preload
Assalamualaikum..

Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Khaliq.. Ya Bari.. Kurniakanlah kami kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai khalifah Mu di muka bumi ini..


Alhamdulillah.. selesai sudah berbuka.. hari ke 22.. bermakna.. malam ni malam yg ke 23.. Ramadhan sudah hampir ke penghujung.. ayuh sahabat.. jangan dikejar sgt habuan dunia.. jgn terlalu gembira dgn kehadiran Syawal sehingga lupa akan suruhan Nabi SAW supaya perbanyakkan amal di 10 akhir Ramadhan ini..


Di mana sifat yg berkobar-kobar di awal Ramadhan untuk mengimarahkan rumah Allah.. segala macam nikmat yg telah kamu dapat.. segala macam kegembiraan yg kamu kecapi.. Lupakah kamu pada Yg Maha Pemberi..

Demi Allah.. yg jiwa kami di tanganNya.. kami hanya hambaNya yg biasa.. kami tidak mampu mnjadi luar biasa sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat dan para waliNya.. namun kami akan cuba jadikan mereka sebagai idola dalam kami mengharungi dunia yg penuh cabaran ini..

Ya Allah.. rahmat Mu yg ku pinta.. kasih sayang Mu yg ku harap.. lindungilah kami wahai Tuhan Yg Maha Pengasih..


About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...