preload
Assalamualaikum..

Ya Allah.. berkatilah hidup kami.. sebagaimana Engkau merahmati hamba² mu yg soleh.. ampunilah kami kerana kami sentiasa melakukan kesalahan.. Maha Suci Allah.. Segala puji hanya milik Mu..

Ya.. aku sgt merinduinya..
Sedikit pun tiada titisan air mata mengiringi pemergiannya ke alam baqa.. di saat suasana penuh dengan kesedihan.. namun aku diam tanpa perasaan.. sungguh.. hati aku saat itu.. sgt keras..

Memang benar kata org.. hati yg keras sukar mengalirkan air mata.. sukar juga mengakui kesalahan.. aku mngiringi jenazahnya.. tanpa rasa pilu.. aku sendiri yg memikulnya di belakang.. tanpa sedikit pun rasa penyesalan.. trhadap setiap kesalahan yg aku lakukan..

Sehinggalah dia dikebumikan.. ditambah pula talkin dibacakan.. masih tiada tanda untuk aku merasa kesedaran.. ya Allah.. sungguh keras hati aku saat itu.. masa terus berlalu..

Tanggal 1 Syawal 1432.. aku menziarahi pusaranya.. sebak menyelubungi di saat aku mula memasuki perkarangan perkuburan.. aku melangkah perlahan-lahan.. ya Allah.. sudah lama aku tidak menjejak kaki ke sini..

Surah Yasin aku bacakan.. belum pun separuh, dadaku berombak-ombak.. mataku mula berkaca.. namun ku tahan².. sekejap² suara ku perlahan.. sekejap² suara aku di kuatkan.. sungguh.. fikiran mengimbau kembali kenangan silam..

Cukup aku katakan.. dari kecil aku begitu rapat dgnnya.. dia selalu membawa aku ke ceramah agama.. walaupun aku di masa itu belum kenal erti kehidupan.. setelah aku dewasa.. aku mula jauh darinya.. mungkin kerana aku jarang berada di kg.. namun aku masih cuba mendekatinya.. walaupun xseperti dia mndekati ku semasa aku masih kecil..

Sungguh.. terlalu byk kesalahan aku padanya.. akibat tindakan mengikut rasa.. ya Allah.. penyesalan yg tiada guna..

Setelah selesai bacaan Yasin.. aku mula menggemburkan tanah di pusaranya.. supaya kelihatan lebih sempurna.. sehingga aku brpuas hati dengan hasil kerja ku.. tanpa dijangka.. mata ku berkaca kembali.. kali ni xdapat ditahan² lagi.. air mata ku mula mengalir laju.. tidak dipeduli lagi mereka yg berada disekeliling.. aku menangis.. ya.. sudah lama mata itu kering.. xtertahan kesedihan itu..

Dari berdiri.. aku mula duduk.. namun masih belum reda.. aku terus meninggalkan pusara itu.. tanpa menghiraukan sanak saudara yg hadir bersama.. bimbang air mata terus mengalir..

Ya Allah.. aku benar² rindukannya.. hanya doa yg mampu aku beri padanya.. dan juga sedikit sumbangan lain tanda ingatan padanya..

Ya Allah.. semoga dia selesa berada di sana.. aku akan mengiringinya sedikit masa lagi..

Ikhlas dari cucu mu wahai nenek ku.............

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...