye.. -->>> http://www.4shared.com/document/CYu2SWoe/Flash_Professional_CS5_Bible.htm or.. flash for dummy.

Kalau nak wat, kene byk sabar.. aku jamin 100% xkan jd terus.. depend on ketahanan n keinginan diri utk bljr. Tapi dalam byk² kerja yg aku pernah ceburi, bidang flash more interesting. Aku boleh bahagikan kepada 3. 1st design, 2nd animation and 3rd script. Biasanya bab script ni yg selalu org fail. Sbb klu bab coding bg org xbiasa mmg agak memeningkan. Just cool, xyah gaduh². Lama² mesti boleh.

Di bawah ni aku sediakan link yg aku rase best untuk member² aku yg comey² n  ensem² ni.. Gudluck..

Kepada sape² nak study about flash.. harap korang puas ati ngan link yg aku bg tu.. 
Kalau ade pape kemusykilan, pepandai la korang cari aku ye. Pape pun.. Gudluck.. n nnt bg la aku tngok hasil keje korang tu.. :)

p/s: Ilmu adalah milik Allah. Ia bkn utk disimpan, tapi utk disebarkan..



Read More...

Ni gambar kat titiwangsa.. Baper org tah aku pegi, lupe la.. maybe dlm 3 buah bas kot.. tp bkn kitorg.. 3 buah bas tu parking kat sbelah keta aku.. kitorg pegi 1 keta jer.. Aku letak pic kt bwh ni first sbb aku rase mcm best je gaya tu.. nampak macho kan..?? hahaha.. klik pic tu tuk tngok ngan jelas.. xpon pkai je tropong ke, microskop ke.. 



Mamat ni sebijik mcm mat pit.. Silap aku pegi gelak.. klu x mmg agak real la pic nih.. boleh antar kat muzium.. xpun letak kat zoo.. mesti glamer nnt.. glamer mcm Harun Salim Bachik.. caya la.. bdk² ni mmg terer klu bab blakon.. kalah Fauziah Nawi.. hehehe jgn mare ye ibu..



Korang igt aku saje² ke wat gitu? Pada awalnya aku just nak ukur je telinga aku ngan pusat mamat tu.. sama ada same besar or sebaliknya.. tutup² aku dengar mcm ade benda nendang².. konfius jgk aku pada mulanya.. namun tanpa diduga, aku ternampak sorg pakcik jual eskrim.. aku pon pegi beli eskrim tu dan mkn.. Lapar beb.. Pasal citer tadi? Aku citer xabis ek? lantak la kan.. bukan masuk paper pun..



Fuuu.. korang tngok muka bdk dalam pic ni ade iras² Malek Noor x..? xpon Uji Rashid ke.. xjgk? Maybe jugak ade iras Tom Cruise.. Tp aku bkn jenis riak bro.. ape tah lg prasan.. tapi betul jgkkan.. bile tngok betul².. mcm Aaron Aziz la.. well bkn nk kate la.. tp klu tanye aku ngan jujur.. aku ngaku la.. muka mcm nk berak jer tuh.. Aaron Aziz knon.. pttuuiii..



Ni adalah gaya yg paling macho skali yg kitorg pernah buat seumur hidup.. mmg macho habis kan.. agak² bleh x masuk majalah wanita..?



Dan yg last ni aku actualy.. (ckp omptuih siot).. aku bkn sngaje nk tongging mcm tu, tp terpaksa.. ade la sorg minah ni yg mcm pelik je tengok kitorang bergambar.. mcm xpuas ati jer.. klu nk join ckp je la kan.. apedehal.. kitorg pon sporting pe.. ni tngok mcm kitorg ni perogol bersiri plak.. klu nk rogol pon, gila pe nk rogol tgh² org rmai tu.. maunye semua join.. jahanam ko.. ape lg, aku ekjas la serombong asap ke depan dia.. sib baik xkuar skali ngan bahan² organik.. hahhahaa.. (sbenarnye aku tipu je.. gila nk wat kt org gitu. akai ada ka..)


