preload
Sambil menggaru ketiak yg tidak gatal.. kruk.. kruk.. wah.. best jgk.. patut la aku tengok sekarang ramai je yg dok garu ketiak.. ingatkan ade kurap.. syok rupenye..

Syok..? ibarat kurap.. makin digaru.. makin sedap.. namun dalam kesedapan itu.. kulit mula kemerahan.. mula menggelupas.. dan mula mengeluarkan darah.. jika tidak diubati segera.. pasti akan melarat..

Seperti juga nafsu.. makin dilayan makin seronok.. namun tanpa disedari.. akal mula mengecil.. pemikiran mula sempit.. iman mula terhakis.. yg hak pasti ditentang jika tidak mengikut selera badan..

Dunia.. ibarat menghidupkan api.. semasa kecil.. sangat berguna.. boleh masak. boleh panaskan badan.. boleh juga dibuat pelita bagi menerangi kegelapan.. namun apabila besar api itu.. ia mula memakan apa saja yg berada di sekelilingnya.. dengan rakus tanpa belas kasihan..

Manusia.. dlm dunia sains, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens.. ntah.. mcm tarian zapin je bunyi tuh.. ia bermaksud spesis primat dari golongan mamalia yg ade otak berkemampuan tinggi.. mengikut istilah Islam, manusia adalah makhluk yg paling sempurna pernah diciptakan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.. huuu.. terfikir sejenak.. aku khalifah? apa yg aku buat selama ni xmenandakan sedikit pun aku seorang khalifah..

Anugerah Allah yg sgt besar kpd manusia ialah akal.. tugas pertama pada manusia ialah mencari Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yg telah diberikan.. setiap manusia diberika "klu" atau petunjuk tentang kewujudan Allah yg terdapat pada setiap ciptaanNya.. bagi mereka yg mahu berfikir..

Dengan akal.. manusia diberi pilihan untuk memilih jalan mana yg ingin diikuti.. memilih dunia atau akhirat.. teringat pulak kisah seekor tikus.. huh.. ape kena mengena tikus ngan citer kat atas nih..? jawapan : suke ati aku la.. ni citer aku.. klu aku nk letak Harun Salim Bachik kat situ pun ape ko kesah? ahakss.. teremo sudah.. hihi.. sori.. td baru kuar..  basah agi neh.. hahaha..

Seekor tikus yg selalu mencuri makanan di sebuah rumah.. menyangka tuan rumah sayang padanya dengan hidangan mewah di setiap malam.. menyangka ia adalah hadiah dan memakan kek sehingga habis.. sehingga ia leka dan lupa bahawa itu sebenarnya perangkap si tuan rumah yg mana di suatu malam, sedang seronok menghabiskan kek.. gedeganngggg..!!! xsempat nk buat apa².. terperangkap dan terus mati..

Begitulah dunia menipu manusia.. dengan kemewahan.. kecantikan.. kedudukan.. dan segala macam keasyikan yg melalaikan.. sehingga akhirnya manusia itu lupa tujuan dia diciptakan.. yg akhirnya.. mati dengan kekenyangan dunia.. mungkin dia hidup 30 thn.. 50 thn.. 90 thn.. dan xmungkin manusia sekarang boleh hidup sehingga 200 thn.. namun di dalam kubur xmustahil boleh mencecah sehingga 2000 thn.. di mana keuntungan dunia yg manusia itu cari..?? akhirnya menjadi santapan sang cacing..

24 jam masih lagi belum cukup.. memikirkan masalah kehidupan.. yg tiada penghabisan.. betapa ramai yg tergadai.. ramai pula yg ternoda.. dek kerana masalah yg bertimpa-timpa.. jln pintas yg bahaya.. lantas menderita kerananya..

Tidakkah kamu sedar yg kamu sgt istimewa? yg dikurniakan akal yg sempurna? lebih sempurna dari semua makhlukNya..?

Iblis pernah berjanji kepada Yang Esa.. bahawa akan menyesatkan setiap manusia.. sebagai temannya di dalam neraka.. yang memberi kebahagiaan² palsu.. yg mengajar tentang tipu daya.. yg memanjangkan angan².. sehingga sukar bg manusia membezakan mana yg hak.. mana yg bathil..

Jangan pernah mengalah dengan kelucuan dunia.. jangan pernah mengalah dengan kepincangan hidup.. jangan pernah mengalah dengan kedaifan akal.. kerana Allah sentiasa dekat dengan hambaNya.. sentiasa melakukan yg terbaik untuk hambaNya tanpa hambaNya menyedari hikmah di sebalik kejadian.. kecuali mereka yg berakal dan dekat dengan TuhanNya..

Wallahu'alam..





About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...