preload
Assalamualaikum..

Isu yg sedang hangat diperkatakan sekarang.. Sepatutnya dari dulu lagi patut dihentikan.. Kerana ia tak pernah diadakan pada zaman Nabi SAW dan zaman para sahabat.. dan Nabi SAW sendiri melarangnya.. Kenapa kita jadi lebih pandai daripada Nabi SAW sendiri?


"Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya tentang masjid yang didalamnya dibacakan AlQuran dan talqin pada waktu pagi dan petang. Kemudian, di pintu masjid ada ramai orang yang berbicara dan menganggu bacaan Al Quran. Apakah  hal ini dibolehkan ?


Ibnu Taimiyyah menjawab. "Tidak seorangpun dibolehkan mengganggu orang di dalam masjid atau orang yang sedang solat, membaca Al Quran, zikir, berdoa dan sebagainya kerana masjid memang dibina untuk itu. Tidak boleh seseorang melakukan sesuatu yang boleh mengganggu mereka, baik di dalam, di pintu mahupun berdekatan masjid.


Pernah suatu hari Nabi SAW melalui rumah Umar Al-Khattab lalu baginda mendengar Umar membaca al-quran dengan kuat. Nabi SAW menemui Umar dan menyuruhnya memperlahankan bacaannya..

Pernah Nabi SAW melarang sahabat mengaji dgn kuat di dlm masjid kerana akan mengganggu org lain..

Bila mereka berkata "Kami hanyalah membangunkan orang-orang agar solat" maka tidak sepatutnya membangunkan mereka dengan sesuatu yang tidak disyariatkan.
Bila mereka berkata "Apakah membaca Al Quran tidak disyari'atkan?" Jawapannya, Al Quran memang disyariatkan dan disunatkan membacanya. Namun caranya tidak disyari'atkan. Sebab Nabi tidak pernah menyuruh Bilal naik ke atas masjid sebelum waktu subuh lalu membaca Al Quran dengan kuat. Jelas ini adalah perkara bida'ah.

Bila mereka berkata "Lantas bagaimana cara membangunkan orang-orang?" Jawabnya, bangunkanlah mereka dengan sesuatu yang telah disyariatkan, iaitu azan pertama lalu kedua.

Begitulah. Islam telah menjadikan masjid-masjid itu sebagai tempat yang tenang untuk beribadah. Mengganggu jemaah lain dengan suara-suara yang keras, bau-bau mulut yang tidak menyenangkan adalah dilarang sama sekali. Kenapakah umat Malaysia suka mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama?

Jangan terngadah dengan membuta-tuli.. ia bukan permintaan org kafir, tapi larangan dari Nabi SAW.. Nabi SAW pernah berpesan, Baginda telah meninggalkan 2 perkara (Al quran dan as sunnah). Berpeganglah padanya pasti kamu tidak akan sesat.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah .Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya. (QS ; Al Hasyr 7).


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS ; Al Ahzab 21).


Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah .Dan barang siapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (QS ; An Nisa 80).


Ada juga yg bangkitkan isu ceramah dan khutbah Jumaat.. kenapa tidak di mansuhkan sekali?

Samalah tu.. Dalam hal ini, azan adalah syiar agama dan wajar dilaungkan dengan kuat. Namun, tidak sama dengan ceramah agama. Sewajarnya, ceramah agama hanya dihadkan untuk pendengaran jemaah dalam masjid saja. Kalau ia dibuat dalam dewan kuliah di masjid, maka ia terhad kepada dewan kuliah saja.

Khutbah Jumaat.. Sudah nyata Nabi SAW mengatakan wajib dihadiri sekurang-kurangnya 40 org jemaah yg bermastautin di situ.. kalau tidak cukup, hendaklah dilakukan sembahyang Zohor.. Adakah perlu suara yg kuat sampai sekampung untuk didengari seramai 40 org?

Macam mana nak berdakwah dengan org² tinggal persekitaran?
Nabi SAW dah tunjukkan cara yg sangat sempurna dalam mengajak org bukan Islam untuk mengenal Islam.. Nabi SAW tak pernah menunjukkan kekerasan dalam tabligh Baginda (kecuali bg yg memusuhi Islam).. Sehingga org bukan Islam dengan rela hati mengenal Islam dan seterusnya memeluk agama islam.. Orang bukan Islam tidak mahu mengenali Islam adalah kerana org Islam itu sendiri..

Betullah kata Nabi SAW;


Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat."



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia.


Ramai ulama sekarang yg menyembunyikan ilmu. Hanya kerana mendapat sedikit habuan. Masyarakat jadi pening kerana org yg mengetahuinya tidak melakukan yg sepatutnya..


Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).


“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid… dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini… boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.


Kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti Malaysia ni.. yg penduduknya berbilang kaum..

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Ya Zal Jalali Wal Ikram..
Selamatkanlah Islam.. selamatkanlah hambaMu..


Wallahu'alam..


About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...