preload
Tadi ustaz berkata.. barang siapa yg menolak 1 huruf di dlm al Quran.. maka dia KAFIR.. apatah lg kalau menolak hukum Allah.. cukup buat aku tersedak..

Sekali teringat.. seseorang pernah berkata.. hukum di dalam al Quran sudah tidak releven dengan dunia sekarang.. dunia sekarang maju..(maju ke?) banyak hukum² yg tak boleh dipakai.. Nauzubillahiminzalik..

Anda mungkin tidak sedar yg anda telah MURTAD bila berkata begitu.. malah andai terlintas difikiran sekali pun.. atau mungkin anda sedar tetapi anda telah dibutakan dengan DUIT, kedudukan, penghormatan atau sebagainya.. ia adalah hukum Allah.. bukan direka oleh Nabi SAW dan bukan juga ditulis mengikut akal dan fikiran..

Allah telah memberi banyak nikmat.. tak terhitung banyaknya sehingga ramai yg lupa diri.. tidak kenal Allah.. malah ada yg melawan Allah setelah nikmat itu ditarik balik..

Andai kamu seorang yg berfikir.. pergilah ke hospital gila.. berapa ramai yg tiada nikmat utk berfikir dengan waras.. pergi pula ke rumah anak² yatim.. berapa ramai yg tiada nikmat kasih sayang ibu bapa.. pergi pula ke hospital.. berapa ramai yg tiada nikmat kesihatan.. patah sana.. patah sini.. duit juta² dlm bank.. tp xboleh makan sedap².. pergi pula ke kaki lima.. perhatikan peminta sedekah.. baju koyak rabak.. berbau.. xbermaya.. kehidupan tidak terurus..

Betullah kata ustaz.. manusia xpernah terasa nikmat itu setelah ia kehilangannya..

Berapa ramai yg patuh pada peraturan dunia.. punchcard.. 1 minit pon xleh lewat.. takut punch merah.. tp xtakut pulak solat di hujung waktu..

Tak sanggup aku nak huraikan lagi.. sebab aku pun bukannye baik sangat.. cuma menjadi kewajipan setiap Muslim itu menyampaikan ayat Allah walaupun dia tidak begitu baik..

Teringat ayat ni.. "Saya takut.. saya tidak dapat menjadi hamba Allah yg baik".. menusuk ke ruang hati ku.. betapa aku selama ini terlalu banyak buat kerosakan pada diri sendiri.. yg akan menambah nyalaan api NERAKA..

Ya Allah.. lindungi kami semua dari mati dalam kelalaian.. Amin..




About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...