Papehal pon.. member² gua mmg best.. sorg kat situ da kawen... tinggal aku ngan 2 org lg.. tp yg tu pon da tunang.. xlame da tu.. tinggal la aku sorg².. aku igt nk bela zirafah ar.. nnt bile sumer da kawen.. bleh la aku men² ngan zirafah plak kan.. xla sunyi sgt aku nanti.. Abih da citer aku.. Sekian..


Read More...



Semalam tinggal kenangan..
Kebodohan kerana kejahilan..
Telah mengajar erti kehidupan..
Pada manusia berperangai syaitan..

Teman,
Sungguh sunyi pagi ini..
Semua rakan² lena dibuai mimpi..
Hanya aku yg masih bersengkang mata menyiapkan kerja ni..
Dalam asyik menaip memerak otak..
Entah knp tetiba aku teringatkn mu..

Teman,
Aku jadi sebak..
Suatu perasaan yg gila..
Aku amat tidak suka perasaan ni..
Perasaan yg memusnahkan semua ego ku yg sial..

Teman,
Hampir menitiskan air mata apabila melihat tempat itu..
Tempat di mana aku kehilangan mu..
Termenung sejenak..
Fikiran kembali ke masa silam..

Teman,
Pemergianmu telah mengubah hampir seluruh hidup ku..
Aku kini jd lebih sabar..
Lebih tabah..
Suatu sifat yg paling pelik aku dpt setelah kau pergi..

Teman,
Andai sejuta kali skali pn aku meminta maaf..
Sudah tidak bermakna lagi..
Sudah terlalu lambat..
Sudah tiada kesempatan lagi utk ku..
Namun teman, aku akan terus melafazkannya..
Walaupn kita xmungkin lagi akan berjumpa d dunia ini..

Teman,
Maafkan aku..
Kebaikan mu..
Kejujuran mu..
Keikhlasan mu..
Xpernah aku hargai..

Teman,
Sudah lumrah manusia..
Tidak menghargai apa yg ada di depan mata..
Dan mula menyesal apabila sudah tiada..
Selalunya apabila mula sedar, segala²nya sudah terlambat..

Teman,
Aku sentiasa berharap..
Sangat berharap..
Dgn sepenuh pengharapan..
Semoga segalanya hanya mimpi..
Namun aku hanya mengharapkan sesuatu yg xpernah wujud..

Teman,
Satu persatu hukuman yg aku terima..
Sehinggakan hampir² membuat aku putus asa..
Dgn kehidupan ini..
Namun aku sedar..
Allah tidak pernah menguji hambaNya..
Jika hambaNya tidak mampu menghadapinya..

Teman,
Biasanya kau yg menghiburkan aku ketika aku kusut..
Menemaniku ketika aku sunyi..
Meredakan ku ketika aku marah..
Kini, aku sendiri.. Dan terus sendiri..

Teman,
Walau sakit..
Walau pilu..
Walau marah..
Walau geram..
Walau apa skali pn..
Aku akan terus bersabar..
Satu perkataan keramat yg masih aku igt..
Kau pernah berpesan pada ku..
"Sabarlah awk.. kerana sabar itu bermula dgn kepahitan, tapi manis di akhirnya.."
Aku hanya ketawa mendengarnya..

Teman,
Aku kini lebih tenang..
Dalam menghadapi dugaan hidup..
Walaupn kdg² ia sgt menggerunkan..

Teman,
Aku kehilangan sebiji permata yg amat bernilai..
Yg xpernah aku sedari satu masa dulu..
Yg xpernah aku hargai selama bersama dgn ku..
Kini.. Tiada erti lagi kesedaran itu..

Teman,
Aku redha andai aku langsung xdihargai..
Suatu hukuman di atas perbuatan aku sendiri..
Utk aku kembali ke masa lalu..
Adalah suatu yg amat mustahil..

