preload


Semalam tinggal kenangan..
Kebodohan kerana kejahilan..
Telah mengajar erti kehidupan..
Pada manusia berperangai syaitan..

Teman,
Sungguh sunyi pagi ini..
Semua rakan² lena dibuai mimpi..
Hanya aku yg masih bersengkang mata menyiapkan kerja ni..
Dalam asyik menaip memerak otak..
Entah knp tetiba aku teringatkn mu..

Teman,
Aku jadi sebak..
Suatu perasaan yg gila..
Aku amat tidak suka perasaan ni..
Perasaan yg memusnahkan semua ego ku yg sial..

Teman,
Hampir menitiskan air mata apabila melihat tempat itu..
Tempat di mana aku kehilangan mu..
Termenung sejenak..
Fikiran kembali ke masa silam..

Teman,
Pemergianmu telah mengubah hampir seluruh hidup ku..
Aku kini jd lebih sabar..
Lebih tabah..
Suatu sifat yg paling pelik aku dpt setelah kau pergi..

Teman,
Andai sejuta kali skali pn aku meminta maaf..
Sudah tidak bermakna lagi..
Sudah terlalu lambat..
Sudah tiada kesempatan lagi utk ku..
Namun teman, aku akan terus melafazkannya..
Walaupn kita xmungkin lagi akan berjumpa d dunia ini..

Teman,
Maafkan aku..
Kebaikan mu..
Kejujuran mu..
Keikhlasan mu..
Xpernah aku hargai..

Teman,
Sudah lumrah manusia..
Tidak menghargai apa yg ada di depan mata..
Dan mula menyesal apabila sudah tiada..
Selalunya apabila mula sedar, segala²nya sudah terlambat..

Teman,
Aku sentiasa berharap..
Sangat berharap..
Dgn sepenuh pengharapan..
Semoga segalanya hanya mimpi..
Namun aku hanya mengharapkan sesuatu yg xpernah wujud..

Teman,
Satu persatu hukuman yg aku terima..
Sehinggakan hampir² membuat aku putus asa..
Dgn kehidupan ini..
Namun aku sedar..
Allah tidak pernah menguji hambaNya..
Jika hambaNya tidak mampu menghadapinya..

Teman,
Biasanya kau yg menghiburkan aku ketika aku kusut..
Menemaniku ketika aku sunyi..
Meredakan ku ketika aku marah..
Kini, aku sendiri.. Dan terus sendiri..

Teman,
Walau sakit..
Walau pilu..
Walau marah..
Walau geram..
Walau apa skali pn..
Aku akan terus bersabar..
Satu perkataan keramat yg masih aku igt..
Kau pernah berpesan pada ku..
"Sabarlah awk.. kerana sabar itu bermula dgn kepahitan, tapi manis di akhirnya.."
Aku hanya ketawa mendengarnya..

Teman,
Aku kini lebih tenang..
Dalam menghadapi dugaan hidup..
Walaupn kdg² ia sgt menggerunkan..

Teman,
Aku kehilangan sebiji permata yg amat bernilai..
Yg xpernah aku sedari satu masa dulu..
Yg xpernah aku hargai selama bersama dgn ku..
Kini.. Tiada erti lagi kesedaran itu..

Teman,
Aku redha andai aku langsung xdihargai..
Suatu hukuman di atas perbuatan aku sendiri..
Utk aku kembali ke masa lalu..
Adalah suatu yg amat mustahil..

Teman,
Dalam masa 7 tahun ni aku mengharungi suatu keadaan yg amat sukar..
Namun aku masih mampu trsenyum..
Krn, kau sntiasa berpesan supaya sentiasa senyum..
Dan senyuman itulah yg selalu menjadi penawar bg ku..

Teman,
Aku xmampu mnjadi seperti mu..
Ibarat langit dgn bumi..
Kau sentiasa membayangi hidup ku..
Untuk memberi semangat kepadaku..

Teman,
Tiada siapa  yg mengetahuinya..
Dan aku tak ingin mereka mengetahui..
Biarlah mereka sentiasa melihat aku ketawa..
Dan aku akan sentiasa membuat mereka ketawa..
Terbayang kamu yg sentiasa tersenyum..
Walau dlm apa jua keadaan sekali pun..

Teman,
Terima kasih untuk pengajaran tu..
Aku mengingatinya satu persatu..
Pesanan yang kau tinggalkan untukku..
Kini aku tidak mungkin lagi..
Akan mempermainkan..
Atau menyakiti..
Hati kaum yang bergelar hawa..

Teman,
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu..
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas mu..
Aku berharap sgt²..
Berharap sgt²..
Berharap sgt²..
Seseorg yg berjaya mengubah seorg yg sgt keras kepala..

Teman,
Aku kini terus berdoa utk mu..
Terus berdoa semoga kau di tempatkan bersama org² yg dimuliakan oleh-Nya..
Aku akan terus berdoa dan berdoa..
Sehingga akhir hayatku..

Semalam tinggal kenangan..
Kepincangan, kesakitan, kebuntuan, kegelisahan..
Berpanjangan..
Semalam tinggal kenangan..
Penyesalan yg tak mungkin berkesudahan..


About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...