preload
Assalamualaikum..

Ya Allah.. tetapkanlah hati kami, berkatilah hidup kami dan rahmatilah kami serta kedua ibu bapa kami.. Sesungguhnya Engkau Tuhan yg maha pengampun lagi maha penyayang..


Haarrgghhhh.. best giler menggeliat..

Eh... sedar tak sedar da 20 hari kita puasa.. isk.. sekejap je masa berlalu.. smayang tarawih pun xberapa nak betul lagi sedar² tinggal 10 ari lg.. tu pun klu sampai 30 klu x.. cuma 9 hari je lg.. bukan raya yg dikejar.. tp keberkatan yg dicari.. jangan kerana mengejar Syawal, Ramadhan berciciran...

Sabda Nabi SAW : “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)


Nabi SAW sendiri bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah sedangkan Baginda maksum.. tidak malukah kita yg dosa entah berapa banyak, sikit pun tidak merasa bersalah meninggalkannya..? Memang kita tak akan mampu jadi seperti Nabi SAW.. tapi sekurang-kurangnya buatlah sekadar yg termampu..

Kalau ada game bola sanggup pergi stadium seawal 6 ptg.. sanggup redah jem.. sanggup tunggu sampai game start.. kene bayar plak tu nk masuk.. kalu menang bangga, kalu kalah kecewa.. itu je yg kita dapat.. jadi janganlah kedekut untuk spend sedikit masa untuk Allah.. sedangkan ianya untuk diri kita sendiri.. "Allah tidak berkehendak kepada manusia tetapi manusialah yg berkehendak kpd Allah"..

Buktikanlah jika kita berkata yg kita benar² cintakan Allah..

Apatah lagi di 10 malam terakhir ini Nabi SAW mengatakan terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr).


Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).

Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)



Tak perlu rasanya untuk diterangkan akan kelebihan Lailatulqadar ini kerana masing² sangat tahu apa kelebihannya.. adakah ia sama dengan tawaran sale di Sogo or Tesko or mane² jualan murah sehinggakan ramai yang memenuhi tempat² berikut.. Dan ada yg sampai tersengguk-sengguk buat kuih raya.. Percayalah.. sungguh tidak berbaloi perngorbanan kita itu.. boleh buat kuih raya tp jgn sampai mengabaikan Allah..

Mungkin di 10 mlm terakhir ni juga merupakan Ramadhan terakhir bagi kita.. sungguh kita sangat² rugi.. penyesalan yg tak akan tercapai dengan akal di akhirat nanti..


Ya Allah, hindarilah kami dari sikap bermalas-malasan dalam mengabdikan diri kepada Mu.. Letakkanlah dunia di tangan kami.. dan letakkanlah akhirat di hati kami.. Sesungguhnya hanya kepada Mu kami bergantung dan hanya kepada Mu kami berlindung..

http://www.4shared.com/document/IhttFn_m/Menghidupkan-10-Malam-Terakhir.html

About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...