Teman,
Dalam masa 7 tahun ni aku mengharungi suatu keadaan yg amat sukar..
Namun aku masih mampu trsenyum..
Krn, kau sntiasa berpesan supaya sentiasa senyum..
Dan senyuman itulah yg selalu menjadi penawar bg ku..

Teman,
Aku xmampu mnjadi seperti mu..
Ibarat langit dgn bumi..
Kau sentiasa membayangi hidup ku..
Untuk memberi semangat kepadaku..

Teman,
Tiada siapa  yg mengetahuinya..
Dan aku tak ingin mereka mengetahui..
Biarlah mereka sentiasa melihat aku ketawa..
Dan aku akan sentiasa membuat mereka ketawa..
Terbayang kamu yg sentiasa tersenyum..
Walau dlm apa jua keadaan sekali pun..

Teman,
Terima kasih untuk pengajaran tu..
Aku mengingatinya satu persatu..
Pesanan yang kau tinggalkan untukku..
Kini aku tidak mungkin lagi..
Akan mempermainkan..
Atau menyakiti..
Hati kaum yang bergelar hawa..

Teman,
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu..
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas mu..
Aku berharap sgt²..
Berharap sgt²..
Berharap sgt²..
Seseorg yg berjaya mengubah seorg yg sgt keras kepala..

Teman,
Aku kini terus berdoa utk mu..
Terus berdoa semoga kau di tempatkan bersama org² yg dimuliakan oleh-Nya..
Aku akan terus berdoa dan berdoa..
Sehingga akhir hayatku..

Semalam tinggal kenangan..
Kepincangan, kesakitan, kebuntuan, kegelisahan..
Berpanjangan..
Semalam tinggal kenangan..
Penyesalan yg tak mungkin berkesudahan..


Read More...

How To Make Smooth Chat Popup

Published in: Labels:

Di sebabkan ade yg tanya mcm mane nk wat popup tu di sini tanpa segan silu aku terangkan 1 per 1.


Pegi dekat edit layout or klik to design link.
Klik edit html n check it kotak expand widget template.
Find <head>. Shortcut kat key pad Ctrl + F.
Bila da jumpa korang pegi la mkn nasik dulu ye.. hehe..

Copy code ni n paste kat bwh td -->>
<script src="http://jqueryjs.googlecode.com/files/jquery-1.2.6.min.js" type="text/javascript"></script>  (ni utk animation handling)

Copy yg ni jgk n paste kat bwh code td -->>
<script src="http://yensdesign.com/tutorials/popupjquery/popup.js" type="text/javascript"></script> (ni utk setting bg popup)

Seterusnya find </style>.
Copy n paste code ccs ni di atas </style>. Ni codenye -->>

#popupContact {display: block;left: 436px;position: fixed !important;top: 81px !important;border: 2px solid #CECECE;display: none;font-size: 13px;height: 462px;padding: 12px;width: 408px;z-index: 2;}

 #button {margin: 100px;text-align: center;cursor:pointer;text-decoration:none;}

#backgroundPopup {background: none repeat scroll 0 0 #000000;border: 1px solid #CECECE;display: none;height: 100%;left: 0;position: fixed;top: 0;width: 100%;z-index: 1;height: 622px !important;opacity: 0.7;}

Kalau korang nk tukar kotak tu jd image just tukar #backgroundPopup tu kat -> background:bla².. tukar kpd background:url("url image"); and tambah, background-repeat: no-repeat;

Seterusnya copy ni utk button click -->>
<a id="button">Press Me</a>
Letak kat mane² yg korang rase sesuai. Klu letak dlm poket pon xpe. Bleh di bawa ke mana².
Jika korang dah ade link sendiri just buang href="something" n gantikan ngan id="button"

Pastu cari tempat yg sesuai, copy n paste code ni -->>
<div id="popupContact">


<!-- Ganti Ngan Code Chat Korang -->
<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->
<iframe title="guasyed" src="http://www.shoutmix.com/?guasyed" width="100%" height="460" frameborder="0" scrolling="auto"><a href="http://www.shoutmix.com/?guasyed">View shoutbox</a></iframe><br />
<!-- End ShoutMix -->
<!-- Sampai Kat sini jer..-->


<a href="http://guasyed.blogspot.com/2011/06/how-to-make-smooth-chat-popup.html" target="_blank" style="color:white; font-weight: bold; height: 467px;">Get This Widget</a>
</div>
<div id="backgroundPopup"></div>

Pastikan korang replace code chat aku tu ngan code korang ye.. karang glamer pulak aku nnt..

