preload
Assalamualaikum..

Semalam aku post pasal rukun Islam.. sekarang aku akan huraikan rukun Islam satu per satu.. berpandukan pelbagai sumber.. Ya Allah... permudahkanlah bagi kami untuk memperolehi ilmu Mu yg xternilai ini..

Syahadah.. ia adalah rukun Islam yg pertama.. ini menandakan syahadah amat penting dalam Islam.. syarat untuk menjadi seorang Islam adalah dgn melafazkan syahadah.. ia bukan hanya lafaz semata-mata.. ia merupakan satu pengakuan dan ikrar dgn lafaz dan diakui dgn hati..

Ia merupakan suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada Tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan pesuruh Allah.


Kalimah syahadah merupakan roh bagi Islam.. ibarat seorang manusia.. seluruh anggota pada badan manusia itu tak mungkin boleh berfungsi tanpa nyawa..


Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.
       
Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah, ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan dan keyakinan. Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa yang mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan apa yang diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai pengakuan yang dusta kepada Allah.


Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap den­gan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
  4. Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
  7. Menunaikan Hak Syahadah.
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.




Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.


Terbatalnya syahadah


Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya:

Iktikad
1. Syak terhadap kewujudan Allah
2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul
3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain.



Terdapat 10 perkara yang jika dilakukan oleh seseorang maka dia dianggap kafir dan murtad:

1- Syirik Akbar
Iaitulah mensyirikkan Allah dalam perkara ibadat atau dalam ertikata yang lain menjadikan sembahan selain Allah S.W.T seperti berdoa kepada orang mati, menyembah berhala, bertawakkal kepada jin dengan berkorban padanya atau memberi makan hantu. Dalilnya firman Allah (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, Maka Sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [an-Nisaa;:116]

2- Menjadikan perantaraan antara dia dengan Allah seperti berdoa kepada wali-wali dan memohon hajat kepada mereka. Dalilnya firman Allah S.W.T (maksudnya): “Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (pada perintah-Nya)”. [az-Zumar:3]

3- Tidak mengkafirkan orang yang telah dikafirkan Allah S.W.T dan Rasul-Nya seperti Yahudi, Krsitian, Hindu dan semua agama selain Islam atau syak pada kekufuran mereka atau mensahihkan aqidah mereka yang batil seperti berkata: “Semua agama sama”. Dalilnya firman Allah Taala (maksudnya): “Sesungguhnya agama (yang diredhai) d isisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungan-Nya (terhadap amalan hamba-Nya)”. [Ali-Imran:19]

4- Mendakwa bahawa ada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Islam atau petunjuk yang lebih baik dari petunjuk Rasulullah S.A.W. Firman Allah (maksudnya): “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”. [al-Maidah:50]

5- Membenci apa yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W walaupun dia beramal dengannya. Jika dia menzahirkan hukum-hukum Islam tetapi membencinya maka dia adalah munafiq, tidak disolatkan jenazahnya dan tidak ditanam di kuburan muslimin. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka”. [Muhammad:9]

6- Mengejek ajaran Islam seperti berkata: “Menyimpan janggut itu kolot” atau menggelar wanita yang betudung itu wanita kampungan dan sebagainya. Firman Allah Taala (maksudnya): “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”. [at-Taubah:65&66]

7- Sihir. Sesiapa yang mengamalkan sihir maka dia kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. [al-Baqarah:102].

8- Membantu orang-orang kafir menguasai kaum muslimin dan memerangi mereka. Dalilnya firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 51 (maksudnya): “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.

9- Beriktiqad adanya sebahagian manusia yang boleh keluar dari sempadan syariat seperti percaya jika sampai kepada maqam zikir tertentu kewajipan solat gugur daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Ali-Imran ayat 85 (maksudnya): “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

10- Mengabaikan ajaran Islam sehingga tidak mengamalkan satu pun ajarannya dan tidak langsung belajar berkenaannya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah as-Sajdah ayat 22 (ertinya): “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa”.

*Seorang Muslim yang melakukan 10 perkara ini akan menjadi kufur apabila:
- Dia melakukannya dalam keadaan tahu bukan jahil
- Sengaja bukan terpaksa atau tersalah
- Telah ditegakkan atasnya hujjah jika perkara yang dia ingkari itu bukan perkara asas dalam agama yang telah diketahui masyarakat umum Islam.



Sebenarnya kalau nak dihuraikan.. ada banyak lagi perkara yg boleh membatalkan syahadah.. sama ada dengan disedari atau tanpa disedari.. berhati-hatilah wahai saudara ku.. oleh itu kita disarankan agar sentiasa memperbaharui syahadah.. dalam azan sendiri ada syahadah.. dalam sembahyang pun ada syahadah.. lebih² lagi sebelum tidur.. lafazlah syahadah sebelum tidur.. kerana berkemungkinan nyawa kita akan diambil semasa tidur..

Semoga penerangan ini dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah SAW.

Wallahu'alam..

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...