preload
Tahniah gua ucapkan pada pasukan Terengganu. Tak sia² gua jd penyokong setia lu org. Tapi gua amat tidak berpuas hati dgn segelintir penyokong Kelantan yg sgt² tak menghormati perlawanan. Penyokong sendiri pun terpaksa terima akibat bunga api yg ingin dilemparkan ke padang. Mereka cuba untuk mengalih konsentrasi penjaga gawang Terengganu dgn taktik kotor.


Kerana insiden tersebut, permainan terpaksa di hentikan lebih 4 minit. Membawa padah pada mereka juga apabila gol Terengganu tiba pada minit terakhir sblm wisel tamat. Di harap penyokong Kelantan mengambil iktibar atas kesilapan itu.

Para penyokong bertaraf VIP pun berkelakuan sungguh tidak profesional sehingga pihak polis terpaksa menghalau mereka keluar. Di mana semangat kesukanan kamu semua? Sungguh memalukan tindakan kalian itu. Gua sangat malu kerana kita ini berkongsi sempadan.
Tidak dinafikan ada juga segelintir penyokong Terengganu yg agak fanatik dgn membaling botol ke padang. Mungkin kerana marahkan penjaga garisan yg telah berlaku tidak adil. Gua agak kecewa dgn tindakan mereka walaupun ia tak sebanyak yg dilemparkan oleh penyokong Kelantan. 

Apa² hal pun, tahniah untuk pasukan Terengganu kerana tidak berputus asa untuk mencapai kemenangan. Gua salut lu org. Dan kepada pemain yg agak hambar persembahannya, gua harap dapat memperbaiki kesilapan itu. Amat banyak peluang yg dimiliki pihak Terengganu yg disiakan.

Hadiah Kesungguhan Kalian
Semoga mutu perlawanan di Malaysia akan setaraf atau lebih baik dari negara luar. Gua sentiasa menantikan saat itu. Akhir sekali, majulah sukan untuk negara. Gua blah dulu.


About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...