Pastu save n try. Klu jd korang mmg best, mcm suzuki best. Klu xjd.. alololo.. ciannye.. hahaha.. Hubungi aku kt fb or antar surat or dtg sdiri umh aku.
Aku akan bantu smpai jd.

Atau pon korang buka notepad. copy n save code kat bawah ni. Save as .html. Buka dr browser (mozilla/explorer/chrom/opera/netscape/safari or what so ever.. lantak korang la ye..).
<head>
<script src="http://jqueryjs.googlecode.com/files/jquery-1.2.6.min.js" type="text/javascript"></script>
<script src="http://yensdesign.com/tutorials/popupjquery/popup.js" type="text/javascript"></script>
<style>
#popupContact {display: block;left: 436px;position: fixed !important;top: 81px !important;border: 2px solid #CECECE;display: none;font-size: 13px;height: 462px;padding: 12px;width: 408px;z-index: 2;}
#button {margin: 100px;text-align: center;cursor:pointer;text-decoration:none;}
#backgroundPopup {background: none repeat scroll 0 0 #000000;border: 1px solid #CECECE;display: none;height: 100%;left: 0;position: fixed;top: 0;width: 100%;z-index: 1;height: 622px !important;opacity: 0.7;}
</style>
</head>
<center><a id="button">Press Me</a></center>
<div id="popupContact">
<!-- Ganti Ngan Code Chat Korang -->
<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->
<iframe title="guasyed" src="http://www.shoutmix.com/?guasyed" width="100%" height="460" frameborder="0" scrolling="auto"><a href="http://www.shoutmix.com/?guasyed">View shoutbox</a></iframe><br />
<!-- End ShoutMix -->
<!-- Sampai Kat sini jer..-->
<a href="http://guasyed.blogspot.com/2011/06/how-to-make-smooth-chat-popup.html" target="_blank" style="color:white; font-weight: bold; height: 467px;">Get This Widget</a>
</div>
<div id="backgroundPopup"></div>

Ni plak utk tukar btn text tu kpd image.. nampak cun sikit btn korang kan.. cun mcm pusat aku.. hehehe.. Just copy n buat mcm kat atas tu.. utk test. Kalau da puas ati, apply la kat blog korang.. Gud luck.. kebahagiaan korang kebahagiaan aku juga.. hahahahaha..(aku pun xtau knp aku gelak). Copy code ni.. -->>

<script src="http://jqueryjs.googlecode.com/files/jquery-1.2.6.min.js" type="text/javascript"></script>
<script src="http://yensdesign.com/tutorials/popupjquery/popup.js" type="text/javascript"></script>
<style>
#popupContact {display: block;left: 436px;position: fixed !important;top: 81px !important;border: 2px solid #CECECE;display: none;font-size: 13px;height: 462px;padding: 12px;width: 408px;z-index: 2;}
#button, #test {margin: 100px;text-align: center;cursor:pointer;text-decoration:none;}
#backgroundPopup {background: none repeat scroll 0 0 #000000;border: 1px solid #CECECE;display: none;height: 100%;left: 0;position: fixed;top: 0;width: 100%;z-index: 1;height: 622px !important;opacity: 0.7;}
</style>
</head>
<center><!--<a id="button">Press Me</a>-->
<a id="button"><img src="http://www.psdgraphics.com/wp-content/uploads/2009/07/push-button.jpg"  width="50px" height="50px"/></a></center>
<div id="popupContact">


