preload
Bangga..? bangga ngan bangla lain ke..? hehehe.. lebih kurang je bunyinye..

Apa yg lu bangga kan sebenarnya..? ade keta besar..? umah besar? ade awek lawa..? sbb lu ensem gila n lg ensem dr Harun Salim Bachik..? or sbb u terrer men congkak..? itu je ke sbb lu bangga..?

Atau lu bangga sbb lu selalu beribadat? sehingga mmandang rendah org lain..? lu lupa akan hadis nih..? -->> Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: "Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka".

Rasulullah SAW adalah pemegang kunci syurga, manusia paling tinggi darjat di sisi Allah dan manusia paling hebat di seluruh alam semesta. Tapi baginda masih lagi bersederhana dan merendah diri. Lu apa ada? Setakat ada BMW 5 series (keta idaman gua tuh.. uuwwaaaa..), banglo 3 tngkat, ade tower sndiri.. dah nk bangga.. jalan xpandang kiri kanan... idung lg tinggi pada tiang letrik.. pehh.. hebat lu.. caya la.. lu pernah baca hadis ni..? -->> 

Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 4. Hadis Nombor 2904.
maksudnya :"Hannad menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami dari Habib bin Syahid dari Abu Mijlaz dari Muawiyah dari Nabi SAW seperti hadis diatas, iaitu "Siapa yang merasa bangga, apabila ada orang-orang berdiri (kerana menghormatinya), maka sediakanlah tempatnya di neraka".

Pas bangga, mula la rasa riak.. menunjuk-nunjuk apa yg ada.. lu ada bini lawa.. (ppwwiieettttt.. nnt ajar gua cam mane nk tekel awek lawa nih..) suh die pkai seksi².. smpai trjojol mata mamat sebelah tu.. yg bawak keta terlajak, terus u-turn.. (tngok skali xpuas ma... gua la tu.. hahaha..).. riak adalah syirik yg paling halus..

Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” :(Riwayat Ibnu Majah)

Pas riak timbul pulak perasaan sombong.. Isk².. ape kejadah semua ni.. klu nk sombong sgt duk la kat lombong.. huhu...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”.

Tau ape maksud "Hubbul jah"? hubbul jah bermaksud kasihkan kemegahan. Adik beradik je dgn sifat yg atas² ni.. seseorg yg mmg sukakan kemahsyuran.. huhu..


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. [ Riwayat Muslim ]

Seterusnya terus kepada Hubbud dunya iaitu kasihkan dunia. huhuhu.. semua org tahu yg semua org akan mati.. semua org tahu juga yg dunia ini hanya ujian.. namun semua org tidak terlepas dari sifat kasihkan dunia.. (charger henset gua ilang ari tu pon smpai seremban gua cari.. isk²)..


Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 5. Hadis Nombor 4857.
Dari Qatadah bahawasanya dia mendengar Anas berkata:
"Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah sempurna iman seseorang dari kamu dia cintainya kepadaku lebih besar daripada cintanya kepada anaknya, orang tuanya, dan kepada semua manusia."

Ape yg gua cari sebenarnya.. bagi gua, xsalah nk berbangga.. contohnya.. gua bangga jd ank Terengganu.. gua bangga jadi seorg Islam.. or gua bangga ada mmber mcm lu org.. namun jgn sampai istilah bangga itu merosakkan atau mengotorkan jiwa bersih yg dianugerah Illahi..

Pada gua, ade gua kisah lu bangga ke x.. yg pasti lu xde usik boxer gua dah kira bagus.. papehal pon... gua bangga gua gila... hahahahaha...



About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...