preload
Menggeliat sikit.. uuuuhhh.. sedap pulak.. best kalau pergi mengurut nih.. hehehe..

Tetiba teringat Pakcik Sogo.. wah.. apa yang istimewa pakcik nih..? sehingga dia agak glamour sekarang nih..? setiap org itu unik.. begitu juga pakcik nih.. kata²nya penuh semangat.. 

Tapi.. (ehem.. ade tapi plak.. xbestnye..) jika diperhati dengan teliti.. apa yg disampaikannya benar.. dan ada yg xbenar.. bukan nak tunjuk bagus.. tapi aku amat teliti dan cerewet apabila menerima suatu berita.. aku pernah tertipu.. dan itu mengajar aku untuk lebih berwaspada.. 

Dalam dunia ini, 2 golongan yang aku amat hormati ialah org tua dan wanita.. jadi pendapat pakcik ni aku xpandang sebelah mata.. aku kagum dengan pendiriannya.. namun kita adalah manusia biasa.. yg tak terlepas dari kesilapan.. dan WAJIB bagi seorang Islam untuk menegurnya.. kerana ramai yg mempercayainya.. sila lihat video pertama..


Part 1


Cara bersahaja dan berkeyakinan pakcik ni bercakap mmg aku salut.. namun keyakinan sahaja xbermadai.. Istilah 'melalak' seperti yg dinyatakan mmg kurang tepat.. adakah 'Allahuakbar' itu adalah suatu salakan? 

Menyalak mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud menjerit atau bercakap dengan kuat.. Dan perkataan Allahuakbar di sini bukan termasuk dalam istilah menyalak walaupun dinyatakan dalam nada yg kuat.. Allahuakbar adalah TAKBIR.. ia adalah kalimah yg diucapkan untuk mengagungkan kebesaran Allah..

6 hb? operasi polis..? ni kalau xtngok berita kat tv.. sah bace surat khabar.. xpun dengar orang ckp².. aku xnak komen pape.. cume aku nak cakap kat polis² tu.. xpernah ade dalam sejarah orang buat bom petrol pakai botol mineral.. nak tipu pun agak² la kan.. part 2.. humm..


Part 2



Ye.. mmg Allah Maha Melihat.. Dia melihat bukan hanya dari luaran.. tp sampai ke lubuk hati.. dan aku xpernah peduli siapa itu Anwar dan anak²nya.. dia manusia biasa.. mcm aku jgk.. "Nak kata manusia, bkn manusia lagi dah..".. hhuuuu.. agak pedas ayat nih.. knp..? mereka ada berjalan sambil berbogel? seperti yg berlaku dalam "tiger show"? huhu.. terkinja-kinja menjerit di bawah pentas di rancangan AF mungkin itu lebih baik agaknya..

Bawak senjata.. ini bkn fakta.. tapi tuduhan.. tidak seorang pun yg aku lihat membawa senjata.. yg ada cuma towel kecik, bendera, air mineral, sepanduk.. tidak hanya bercakap dengan melihat televisyen dan akhbar.. kerana aku berada di tempat kejadian..

Yang bawa pisau, parang hanya berlaku pada 13 Mei 1969.. di mana ia berlaku bukan disebabkan isu perkauman.. tapi pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman. Rusuhan itu dimulakan oleh sebilangan kecil klas kapitalis di UMNO untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.. (rujuk sejarah balik!)

"Apa bakti kau kepada negara dan jangan tanya apa bakti negara pada kau".. aku hanya mampu tersenyum..

Yang hanya ternampak secara kasar berbakti kepada negara ialah menteri², polis, askar, atlet sukan, artis, guru.. itu hanya secara langsung.. bagaimana dengan orang awam? adakah mereka tidak pernah berbakti kepada negara..?

Mereka berada di Malaysia pun adalah salah satu tanda mereka berbakti kepada negara.. mereka meningkatkan ekonomi Malaysia dengan tidak mengalirkan kewangan Malaysia ke luar.. membayar cukai² yg ditetapkan oleh kerajaan.. (cukai tanah pun kena bayar walau pun ia hak persendirian), tol, berjual beli di Malaysia.. ke mana duit itu pergi? bukankah ekonomi sesuatu negara akan lebih kuat andai kurang aliran wang ke luar..? namun apa yg dilakukan pemimpin itu sendiri? cincin sahaja sudah bernilai lebih RM24 juta? USA? aduss.. tu yg terbaru.. huhu.. bajet cukai dari luar dikurangkan.. inikah agendanya? bagaimana Malaysia akan wujud jika rakyatnya semua berpindah ke luar? siapa yg akan pertahan negara? larat ke polis² ngan tentera² tu semua melawan? adakah Datok Bahaman, Tok Ku Paloh, Mat Kilau dan yg lain² itu adalah kalangan polis atau tentera?

Aku respek pakcik ni sbb xberminat dengan harta dunia.. tv3 Bersamamu nak bg RM20 ribu pun xnak.. kagum.. apa yg bersamamu nampak pada pakcik ni sehingga sanggup mengeluarkan dana sebanyak tu? dalam tv3 ade ke jumlah yg setara dengan tu pernah mereka hulurkan? bukan mereka tiada kemampuan untuk jumlah wang sebanyak tu, tapi tidak logik untuk menganugerahkan pakcik tu sebanyak RM20 ribu.. paling tidak ke rumah kebajikan.. sebab berkali-kali dia menolak penawaran pemuda tu untuk bersamanya.. xboleh agak lagi ke..?

Sesungguhnya.. semakin tinggi ilmu seseorg itu.. semakin tunduk kepada Penciptanya.. tidak bermegah-megah.. kecuali org yg takbur.. sehingga ia dapati ilmu itu sedikit pun tidak dapat membantunya dengan sifat takbur itu sendiri.. sifat orang yg benar² berilmu ialah merendah diri.. dan mulia atau tidak martabat seseorang itu ditentukan oleh Allah.. bukan dia sendiri yg tentukan..

Bukan untuk merendahkan pakcik ni, cuma carilah sumber yg betul untuk rujukan.. Islam bukan agama yg dikutip².. sana sikit.. sini sikit.. cari guru yg betul dan belajar sampai habis.. itu adalah lebih baik..

Aku bukan ahli untuk bercakap mengenai agama.. carilah orang lain andai ingin berdebat.. aku cuma kongsi apa yg aku ketahui..

Semoga kita semua dirahmati Allah..

WALLAHU'ALAM..

Truth That Can't Be Covered




About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...