<!-- Ganti Ngan Code Chat Korang -->
<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->
<iframe title="guasyed" src="http://www.shoutmix.com/?guasyed" width="100%" height="460" frameborder="0" scrolling="auto"><a href="http://www.shoutmix.com/?guasyed">View shoutbox</a></iframe><br />
<!-- End ShoutMix -->
<!-- Sampai Kat sini jer..-->


<a href="http://guasyed.blogspot.com/2011/06/how-to-make-smooth-chat-popup.html" target="_blank" style="color:white; font-weight: bold; height: 467px;">Get This Widget</a>
</div>
<div id="backgroundPopup"></div>

Good Luck..!!

p/s: Ilmu adalah milik Allah. Ia bkn utk disimpan tp utk disebarkan.

Read More...

Segmen Selamat Hari Bapa

Published in: Labels:

Link ke Segmen Hari Bapa Cikgu Wan (Mari Pakat Join Ramai²)

Gua ada seorg Bapa yg sempoi, mudah dibuat perkiraan n cool. Bangga gila gua ade seorg Bapa seperti beliau. Memang xde dijual kat Giant walhal kat Jusco skali pon. Di sempena hari bapa ni gua nak ucap byk² time kasih kat Bapa gua kerana beliau telah jaga gua dgn baik skali sejak drp gua sebesar kotak eskrim sehingga la skrg. Skrg Bapa gua da xkuat spt dulu tp jgn risau Bapa, gua akan jaga Bapa..

Last, I always pray 4 u n i hope can see u at heaven soon.

Read More...

Malware menyerang?

Published in: Labels:

Betul ke de blog yg kene serang malware..? Xleh bukak? huhuhu.. malware ni klu ikutkan agak jahat.. lebih kurang jahat mcm peti ais jgk la.. malware ni kdg² xleh dikesan oleh antivirus biasa.. such as avast, kaspersky or what so ever.. sbb ia agak halus mcm bulu pusat aku..

 Jadi langkah terbaik, install la mana² software malware yg korg berkenan kat pc masing².. xperlu nk install kat pc ktua kg korg..

 Aku cadang install MALWAREBYTES ANTI-MALWARE. Korg cari la sndiri ye.. byk yg da crack. Coz hackers² skrg hebat².. aku jamin pc korg lebih selamat.. xperlu cari pendinding dari mane² tok bomoh.. walhal degawan skali pun..

Atau pun klu korang malas sgt nak cari crack, korang search malwarebytes anti-malware 1.51 kat google. Then donlod ler. Pastu email kat aku email korang (guasyed@gmail.com), nnt aku bagi user n password crack. Mudah kan.. mcm mkn nasik goreng ikan masin kan..

Lepas settle tu pandai² la scan.. n tngok brape byk hasil ternakan korang...

 p/s: jgn lupe kim salam kat awek² yg msih single.. hahahaha..

Read More...

Bolok Molek

Published in: Labels:

Sambil² wat keje, sambil² ekjas bnde nih.. aku xpaham la.. kenapa la aku sekarang rajin sangat nak amik tahu pasal bende nih.. kalau dulu, haram.. jangan harap aku nk tukar² ni.. huhu... aku pn pelik jgk.. aku musykil la.. aku igt nk g jumpa ustaz ke, tok bomoh ke, ahli kaji sejarah ke.. xpun koman² jumpa Harun Salim Bachik.. mane la tau kot² aku da kena rasuk jembalang mane tah.. ah malas la aku nk layan.. baik aku pergi mkn belacan lg bagus... 


Tapi yg sweetnye.. (hoho.. aku da pandai pakai perkataan tu..)  dapat pulak kenal ngan sorg minah nih.. nak kate lawa tu.. xde la lawa mcm Nasir Bilal Khan.. muda pulak tu.. tp cam mane tah aku bleh igt² plak.. ni klu ketuk ngan tong gas ni pun bleh senyum lg mase kojol.. ape nk jd la ngan aku skrg nih.. klu jd cekodok, bleh gak org mkn² sambil cicah ngan budu.. ni.. ape pn xbleh..!!


