preload

Seorang suami beli tembikai utk isteri kesayangannya..
Malangnya setelah dibelah.. tembikai itu rosak.. dan teruk suaminya dimarahi..

Dgn tenang si suami bertanya.. siapa yg kamu marah?
Adakah kamu marahkan aku? Aku sbg pembeli pasti aku harapkan buah yg aku beli ini dalam keadaan terbaik.. dan kita boleh makan bersama dengan gembira.. jadi kamu tidak boleh marah aku..

Adakah kamu marahkan si penjual? Sebagai penjual, dia pasti harapkan buah yg terbaik utk dijualnya supaya pelanggannya tidak merungut dan akan sentiasa datang ke kedainya jadi kamu tidak boleh marahkan si penjual..

Adakah kamu marahkan si petani? Sebagai seorang petani, dia pasti harapkan kebunnya menghasilkan buah yg terbaik supaya pemborong tidak merungut dan sentiasa memborong hasil taniannya.. jadi kamu tidak boleh marah si petani..

Kamu sebenarnya marahkan Allah.. Kerana Dia yg jadikan tembikai itu.. Terlalu banyak nikmat, rahmat dan rezeki yg Dia telah bagi pada kamu.. hanya kerana tembikai ini rosak dan tidak boleh di makan kamu sudah marahkan Dia..

Layakkah kamu marahkan Allah?

Wallahu'alam..
Semoga kita semua dirahmati Allah.. :)


About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...