preload
Assalamualaikum...

Ya Allah.. Ya Rabbi.. Ya Alim.. Ya Zaljala liwal ikram.. Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang.. Ampunilah kami hamba Mu yg sentiasa melakukan kesalahan dlm menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi Mu.. Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yg Maha Pengampun ke atas dosa manusia..


Alhamdulillah.. syukur kpd Allah.. kerana telah menguatkan tulang empat kerat untuk mengimarahkan rumahNya.. dan juga menyambut kehadiran bulan yg penuh keberkahan ini dengan hati yg tenang..

Ya Allah.. terasa kerdil diri ini bila mngenangkan sejarah para Nabi dan para sahabat.. mereka terlalu hebat untuk dibuat perbandingan dengan manusia di zaman ini.. sungguh aku tidak terkejut mereka mampu untuk beribadat dengan tekun kpd Mu.. kerana mereka benar² menjiwai sifat hamba kpd Tuhannya..


Sesungguhnya solat itu sangat berat.. kecuali kpd mereka yg benar² khusyuk.. mereka mampu lakukan sebanyak 200 rakaat dalam 1 mlm.. malah ada yg mencecah 500 rakaat.. malah ada yg melebihi 1000 rakaat.. mana mungkin aku dapat menyamai mereka sedangkan mereka sentiasa istiqamah dlm menyempurnakan tanggungjawab mereka..

Ya Allah.. Engkau mendidik ku melalui kesilapan ku.. Syukur hanya kpd Mu ya Allah.. kerana Engkau tidak memesongkan tanggapan ku terhadap Mu.. sungguh aku tidak menduga aku dapat menghapuskan persepsi yg telah lama aku pertahankan.. sungguh aku manusia yg tidak tahu beruntung..

Demi sebuah harapan yg palsu.. aku lupa akan janji ku pada Mu.. sebelum aku diperkenalkan kepada dunia.. sehinggakan aku terpesona kpdnya.. walhal ia hanyalah tipu daya semata.. perhiasan yg akan mengheretkan aku ke lembah yg hina.. sungguh aku tidak ingin menjadi bahan bakar kepada kemarahan Mu.. siksa yg amat pedih.. yg tak akan tertanggung sesiapa pun..


Wahai Tuhan Yg Maha Pengasih dari segala pengasih.. hamba Mu yg hina datang mengetuk pintu Mu.. andai Engkau tidak mengendahkan, ke pintu mana lagi hamba ingin mengetuknya.. sedangkan hanya Engkau yg memiliki segala pengharapan...

Ya Mutakabbir.. dekatkanlah aku kepada Mu.. kerana tidak ingin aku berjauhan dari Mu.. walaupun seketika cuma.. lindungilah aku dari lembah hina.. yg akan mencampakkan aku ke lembah yg menyiksakan..

Allah berfirman yang bermaksud “Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan jangan dia menyekutukan Allah dengan sesuatupun” [surah al-Kahfi ayat 110]

Wahai Tuhan sekelian alam.. demi kemuliaan Mu.. aku memohon.. matikanlah aku di jalan yg diredhai Mu.. dan sesungguhnya.. aku amat mencintai syahid di bawah naungan Mu..


Ya Allah.. aku terlalu lemah dalam menghadapi ujian Mu.. janganlah Kau menguji aku dengan sesuatu yg tidak mampu aku hadapinya.. kerana dengan berbekalkan iman yg tipis ini.. aku takkan mampu untuk menghadapi dugaan yg berat.. andai kata aku diuji sedemikian.. hanya kepada Mu lah tempat aku memohon pertolongan.. tiada lagi tempat bergantung pada ku setelah aku meletakkan pergantungan sepenuhnya kpd Mu..

Ya Allah.. alam barzakh itu rahsia Mu.. alam akhirat itu rahsia Mu.. bimbinglah aku agar tidak terus terlena dengan alam dunia yg fana ini.. mungkin esok.. mungkin lusa.. aku pasti akan menghadap Engkau.. aku malu.. kerana aku telah merosakkan pinjaman Mu kepada ku.. Rahmat Mu jua yg ku harapkan..



Ya Allah.. janganlah kiranya engkau tanamkan sifat malas dalam diri ku.. sehinggakan aku malas untuk bertaubat atas kesilapan ku.. dan tiada daya untuk aku mengelakkan berlakunya kesilapan demi kesilapan..

Ya Jabbar.. manusia yg kerdil ini datang memohon simpati Mu.. janganlah kiranya hamba ini diketepikan.. sepenuh pengharapan hanya kepada Tuhan yg Maha Kaya lagi Maha Bijaksana..

Ampunilah aku.. kasihilah aku.. sesungguhnya aku adalah hamba mu yg hina...

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...