Keje aku xsiap lg ni.. kepala hotak aku da pening.. kalau makan 3 in 1 tongkat ali mau sampai 30 bungkus baru aku leh tahan sampai esok agaknya...

Apa bleh buat. Sejak aku mencebur bidang IT ni, tidur aku sentiasa xnyenyak. Nak kena kawen kot baru nyenyak. Kate org la.. bkn aku yg kata.. Aku pon pelik.. mcm mane aku boleh terjebak keje dlm bidang IT nih.. sedangkan mase blajar dulu aku blajar Automotif. Minat gile aku kat kereta suatu masa tu. Dari tingkatan 4 (skolah teknik) amik kos Automotif. Sambung pulak kat kolej pun kos Automotif. Sanggup tolak tawaran lain kerana tak kena ngan jiwa aku.. konon la..

Tup² keje, aku jd Programmer. Haram aku tak pernah terfikir pn nk keje ni sbb dulu aku buta IT. Email aku_joe@yahoo.com tu member aku la yg tolong buatkan. Aku mane reti masa tu (kolej). Joe tu sempena gelaran aku mase kat kolej.. Konon hebat la.. ces.. tarrak jugak.. biasa la.. bdk baru nk naik time tu.. bila pk² balik isk.. bengap jgk aku time tu.. bengap mcm bateri lampu..

Huhuhu.. malas da mau taip.. aku nk sambung keje skit lagi.. nnt aku citer mcm mane aku bleh terjebak jd Programmer.



Read More...

Apabila gua dalam kesedihan, gua akan dengar lagu ni. Setiap rangkap membawa erti seribu pengertian.. cehh.. jiwang siot gua nih.. mcm kicap je perangai..


Lagu ni diberi oleh sorg awek yg comel di tmpt keje gua suatu ketika dahulu. Sungguh xdisangka² gua terus jatuh cinta dgn lagu ni dan seterusnya dgn tuannye skali. 


Namun jodoh xkesampaian. But it's ok for me. Life must go on. Untuk awek ni, gua ucap All The Best 4 Ur Life.


Gua minta maaf banyak² atas segala MISTAKE yg telah gua lakukan pada lu.


:)








Lagu Yg Aku Dgr Pagi² Dlm Keta






Read More...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.



Read More...

Telur tu.. telur tu..

Published in: Labels:



Lagu ni mampu buat jantung aku berhenti buat seketika. Terasa bagai terawang-awang di udara. Terima kasih kepada komposer lagu ni. 200 juta bintang untuk korang.


Read More...

Broga Hill

Published in: Labels:


Subhanallah..!!! Perkataan pertama aku setelah sampai ke puncak Broga Hill, Semenyih ni. Walaupun subuh belum menjelma, namun suasana sangat nyaman. Hilang semua penat lelah aku ngan member².. 








Kitorg tolak dari KL kira² pukul 3.00 pagi. Semangat nak tengok matahari terbit punye pasal. Member² aku le ni. Kemaruk nak ambil gambar sangat. Hehehehe.. (kalau diorg terbaca ni mesti aku kena campak dalam Laut China Selatan)


Sampai² je aku lepak² dlu. Penat woo.. Da la tido sejam je malam tu. Excited la konon.. ceh.. tapi jgn silap. bukan kitorg je, ade lagi budak² lain yg sampai dulu. Maknenye xcukup excited lg la nampaknye. Len kali aku ingat nak pegi pukul 1 plak. Xpun bermalam terus kat situ dlm seminggu dua. (dlm hati - bodohnye idea aku ni). 

Oleh kerana aku xde kamera canggih² (camera henset je ade), terpaksa la aku dgn hati yg ikhlas jadi model xberbayar. 

Aku agak suka view ni. Walaupun muka aku nampak mcm hantu (ala.. model² yg ade bkn lawa pon.. make up je lebih.. cover² hahahaha..).


Ape² hal pun, aku puas ati pegi sana. Ingat nk terus je pegi ke Tok Wan, tapi member² aku semua da penat. Di lain hari kami pasti akan datang lagi.



