preload
Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif. 

Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kamu takkan tahu apa yang perlu di lakukan.

Kesannya, kamu cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang kamu kesali seumur hidup.

Macamana nak bertenang? Kamu hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat kamu tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marahdalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai 
kejayaan.





About Me

Aku yang masih berkelana.. Di dalam penjara dunia.. Mencari jalan ke syurga.. Terjerat di jaring neraka.. Tersembam di lembah noda.. Kini bangkit mencuci dosa.. Rahmat Allah tiada penghujungnya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Suasana yg paling indah ialah di kala mlm mnjelma.. di saat manusia sedang lena.. di ketika hati merindui Penciptanya...