Keindahan Ciptaan Tuhan



Read More...

Matang

Published in: Labels:

Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.

Matang jika dirujuk kepada binatang - contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).

Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat : kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.

Mengapa Perlu Kematangan?

Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.

Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.

Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.

Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi

Berwaspadalah dengan usia tua yang mungkin menambahkan kerasnya hati, degilnya perangai dan sukar mengawal emosi.

Jadilah Air Yang Tenang

Read More...

Tahniah gua ucapkan pada pasukan Terengganu. Tak sia² gua jd penyokong setia lu org. Tapi gua amat tidak berpuas hati dgn segelintir penyokong Kelantan yg sgt² tak menghormati perlawanan. Penyokong sendiri pun terpaksa terima akibat bunga api yg ingin dilemparkan ke padang. Mereka cuba untuk mengalih konsentrasi penjaga gawang Terengganu dgn taktik kotor.


Kerana insiden tersebut, permainan terpaksa di hentikan lebih 4 minit. Membawa padah pada mereka juga apabila gol Terengganu tiba pada minit terakhir sblm wisel tamat. Di harap penyokong Kelantan mengambil iktibar atas kesilapan itu.

Para penyokong bertaraf VIP pun berkelakuan sungguh tidak profesional sehingga pihak polis terpaksa menghalau mereka keluar. Di mana semangat kesukanan kamu semua? Sungguh memalukan tindakan kalian itu. Gua sangat malu kerana kita ini berkongsi sempadan.
Tidak dinafikan ada juga segelintir penyokong Terengganu yg agak fanatik dgn membaling botol ke padang. Mungkin kerana marahkan penjaga garisan yg telah berlaku tidak adil. Gua agak kecewa dgn tindakan mereka walaupun ia tak sebanyak yg dilemparkan oleh penyokong Kelantan. 

Apa² hal pun, tahniah untuk pasukan Terengganu kerana tidak berputus asa untuk mencapai kemenangan. Gua salut lu org. Dan kepada pemain yg agak hambar persembahannya, gua harap dapat memperbaiki kesilapan itu. Amat banyak peluang yg dimiliki pihak Terengganu yg disiakan.

Hadiah Kesungguhan Kalian
Semoga mutu perlawanan di Malaysia akan setaraf atau lebih baik dari negara luar. Gua sentiasa menantikan saat itu. Akhir sekali, majulah sukan untuk negara. Gua blah dulu.


Read More...

1st time gua ade masa untuk tengok final vs Kelantan kat stadium. Bengang betul dgn persembahan Terengganu pada perlawanan liga super sblm ni. Tp kerana semangat patriotik (ye ke?) yg tinggi telah menarik aku untuk ke stadium bagi menyokong pasukan Terengganu.

Walaupun gua tahu pasukan Kelantan kini berada dlm prestasi terbaik (ganah²), peduli hapa gua.. hehe.. gua yakin pasukan Terengganu mampu mengatasinya.. "awok trannung kang nelang.. ke guane..!!"

FA Cup
Semoga pasukan Terengganu dapat tebus kembali piala tu.. "Sek² kite bereh blake".. Dan bagi penyokong Kelantan, jadilah penyokong yg profesional. Kita sudah menjadi musuh tradisi sejak dulu lagi. Gua tak akan memulakan pergaduhan, tp gua tak akan berdiam diri jika penyokong negeri ku ditindas oleh lu org. Jdlah penyokong yg matured.


Tak sabar untuk gua saksikannya pada malam ini. Dari kecik lagi gua harap dpt mnjadi pemain Terengganu, tp hajat xkesampaian. Jadi gua harap kepada pemain² bermainlah dengan bermaruah. Bermain secara berpasukan n semangat kesukanan. Gua sentiasa sokong jatuh bangun korang.

Go².. Peteh Tranung Peteh, Peteh Sapa Rebeh.. Tranung Nelang, Tranung Gemilang..

Read More...

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...